HOSPITAL KUALA KANGSAR, PERAK.
"MAAF, Encik. Boleh saya tahu apa hubungan Encik dengan pesakit?" soal doktor lelaki yang tertera nama di nametag Doktor Haniff sejurus keluar dari bilik kecemasan.
"Saya... saya... orang yang langgar pesakit tanpa sengaja tadi. Dia... melintas dengan mengejut. Err... saya tak sengaja," balas Wahyu dengan gugup.
Dia masih terkejut dengan apa yang terjadi terhadap dirinya tadi. Dr. Haniff itu mengangguk faham. Kemudian, dia merenung Wahyu sayu.
"Begini, Encik. Sebenarnya, kami dah cuba sedaya upaya kami untuk selamatkan mangsa kemalangan. Tapi, kami tak berjaya. Beliau telah pun meninggal dunia sebentar tadi," beritahu Dr. Haniff kondisi sebenar mangsa membuatkan Wahyu terkejut mendengarnya.
"Ha? me... me... ninggal?Innalillahiwainnailaihirojiun. Allahuakbar! Allah!" Bergetar bibirnya menahan sebak.
Tangannya menggeletar takut. Rasa bersalah menujah ke dalam dirinya.
***
WAHYU pulang ke rumahnya dalam keadaan separuh mabuk. Dia menghempaskan tubuhnya di atas sofa empuk di ruang tamu rumahnya. Selepas pulang dari pub sebentar tadi, fikirannya tidak habis menerawang ke arah kejadian kemalangan beberapa hari yang lalu.
Begitulah dirinya. Mabuk, melangut. Merenung sendiri. Bersedih. Rasa bersalah terus membelenggu jiwanya. Bukan Marina dan Jay tidak menasihatinya. Tetapi, nasihat mereka itu tidak mampu menghapus rasa bersalah yang bersarang di hatinya di atas kejadian menyayat hati tempohari yang sering menghantui hidupnya.
"Aku bersalah ke? Salah aku ke? Aku tak sengaja! Aku... tak sengaja. Betul, aku tak sengaja. Tapi, kenapa keluarga dia tak ada bila aku nak bayar pampasan? Uh! Berat betul beban yang aku tanggung. Aku? Aku bersalah ke? Entah! Aku tak tahu... dia... dia mati kerana aku! Ya, aku bersalah. Aku berdosa. Berdosa kerana membunuh!" Wahyu meronyokkan rambutnya.
Sungguh dia serabut dengan kejadian yang sering mengganggu emosi dan hari-harinya. Keadaannya tak terurus. Bagaikan orang tidak siuman lagaknya.
****
'W' STUDIO AGENCY
"WAHYU , bagaimana dengan artis aku? Minggu ni dah boleh debut ke?" terjah Marina keruangan bilik CEO, selaku pengarah di syarikat milik Wahyu itu.
Marina adalah sahabat baik Wahyu ketika di universti dulu.
Wahyu yang tengah sibuk membuat kerja memanggung kepala merenung ke arah Marina yang sedang berdiri tercongok di hadapan meja kerjanya.
"Kot ye pun duduklah dulu. Dahlah main terjah je masuk bilik aku ni. Tak de adablah kau ni. Beringat! Kat luar kau sahabat aku. Tapi di sini aku bos kau. Jadi, ikutlah peraturan syarikat ye, Cik Marina?" ceramah Wahyu pagi-pagi itu.
Memang patut pun dia bagi tazkirah pada gadis itu yang memang kadang-kadang tak beradab. Di tempat kerja dia buat macam dekat rumah. Mentang-mentanglah mereka bersahabat baik, dia fikir dia boleh buat sesuka hati? Wahyu tergeleng kepala mengenangkan sikap Marina yang tak pernah berubah sejak dulu lagi. Namun begitu, gadis itu juga telah banyak membantunya sebelum ini. Itu Wahyu memang sangat menghargainya. Dia jenis seorang yang mengenang budi.
Marina menyepi seketika memikirkan kebenaran kata-kata tazkirah dari Wahyu sebentar tadi. Kemudian, dia menarik kerusi dihadapannya terus duduk bersilang kaki menghadap Wahyu. Rambutnya yang berblonde agak berselerak sedikit dibetulkan sebelum memulakan bicara.
"Sorry, Tuan Wahyu. Tuan CEO 'W' studio agency. Saya janji tak buat lagi."
"Good girl. Macam tu la. So, pasal kau punya artis tu kita tengok dalam minggu ni. Jika dia ada potensi yang bagus kita boleh debut lagu terbaru dia bulan depan," beritahu Wahyu dengan serius.
"What? Bulan depan? Why lama sangat? Wei, Mel tu tak cukup bagus ke untuk kau? Dia dah lama kot jadi pelatih agensi ni. Kesianlah dekat dia. Bagi peluang dekat dia untuk jadi penyanyi macam orang lain, please?" Marina agak tak puas hati dengan keputusan Wahyu kerana dengan artis kesayangannya boleh pula debut awal.
'Tak adil betul,' rungut marina dalam hati.
"Seperti yang aku katakan tadi... jika potensi dia bagus, bulan depan kita boleh debut single terbaru dia. Lagipun, memang aku tengok dia banyak buat latihan tetapi, banyak jugak yang perlu diperbaiki. Vokal dia pun masih lagi agak sumbang sikit dan masih ada pecah lagi. Pastikan kau jaga pemakanan dia kalau nak suara dia lunak macam Hasya Iman," jelas Wahyu tegas.
Kemudian, terus menyambung kerjanya yang tadinya tergendala.
"Tak habis-habis dengan Hasya Iman! Boleh tak, kau bagi peluang pada artis lain pulak?" Marina mula naik berang.
Geram dengan sikap Wahyu yang seolah- olah memilih kasih baginya.
Wahyu termenung sejenak. Cuba pertimbangkan permintaan dan rayuan sahabatnya itu.
"Macam ni la, Rina. Petang ni kau bawak budak Mel tu datang jumpa aku dekat bilik rehearsal. Aku nak tengok dia buat persembahan live depan aku. Kalau persembahan dia time tu ok, confim kita debut lagu dia minggu ni jugak. Okey?" Kata-kata Wahyu itu membuatkan Marina terkebil-kebil merenungnya.
Seakan tidak percaya apa yang diberitahu lelaki itu sebentar tadi.
"Betul ke ni, Wahyu? Petang ni?" Mata Marina bersinar indah.
Bibirnya tersungging senyum. Riaknya yang tadi berang berubah ceria.
"Ye... petang ni. Kenapa? Kau nak aku cancel ke? Boleh. Aku no hal. Lagipun berlambak lagi kerja yang aku nak buat."
"Eh, tak! Tak... aku setuju. Petang ni aku bawak Mel jumpa kau di bilik rehearsal. Thanks, bro Wahyu!" Potong Marina dengan ceria dan dia terus berlalu keluar dari ruangan CEO itu untuk maklumkan pada pelatih di bawahnya itu iaitu MELISSA.
Wahyu tergeleng kepala melihat respon sahabatnya itu. Lantas bibirnya terukir senyuman senget. Kemudian, dia kembali menumpukan pada kerjanya.
YOU ARE READING
MELODI TERINDAH(COMPLETE)
Roman d'amourKisah AHMAD WAHYU seorang CEO 'W' STUDIO AGENCY'S telah jatuh cinta terhadap seorang gadis blur yang juga pelatih dari agensinya iaitu HANAN FALISYA hanya dengan lirik dan MELODI TERINDAH yang diciptanya. Saat Wahyu baru hendak kecapi hari bahagia b...