BAB 54~ SURPRISE OR GAME?✓

1.1K 46 0
                                    

BILIK MESYUARAT 'W' STUDIO AGENCY'S.

KETUA PENGARAH ADIEF memberi taklimat penting terhadap staff-staff tentang persembahan battle antara Iyyad dengan ahli 6STAR hujung minggu itu demi mendapatkan dana sejumlah seratus ribu ringgit Malaysia.

"Pastikan semua kelengkapan dan persediaan lengkap. Saya tak nak timbul masalah di atas pentas nanti. Saya tak nak kejadian dulu terjadi lagi. Pastikan Iyyad dan Hasya menang! Target utama kita adalah seratus ribu ringgit. Ingat tu!" ujar Adief dengan nada tegas.

"Beres, Tuan Adief! Kami akan pastikan Iyyad dan Hasya menang. Lagipun, kami dah kumpul peminat-peminat dia. Saya pasti mereka akan mengundi Iyyad dan Hasya lebih dari ahli kumpulan 6STAR," balas pengurus Azim selaku pengurus Iyyad.

"Bagus. Ada apa-apa lagi persoalan? Jika tak ada, kita boleh bersurai dan anda semua boleh teruskan kerja yang tergendala tadi..." Adief memandangkan ke arah semua yang ada di situ. Mereka menggelengkan kepala tanda tiada apa-apa lagi.

Marina pula ada perjumpaan clients dari Japan. Ada urusan kerja mahu dibincangkan tentang urusniaga artis mereka.

Hari pertandingan telah tiba. Iyyad menunggu di ruangan khas artis yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Sungguh dia berasa gugup. Marina dan Adief datang pada Iyyad untuk memberi semangat. Produser Lydia turut ada di situ. Pengurus Azim turut sama. Dia sentiasa bersama Iyyad.

"Ingat Iyyad, buat betul-betul. Ini demi masa depan kamu juga. Kalahkan 6STAR! Tunjukkan kehebatan yang kamu ada. Buktikan yang kamu juga boleh berjaya walau tanpa ahli 6STAR!" Produser Lydia tidak habis memberi kata-kata semangat terhadap Iyyad.

"Ya, terima kasih." Iyyad tertunduk seketika bagi mengurangkan rasa gugup di hatinya.

"Tenang. Tak perlu rasa gugup. Anggap saja pentas tu kamu yang punya," ujar Marina pula.

Hasya menepuk bahu Iyyad cuba naikkan semangat lelaki itu.

"Kalau kau lembik macam ni, macam mana kita nak perform? Cool okay?"

Iyyad hanya menganggukkan kepalanya.

"Iyyad, Hasya, lagi beberapa minit giliran kamu berdua pula. Jadi, siap sedia untuk membuat persembahan." Pengurus Azim memperingatkan Iyyad.

Iyyad mula berasa gusar. Beberapa kali dia membaca bismillah bagi menenangkan hatinya. Hasya turut membaca bismillah.

Ketua pengarah Adief mendekati Iyyad.

"I know, you can do the best Iyyad! Please don't disappoint us. Hasya akan bantu kamu. Percayalah!" nasihat lelaki itu terhadap Iyyad membuatkan Iyyad mula bangkit. Dia menganggukkan kepala. Dan yakin, dia akan lakukan yang terbaik. Dia takkan menghampakan pihak agensi terutama Tuan Wahyu.

"Yeah! I can do it!" Bersemangat Iyyad meluahkan kata-kata semangat itu membuatkan semua tersenyum gembira.

Mereka memberi tepukan gemuruh buat Iyyad memberi semangat padanya.

"Fighting Iyyad! Fighting!" Mereka bersorak serentak.

Ktak!

Bunyi pintu dikuak dari luar membuatkan mereka berpaling serentak ke arah pintu itu.

Terpacul wajah SM Rayyan iaitu Stage Manager atau bahasa melayunya pengarah pentas di muka pintu untuk memanggil Iyyad dan Hasya.

"Iyyad Harith? Hasya Iman? Sekarang, dah tiba waktu untuk you berdua siap sedia menunggu di belakang pentas. Dalam masa 2 minit lagi giliran you all pulak," maklum lelaki itu setelah masuk ke ruangan itu.

MELODI TERINDAH(COMPLETE)Where stories live. Discover now