BAB 17~PELANCARAN ALBUM✓

936 40 4
                                    

BULATAN MERU, IPOH.

BEBERAPA hari yang lalu semasa Wahyu masih di Santorini beach Greece. Pada hari itu album ke~5 Hasya Iman berjalan dengan lancar. Ada juga pengunjung di situ berebut datang menemui Hasya Iman inginkan autograf dan selfie.

Dia ditemani oleh pegurus pEribadinya, Fakrulrazi.
Dan pengacara majlis itu iaitu Dj radio terkenal Era.fm.

Ramai juga wartawan dan krew-krew lain yang hadir demi memeriahkan lagi majlis. Acara potong kek turut diadakan sempena meraikan hari pelancaran album ke-5 Hasya Iman. Seiring bersama persembahan lagu terbarunya diadakan dan dinyanyikan untuk peminat yang hadir.

Setelah selesai majlis itu, Hasya ingin pulang bersama pengurus pribadinya, Fakrulrazi. Namun, di tahan pula oleh seseorang. Di ajak berbincang seketika.

"Ada apa Encik khalis datang jumpa saya?" soal Hasya setelah mereka pergi ke sebuah restoran berhampiran kawasan itu, berdua.

Fakrulrazi disuruhnya balik dulu kerana Encik khalis berjanji mahu menghantarnya pulang usai saja ber discuss nanti.

"Saya sebenarnya saja nak tanya khabar awak..." jawab Encik khalis membuatkan Hasya tergelak.

"Eoseo, nongdam hajima?" ujar Hasya sambil berpeluk tubuh.

Lelaki itu ternganga kerana tidak memahami apa yang dituturkan Hasya sebentar tadi.

"Apa awak cakap ni? Saya tak faham." Berkerut dahi lelaki itu merenung Hasya.

"Maksud saya... Come on, jangan bergurau boleh tak? Hmm... saya dah penat ni. Apa yang Encik nak cakap sebenarnya?" Hasya ni berdarah mix malay~korean sebab itu dia boleh berbahasa korean.

"Oh okay. Sebenarnya saya mahu melamar awak untuk jadi artis dibawah syarikat saya. Saya tawarkan bayaran yang tinggi lebih dari 'W' studio agency's bayar awak." Manager Khalis terus ke tujuan asalnya.

Dia tahu gadis itu tengah meletop sekarang. Dan dia perlu tarik gadis itu untuk jadi artis dibawah naungannya. Dia mahu kaut keuntungan yang lebih. Itu niat utamanya.

"Maaf, Encik khalis. Saya tak boleh terima tawaran itu walau semahal mana pun bayaran yang Encik tawarkan," tegas Hasya.

Dia mahu setia dibawah agensi Tuan Wahyunya yang sangat baik dan banyak berkorban untuk naikkan nama dia dalam industri muzik selama ini.

"Oh, come on. Sampai bila awak nak duduk di bawah ketiak Wahyu tu? Awak tak teringin nak berhijrah ke?" Manager Khalis cuba pujuk Hasya.

"No! Saya masih dalam kontrak. Jadi saya tak mahu melanggarnya. Lagi 2 tahun baru habis. Masa tu baru saya akan decide ke mana arah tuju saya lepas tu," balas Hasya masih tetap dengan pendiriannya.

"Kalau macam tu, awak sign kontrak dengan saya pulak. Tak lama, hanya 5tahun. Dalam masa tu saya akan bayar gaji awak lebih dari sekarang. So how?" Manager Khalis masih mencuba.

"Ha... seuregiui yagsok! Tengoklah macam mana. Itupun kalau saya dah tak nak sambung kontrak dengan agensi di bawah naungan Tuan Wahyu. But, saya rasa kehidupan saya cukup mewah bila saya bekerja di bawah Tuan wahyu. Jadi, tiba-tiba pulak saya rasa macam nak sambung terus je kontrak dengan 'W' STUDIO tu. Saya dapat layanan pun terbaik. Terima kasihlah Encik sebab sudi datang lamar saya. Malangnya, sikit pun saya tak berminat dengan tawaran Encik. Huaaaaa... Neomu jollyeo. Naega meonjeo jibe galge." Tanpa menunggu Hasya terus bingkas berdiri ingin berlalu dari situ seusai pura-pura menguap tanda mengantuk kononnya.

Dia cukup tak suka dengan Manager Khalis itu sebab kaki temberang. Sudah banyak songlap duit artis di bawah naungannya. Dapat untung berlipat kali ganda. Bayar kepada artisnya ciput sahaja. Sudah banyak kes Manager khalis itu yang dia dengar dari rakan-rakan artisnya dari agensi lain.

Manager Khalis yang tak faham apa yang dituturkan Hasya pada hujung ayatnya itu segera menahan gadis itu dari pergi.

"Eh, biar saya hantar awak balik." Manager Khalis berpura-pura baik hati menawarkan diri untuk menghantar gadis itu pulang dengan harapan gadis itu terbuka hatinya untuk menerima tawarannya.

"Gwaenchanha. Saya boleh balik naik grab or teksi je..." Usai memberi alasan, Hasya terus berlalu keluar dari restoran itu secepat yang mungkin.

Tidak mahu dipujuk rayu lagi oleh Manager Khalis itu selaku pengurus artis yang kaki temberang. Siapa yang nak bekerja dengan orang yang macam tu, kan?

Manager khalis bengang kerana pujukannya tak berhasil. Lantas meja di hadapannya itu di tumbuk untuk melepaskan geram.

Neomu jeollyeo~ begitu mengantuk
Seuregiui yagsok~ janji sampah
gwaenchanh-a. ~ tak mengapa
Naega meonjeo jibe galge~ saya balik dululah.

MELODI TERINDAH(COMPLETE)Where stories live. Discover now