WAHYU masuk ke rumahnya pagi itu selepas tertidur dalam kereta setelah keluar dari kelab malam semalam dan terlihat Hanan sedang nyenyak tidur di atas sofa panjang sambil memeluk Cemong. Rasa serba salah menular ke dalam dirinya.
Gadis itu dihampirinya. Lama wajah polos itu direnungnya. Cemong juga nyenyak tidur dalam dakapan penjaganya ini. Selesa betul nampaknya.
Kemudian kembali merenung seraut wajah lembut Hanan Falisya. Rambut gadis itu yang berjuntai di dahi di belai lembut. Hanya seketika. Perbuatannya terhenti saat teringatkan kejadian dulu. Dia punca kematian kakak gadis ini. Dialah punca gadis itu hidup sebatang kara."Kasihan awak, Hanan. Saya penyebab awak kehilangan orang yang awak sayang. Saya janji saya akan tebus semua salah saya pada awak. Saya akan tunaikan apa saja yang awak mahukan. Saya sanggup lakukan apa saja asalkan awak bahagia. Saya takkan biarkan awak menderita lagi. Tolong jangan bersedih di hadapan saya kerana mengingati arwah kakak awak. Saya akan rasa lebih teruk." Wahyu terus duduk di atas sofa berhadapan dengan sofa tempat Hanan tertidur itu.
Malas mahu mengganggu lena gadis itu. Dia melepaskan nafas berat. Teringatkan perkara yang terjadi semalam. Rasa marah rasa sedihnya kembali semula. Rasa marah bila Bella rahsiakan perkara terbesar itu dari dia. Dalam masa yang sama, dia juga rasa sedih pula dengan nasib yang menimpa gadis itu. Namun tidak seteruk semalam. Dia telah pun melepaskan segala rasa di pub malam semalam.
"Bella... kenapa kau tak berterus terang dengan apa yang telah terjadi pada kau? Kau fikir aku ni kejam sangat ke sampai tak boleh terima kau walau apapun jadi pada kau? Humm... jika itu membahagiakan kau, aku bersedia melepaskan kau, Bella. Ya, mulai sekarang kau dah tak de lagi dalam kamus hidup aku. Aku akan lupakan kau buat selama~lamanya. Itu yang kau mahu, kan? Aku harap lelaki itu bisa membahagiakan kau, Bella." Dia melepaskan nafas berat.
Dan cuba melenyapkan terus nama Bella dari ingatannya. Betul kata Bella. Dia perlu move on. Ya, itu yang dia sedang lakukan sekarang. Akhirnya, Wahyu terlena di sofa panjang itu.
Tidak beberapa lama kemudian, Hanan terjaga dari tidurnya.Dia bangun duduk sambil menggeliat. Automatik Cemong terlepas dari pelukkannya sejak semalam itu.
Cemong terus mengibas badannya yang berbulu itu sendiri. Kemudian berlari masuk ke dalam rumah kecilnya yang dibeli oleh Wahyu dulu.
Hanan yang baru lepas menggeliat terperanjat kecil apabla terpandang arah tuan CEO nya itu yang tengah tidur terbongkang atas sofa panjang itu. Dengan kaki terangkat terletak diatas tempat penyandar. Sebelah lagi dibawah lantai. Dengan mulutnya ternganga. Air liur meleleh di tepi bibirnya membuatkan Hanan rasa loya.
' Teruknya dia tidur...' hatinya berdetik.
Kemudian dia pergi kejutkan Tuan CEOnya. Takut laki itu lambat ke tempat kerja.
"Tuan, bangun tuan. Nanti lewat pergi kerja." Masih tiada respon.
"Tuan... bangun!" Dengan teragak-agak Hanan mencuit bahu lelaki itu dengan hujung jarinya berulangkali selagi lelaki itu tidak bangun.
'Zaaap!'
Tangannya ditarik spontan dipeluk ke dada lelaki itu. Mulut Hanan melongo dek kerana terkejut.
YOU ARE READING
MELODI TERINDAH(COMPLETE)
RomanceKisah AHMAD WAHYU seorang CEO 'W' STUDIO AGENCY'S telah jatuh cinta terhadap seorang gadis blur yang juga pelatih dari agensinya iaitu HANAN FALISYA hanya dengan lirik dan MELODI TERINDAH yang diciptanya. Saat Wahyu baru hendak kecapi hari bahagia b...