BAB 41~ANNUAL DINNER✓

783 39 2
                                    

SEBULAN KEMUDIAN

TIBALAH masanya pihak agensi meraikan majlis annual dinner untuk 'W' STUDIO AGENCY'S yang hanya diadakan pada setiap hujung tahun itu.

Semua staf termasuk pelatih memperagakan pakaian mereka mengikut tema santai. Jadi, semua berpakaian bebas.

Hanan datang bersama Iyyad. Iyyad beria benar mahu datang menjemputnya menaiki kereta sportnya.

 Iyyad beria benar mahu datang menjemputnya menaiki kereta sportnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tuan CEO mereka pula datang bertiga dengan Marina dan Adief. Adief atau ketua pengarah Adief adalah orang kepercayaan Wahyu yang bertugas di luar kawasan untuk projek luar nagara. Pemberi arahan menyeluruh.

Pada malam itu mereka duduk semeja di hotel Ritz Garden Ipoh.

Seusai Wahyu memberi ucapan serba sedikit, pengacara majlis mula berceloteh bagi memeriahkan lagi suasana. Dan bermulalah pelbagai acara. Pelatih ramai yang menyertai acara yang dianjurkan. Yang lain sibuk menjamu selera sambil menyaksikan persembahan di pentas. Almaklumlah hotel lah katakan. Tak sempat hendak makan hingga habis, pelayan hotel sudah datang mengambil makanan itu dan menggantikan makanan lain pula. Rasanya malam itu enam kali hidangan. Termasuk dessert yang terakhir.

Wahyu pula asyik memerhatikan si Hanan yang duduk bersebelahan dengan Iyyad.

Entah mengapa hatinya terasa sesuatu. Perasaan debarannya semakin kuat tatkala melihat mereka duduk berdua. Please, bukannya mereka ada apa-apa ikatan pun.

Tidak lama begitu, segera Wahyu menepis perasaan yang hadir dan membelenggu jiwanya.

Kemudian, Wahyu baru terperasan dan tertanya dimana ahli 6 STAR yang lain? Takkan Iyyad seorang sahaja yang hadir? Wahyu bertanya pada Marina.

"Rina, kau ada nampak ahli 6STAR yang lain?" Separuh kuat Wahyu bersuara kerana muzik dan suara pengacara bergema memenuhi ruangan dewan itu.

"Tak de pulak. Aku rasa dia orang tak datanglah. Sebabnya kalau dia orang datang confirm dah ada bersama Iyyad," jawab Marina yang duduk di tengah antara Adief dan Wahyu.

Satu meja besar yang sepatutnya boleh memuatkan untuk 10 orang itu hanya mereka duduk berlima sahaja di bahagian hadapan pentas iaitu meja VVIP.

"Ish, ke mana pulak budak-budak ni? Kenapa tak inform aku apa-apa kalau tak boleh datang? Eh, Iyyad! Iyyad!" Hampir terjerit dia panggil Iyyad.

Iyyad yang baru dengar itu memandang tuan CEO nya termasuk Hanan.

"Ada apa, tuan?" soal Iyyad yang turut bersuara separuh kuat.

"Mana ahli kamu yang lain? Kenapa kamu seorang saja di sini?"

"Mereka tak datang, tuan. Mereka tak beritahu pulak sebabnya," beritahu Iyyad sambil memandang Hanan di sebelah.

MELODI TERINDAH(COMPLETE)Where stories live. Discover now