KATE berusaha juga memujuk Hanan dan akhirnya dia berjaya membawa gadis itu kembali masuk ke dalam hall itu. Hanan terpaksa mengawal perasaannya dan cuba tersenyum. Dilihatnya mereka semua tengah menari lagu tema masquerade bertajuk The Vampire Masquerade by waltz musical. Dan lagu Oh na na na by Bonde R300.
Semua menari dengan pasangan masing-masing. Kate tercari-cari Jay yang menghilang entah ke mana. Wahyu pula yang terlihat kelibat Hanan sengaja membawa gadis itu menari bersamanya di laluan karpet merah di tengah-tengah hall. Entah apa niatnya yang sebenar.
Dilihatnya meja makan semua di tepi dinding sudah tersusun rapi. Tidak lama kemudian mereka menjadi perhatian tetamu yang hadir. Mereka menegelilingi Wahyu dan pasangan dengan sorakan yang diberikan.
Hanan yang melihat adegan itu hanya menahan rasa. Hingga habis lagu mereka dansa beramai-ramai di hadapan gadis itu. Seolah-olah sudah di rancang tarian mereka yang sama rentak.
Di ketuai Iyyad dan Melissa, Wahyu dan pasangannya yang tak diketahui namanya itu.
Tidak lama kemudian, muzik berhenti tanda lagu sudah habis. Mereka bertepuk tangan untuk diri sendiri. Hanan yang melihat kegembiraan dan kemesraan pasangan itu terus berpaling berkira untuk mengatur langkah pergi dari situ.
Iyyad bohong. Iyyad katakan lelaki itu tak datang . Tapi di hadapannya tadi tu siapa? Roh ke? Hanan sebal. Kate yang tadi berada di sisinya juga telah menghilang entah ke mana.
Setelah beberapa langkah di atur suasana yang sepi itu tidak dihiraukan, dia menarik pintu hall itu untuk keluar dari hall itu dengan segera. Tidak betah berlama di situ. Tiba-tiba ada satu suara menegahnya membuatkan dia tersentak.
"Tunggu, Hanan!" Kedengaran suara garau macho itu menyeru namanya membuatkan Hanan terhenti melangkah.
Namun, tidak pula dia menoleh. Hanya kaku di situ. Kedengaran bunyi muzik biola. Lagu 'keegoanmu kesilapanku' berkumandang.
Seakan melodi sendu itu meluahkan rasa hatinya terhadap si gadis.
Hanan meneruskan langkahnya untuk keluar dari situ. Bukan hatinya tak tersentuh mendengar lagu itu cuma, dia tidak mahu rasa bersalahnya terus menghantui hidupnya.
Melihatkan Hanan yang mahu meneruskan langkahnya, muzik biola terhenti. Lengan gadis itu ditarik kuat membuatkan Hanan terpusing ke belakang dan automatik mereka terpeluk.
"Ha?" Semua tercengang melihat adegan itu.
Hanan merenung ke dalam anak mata lelaki di hadapannya tidak berkelip. Terkaku di situ.
Wahyu turut merenungnya. Ibarat hati mereka sedang berbicara sesama sendiri. Mata hati mereka bersatu menceritakan sebuah kisah cinta. Yang lain hanya menjadi pemerhati.
YOU ARE READING
MELODI TERINDAH(COMPLETE)
RomanceKisah AHMAD WAHYU seorang CEO 'W' STUDIO AGENCY'S telah jatuh cinta terhadap seorang gadis blur yang juga pelatih dari agensinya iaitu HANAN FALISYA hanya dengan lirik dan MELODI TERINDAH yang diciptanya. Saat Wahyu baru hendak kecapi hari bahagia b...