TAMAN SUN LIGHT, IPOH
TIBA di hadapan perumahan dua tingkat itu Wahyu berhentikan keretanya tidak jauh dari situ. Kelihatan ada seorang gadis keluar dari rumah itu dan menaiki uber yang terparkir di hadapan rumah itu.
Wahyu memandu mengekori uber itu dengan jarak yang selang dari sebuah kereta di hadapannya kerana tidak mahu gadis itu terperasan akan dirinya yang sedang mengekori gadis itu.
IPOH PARADE MALL
GADIS itu melangkah keluar dari perut kereta uber tadi, dan berjalan masuk ke dalam mall. Wahyu pula segera memarkir kereta ditempat yang tidak jauh dari situ.
Seusai memarkir kereta, dengan tidak melengahkan masa lagi Wahyu terus meluru masuk ke dalam Mall. Khuatir jika gadis itu akan menghilang dari pandangannya. Susah hendak mencarinya nanti.
Ketika di dalam mall pula Wahyu terlihat gadis itu sedang menuju ke arah bahagian jual makanan. Wahyu mengekori tidak beberapa jauh dari belakang gadis itu. Jadi, dia boleh nampak dan tahu apa yang gadis itu sedang lakukan.
Dia keluar itu pun hanya mengenakan baju sweater merah yang ada corak gambar api berbentuk sayap dengan cap berwarna biru gelap di atas kepala. Nampak bergaya lelaki remaja di situ. Tidak mahu gadis itu terperasankan dia. Jika gadis itu ternampak dia, sudah tentu dia melarikan diri dari Wahyu. Tidak mahu bersemuka dengannya.
Saat itu Wahyu terlihat gadis itu sedang membuka peti aiskrim. Wahyu mendapat satu idea nakal mahu menyakat gadis itu.
Segera dia mendekati gadis itu. Aiskrim drumstik perisa coklat itu hanya tinggal satu. Gadis itu tersenyum kerana rezeki dia hari itu. Kalau terlambat sedikit sahaja, memang comfirm tak dapatlah dia merasainya kerana kehabisan aiskrim perisa kegemarannya itu. Gadis itu baru sahaja hendak menyambar aiksrim itu dengan perasaan gembiranya. Tetiba...
'Zap!'
Aiskrim hilang sekelip mata. Terkedu gadis itu dibuatnya. Terbuntang biji matanya tatkala melihat aiskrim idamannya telah hilang dalam sekelip mata sahaja. Ini benar-benar mendatangkan api kemarahannya. Gadis itu menggenggam penumbuk menahan geram dan menoleh ke sebelahnya.
Kelihatan lelaki itu sedang tersenyum padanya seraya dengan selamba menayangkan aiskrim yang gadis itu mahukan tadi dalam pegangannya.
Dengan pantas gadis itu cuba merebutnya semula dari tangan Wahyu. Malangnya, Wahyu lebih tangkas melarikan aiskrim itu dan diangkatnya setinggi-tingginya. Memandangkan Wahyu lebih tinggi, membuatkan gadis itu terjengket-jengket mahu mencapainya. Lelaki itu tergelak lucu. Seronok dapat menyakat si gadis comel iaitu Hanan. La... ternyata, yang diekori sejak awal tadi itu ialah Hanan. Patutlah, beria benar gayanya.
Hanan sudah kebengangan diperlakukan sebegitu. Dia Mula bercekak pinggang merenung tajam ke arah tuan CEO nya.
"Tuan! Aiskrim tu saya punya. Saya yang datang dulu!" Hanan hampir terjerit geram dengan sikap Tuan CEO nya yang agak menjengkelkan malam itu. Sudahlah dari semalam dia kempunan nak makan aiskrim itu. Dan sekarang, lelaki itu datang mengganggu kempunannya pula.
"Eh, ada tanda nama awak ke? Tak ada, kan? Jadi, aiskrim ni saya punyalah huhu..." Dengan selamba dia mengoyak plastik aiskrim itu kerana mahu makan di situ juga. Sengaja mahu melihat reaksi Hanan.
Hanan sudah menjeling geram sambil menghentakkan kakinya di lantai mozek mall itu. Hendak di lawan, terfikir pula itu majikannya. Jadi, tindakan yang terbaik perlu dia lakukan adalah pergi dari situ . Berniat untuk terus pulang. Mood mahu makan aiskrimnya sudah hilang dek gara-gara kenakalan lelaki itu mengenakannya tadi.
YOU ARE READING
MELODI TERINDAH(COMPLETE)
RomanceKisah AHMAD WAHYU seorang CEO 'W' STUDIO AGENCY'S telah jatuh cinta terhadap seorang gadis blur yang juga pelatih dari agensinya iaitu HANAN FALISYA hanya dengan lirik dan MELODI TERINDAH yang diciptanya. Saat Wahyu baru hendak kecapi hari bahagia b...