SEJAK Wahyu memarahi Hanan tempohari, dia sudah jarang terlihat gadis itu lagi. Jika terserempak sekalipun, Hanan segera mengelak dari bertembung dengannya.
Bukan dia tak teringin mahu meenjenguk keadaan Hanan di rumah Kate tetapi, perasaan egonya lebih meninggi dan mengatasi perasaan ingin mengambil berat tentang Hanan. Lagi pula, dia tak tahu alasan apa yang perlu diberikan terhadap Hanan nanti tujuan dia mahu menemui gadis itu lagi.
"Patut ke aku pergi rumah Kate dan temui Hanan? Kalau aku kena marah dengan Hanan macam mana? Ish, aku ni bos dia. Tak mungkin lah dia nak marah aku." Wahyu bingkas bangun dari baringannya di atas katil empuk kamar beradunya.
Dan perasaan bimbang mulai hadir membelenggu jiwanya, seandainya dia pergi menemui Hanan, sepastinya Hanan tidak melayan dia nanti. Malu pada Kate lagi dapat. Namun, dia juga berasa bosan apabila sehari tak dapat melihat gelagat Hanan.
"Kenapa aku nak risau pasal dia pulak? Wahai hati, kau jangan nak kelirukan aku. Cukuplah aku kecewa dengan Bella dulu. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Stop to thinking about love. Stop, okay!" Wahyu mengingatkan dirinya untuk tidak memikirkan soal cinta lagi. Nak nak lagi tentang diri Hanan.
" Kanda! Kanda Wahyu..." Tiba-tiba kedengaran suara entah dari mana menyeru namanya.
Wahyu tersentak dan tercari-cari di empunya suara yang menyeru namanya tadi.
" Kanda Wahyu... I love you!" Kelihatan wajah Hanan muncul di sebalik tirai langsir jendela kamar Wahyu.
Membulat matanya menatap seraut wajah comel Hanan berpakaian white dress mendekatinya bersama sejambak tulip putih dalam pegangannya.
Wahyu terkaku di situ. Kini Hanan sudah berdiri di hadapannya. Tidak berkelip Wahyu menatap seraut wajah itu.
Hanan tidak lekang dek senyumannya. Kemudian, bunga tulip di dalam pegangannya itu di serahkan pada Wahyu. Wahyu teragak-agak untuk mengambilnya. Tanpa di duga Hanan duduk di sisi Wahyu di birai katil. Dia melentokkan kepalanya di bahu Wahyu. Terkejut Wahyu di buatnya dengan tindakan Hanan.
"A... apa ni?" Tergagap-gagap Wahyu jadinya.
"Tuan, I miss you..." Meleret sahaja nada Hanan di saat mengucapkan kata rindu terhadap Wahyu.
Wahyu terkelu lidahnya hendak berbicara.
"Ish! Tak. Aku dah gila ni. Mana boleh Hanan ada di sini. Tak. Itu hanya ilusi." Wahyu menafikan apa yang dilihatnya.
"Kanda Wahyu... maafkan dinda kerana membuat kekanda marahkan dinda. Adinda dengan Iyyad tiada apa-apa hubungan yang istimewanya melainkan kawan baik. Di hati adinda cuma ada Kanda Wahyu saja. Percayalah..." luah Hanan tulus membuatkan Wahyu hampir tersedak mendengarnya.
"Ha?" Sekali lagi Wahyu terkelu. Dia mulai rasa serba salah kerana telah memarahi gadis itu dulu.
Hanan mengangkat kepalanya. Dia merenung lama seraut wajah Wahyu membuatkan Wahyu tidak keruan.
"Jika kekanda tidak memaafkan adinda, dinda akan pergi." Lantas pipi Wahyu dikucupnya dan menghilang.
Terjatuh rahang Wahyu di buatnya tatkala melihat Hanan sudah tiada. Tercari-cari ke mana gadis itu menghilang? Dia turun dari katil dan menuju ke jendela. Tiada siapa. Sunyi.
"Huh! Wahyu... kenapa dengan kau ni? Kenapa kau jadi macam ni? Di mana-mana pun kau nampak dia. Kau dah jatuh cinta dengan dia ke? Ish! Ini semua memang karut!" Wahyu meronyokkan rambutnya dan menghempaskan punggungnya di atas sofa tepi jendela itu.
Wahyu mula rasa tak senang duduk. Tidur tak lena. Makan tak selera. Mandi tak basah. Serba serbi yang dilakukannya tidak menjadi. Jay yang datang melepak dirumahnya pelik bila lihat perubahan pada sahabatnya itu.
YOU ARE READING
MELODI TERINDAH(COMPLETE)
RomansaKisah AHMAD WAHYU seorang CEO 'W' STUDIO AGENCY'S telah jatuh cinta terhadap seorang gadis blur yang juga pelatih dari agensinya iaitu HANAN FALISYA hanya dengan lirik dan MELODI TERINDAH yang diciptanya. Saat Wahyu baru hendak kecapi hari bahagia b...