BAB 34~ KENANGAN BERSAMA✓

765 42 0
                                    

BEBERAPA bulan kemudian, mereka mendapat berita tentang kematian Cemong. Doktor maklumkan bahawa Cemong tak mampu bertahan kerana dalaman sudah rosak akibat kemalangan itu. Cemong telah di tanam di belakang rumah Wahyu supaya senang untuk dia ziarahi Cemong bila dia rindu nanti. Kecewanya sedihnya usah cakaplah. Hampir tak terurus dia dibuatnya. Dek kerana terlampau sayangkan Cemong yang di anggap seperti anaknya sendiri.

Nasib baik ada Jay dan Marina yang sentiasa memberi semangat padanya. Dia perlu teruskan hidup walau tanpa Cemong. Sejak itu juga Hanan tidak lagi muncul dihadapannya.

Beranikah gadis itu mahu berhadapan dengannya setelah Wahyu mengherdik dan menghalang gadis itu dari bertemu dengannya atau Cemong tempohari? Tahukah dia bagaimana keadaan Hanan ketika itu? Hanan hampir bunuh diri kerana dia menganggap dirinya pembawa malang kepada semua orang hingga menyebabkan kematian Cemong. Kate, Iyyad dan Jay yang banyak bagi nasihat padanya agar tabah dan bertenang. Banyakkan beristighfar.

Rupanya keadaan Wahyu dan Hanan sama. Kedua-duanya sengsara dengan kematian Cemong.

Wahyu sudah sedar akan kesilapannya tempohari kerana terlalu beremosi. Dia telah terusir Hanan pergi dari hidupnya dan Cemong. Tapi, gadis juga itu punca kematian Cemong. Dia sendiri tak tahu samada waktu itu dia patut rasa marah, menyesal atau tidak. Dia keliru dengan perasaannya sendiri. Patutkah dia marah Hanan sebegitu rupa hanya kerana terlepas pandang pada Cemong jika hendak dibandingkan dengan kejadian dimana dia terlanggar kakak Hanan hingga menyebabkan Hanan tinggal sebatang kara? Dan dia pelik kenapa perasaannya lebih membara apabila melihat Iyyad menenangkan Hanan ketika gadis itu tengah berduka? Dia meraup wajahnya berulangkali.

Malam itu, Wahyu berehat di halaman rumahnya melihat bintang-bintang yang bertaburan dilangit atas kerusi ukiran kayu tempat dimana Hanan selalu mencari ilham. Terbayang sudah kenangan dia pergi bercuti dengan Cemong dan Jay di setiap tempat percutian yang mereka pernah pergi bersama dan Santorini beach, Greece adalah tempat percutian yang terakhir mereka.


"Semoga anak babah tenang di sana ya sayang." Sayu sahaja nadanya walau tiada lagi air mata yang mengalir.

Sesungguhnya dia sudah redha dengan pemergian Cemong. Dia menghela nafas sambil berdiri semula ingin masuk ke dalam rumahnya. Mahu rehatkan tubuh badannya.

Niatnya terbantut apabila ternampak seseorang sedang berdiri tiga langkah dari tempat dia berdiri dengan teddy bear besar. Wahyu pelik.

'Siapa orang tu? Tak nampak muka dialah pulak,' desis Wahyu.

"Hello, who's there? Who are you ?" soal Wahyu ingin tahu.

Sepi tiada jawapan membuatkan Wahyu pelik dan dia ingin mendekati orang itu namun langkahnya terhenti apabila kedengaran suara seseorang menyanyi lagu happy birthday tanpa muzik dari arah teddy bear itu.

'Happy birthday to you..'
Happy birthday to you...
Happy birthday to Tuan Ahmad Wahyu..
Happy birthday to you...

Siapakah itu? Bagaimana dia tahu hari itu harijadi Wahyu? Wahyu sendiri pun terlupa hari itu adalah hari lahirnya. Wahyu mula terjenguk-jenguk si empunya suara. Tidak nampak kerana wajahnya dilindung oleh teddy bear sebesar pemeluk itu.

"Siapa tu?" Wahyu mendekati si empunya suara. Tiada juga jawapan dari orang itu.

Selangkah. Dua langkah. Dan kini dia berdiri betul-betul di hadapan orang yang memeluk teddy bear besar itu.

MELODI TERINDAH(COMPLETE)Where stories live. Discover now