BAB 32~ CEMONG DILANGGAR✓

837 33 0
                                    

WAHYU pulang dari kerja tercari-cari kelibat Hanan. Tiada. Dia terus menuju ke ruang kamar yang Hanan tidur, juga tiada. Dia pelik. Selalunya Hanan akan beritahu ke mana sahaja dia hendak pergi sebelum dia keluar dari rumah itu. Yang pelik lagi itu, Cemong tak dibawanya.

Wahyu mendukung Cemong.

"Ke mana penjaga Cemong pergi? Sampai hati dia tinggalkan Cemong dengan babah macam tu je? Apa salah kita? Kenapa dia tak inform apa-apa pun? Babah ada tersalah cakap ke sampai buat dia pergi dari sini? Kalau betul, apa kata kita kena pergi cari dia. Kita mintak maaf dengan dia, okey?" Cemong hanya tahu mengiau. Wahyu mengucup kepala Cemong.

Kemudian, tanpa berlengah lagi dia membawa Cemong keluar dari rumah dan terus menuju ke rumah Jay.

"Kau nak bawak aku pergi mana ni?" soal Jay setelah di jemput oleh sahabatnya dirumahnya tadi. Mahu tak mahu, dia terpaksa ikut kerana Wahyu kata ia mustahak.

"Hanan. Dia hilang," beritahu Wahyu membuatkan Jay terkejut.

"Ha? Hilang? Biar betul? Tapi, macam mana kau tahu yang dia hilang?" Bertalu-talu soalan yang diajukan oleh Jay.

"Aku dah cari satu rumah, memang dia tak ada. Cemong aje yang ada. Hilanglah tu jawapannya." Jawapan Wahyu itu meninggalkan tanda tanya di hati Jay. Satu rumah?

"Satu rumah? Kau pergi ke rumah dia ke?" Wahyu menjawab dengan menggelengkan kepalanya.

"Rumah akulah. Dia mana ada rumah di sini. Hostel tu pun, lelaki tak boleh masuk sesuka hatilah. Kau pun tahu kan?" Tanpa diduga Wahyu terberitahu perkara sebenar perihal Hanan tinggal sebumbung dengannya.

Jay memandang ke arah Wahyu dengan riak tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

"Wahyu? Kau cakap apa tadi? Rumah kau? Maksud kau? Kau jangan cakap yang..." Belum sempat Jay menghabiskan ayatnya, Wahyu terlebih dulu menganggukkan kepalanya. Terpaksa akui kebenaran.

Wahyu tidak mampu untuk merahsiakannya lagi.

Jay terkejut. Terjatuh rahangnya.

"Sejak bila?" Wahyu menghela nafas seketika. Mahu tak mahu terpaksa dia menceritakan perkara sebenar bagaimana dia boleh membawa Hanan tinggal dengannya.

"Wahyu? Kau dah gila ke? Kau tak takut ke kena tangkap basah? Mandi toq mandi!" bebel Jay tidak berkenan dengan cara Wahyu. Kalau ya pun hendak membantu Hanan, bukan begitu caranya.

Dengan membawa Hanan tinggal sebumbung. Sungguh tidak patut. Dan salah.

"Aku terpaksa. Tapi, kalau kena tangkap basah... kahwin ajelah. Yang pentig sekarang ni, aku risaukan dia." jawab Wahyu seperti orang yang sudah pasrah dengan takdir.

"Senangnya kau cakap? Kahwin ajelah. Kau ingat kahwin tu macam main pondok-pondok? Kecuali kalau kau ada perasaan cinta dan sayang dekat dia," balas Jay. Ayat akhir Jay membuatkan Wahyu hampir tersedak mendengarnya.

"Uish, mana ada aku cintakan dia. Kau ni! Dia tu dah pangkat adik-adik aje lah dengan aku. Aku 33 tahun. Dia baru 19 tahun. Tak sesuai! Aku cuma nak lindungi dia untuk menebus salah aku dulu. Itu aje. Tak lebih dari tu. Sekarang ni, aku risaukan dia sebab dia tak ada duit. Macam mana dia nak balik kampung? Lagipun, dia tu perempuan. Kalau jadi apa-apa dekat dia macam mana? Aku tak nak lah digelar CEO agensi yang tak bertanggungjawab. Dan bab kahwin tu, kalau dah jodoh aku dengan dia... aku nak buat macam mana. Aku tak boleh menolak takdir yang dah ditetapkan untuk aku. Faham tu?" jelas Wahyu lebih terperinci cuba menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Hanan.

Jay mengeluh perkahan.

"Nak kahwin ni... kena sedia dari segi fizikal dan mental. Iman tu kena ada dalam dada. Ini iman sendiri pun berselerakkan entah ke mana. Macam mana kau nak bimbing hidup budak Hanan tu nanti? Dia tu budak mentah lagi tahu tak. Dia tak faham apa-apa. Kalau kau kahwin dengan dia, kau yang kena bimbing dia. Jadi, kau dah sedia ke untuk tu? Jangan nanti kau heret dia pergi clubbing sekali dahlah!" Berjela Jay memberi syarahan terhadap Wahyu. Geram apabila sahabatnya itu menganggap kahwin itu seperti perkara mainan baginya.

MELODI TERINDAH(COMPLETE)Where stories live. Discover now