BAB 52- HILANG INGATAN✓

1K 41 0
                                    

"WAHYU dah sedarlah!" tegur Wafiy teruja.

  Semua turut teruja melihat keadaan Wahyu tika itu termasuk Hanan.

  "Panggil doktor, bagitau Tuan Wahyu dah sedar. Bagitau wartawan dan media yang CEO kita dah sedar. Selagi tak dimaklumkan, selagi tu diaorang tak pergi dari situ," arah Adief terhadap Marina.

  Dia berasa rimas melihat wartawan penuh menyemak di situ dari pelbagai media untuk mengetahui keadaan CEO 'W' Studio Agency's. Marina terus menekan punat pada kepala katil pesakit untuk memanggil doktor. Sejurus kemudian, dia berlalu menemui wartawan dan juga staf serta pelatih untuk memaklumkan mereka ditemani oleh Adief.

  Hanan tersenyum gembira. Bersyukur lelaki itu telah sedar walau hanya gerakkan pada jarinya. Denyutan nadi pada mesin ventilator makin stabil dari sebelumnya. Mungkinkah lelaki itu telah terlepas dari kritikal?

  Pada waktu yang sama, doktor muncul bersama pembantunya untuk memeriksa keadaan Wahyu. Yang lain menunggu di luar ruangan wad. Wartawan dan staf serta pelatih 'W' Studio telah disuruh pulang setelah Adief memberi penerangan tentang keadaan CEO 'W' Studio itu.
Tenang sedikit mereka menunggu di luar bilik wad VIP itu tanpa gangguan.

'Krieeekkkk'

  Bunyi pintu dikuak dari dalam.
Kelihatan doktor lelaki dan pembantunya keluar dari bilik itu dan yang lain terus menerpa mengelilingi doktor itu untuk mengetahui keadaan Wahyu.

  "Doktor, bagaimana dengan keadaan Wahyu?" soal Encik Ahmad Wadi pada doktor yang tertera nama Dr. Rykarl pada nametagnya itu.

  Doktor itu tersenyum seperti ada berita gembira yang bakal disampaikan. Yang lain tidak sabar menanti perkhabaran kondisi terkini Wahyu.

"Alhamdulillah, Tuan Wahyu telahpun melepasi dari waktu kritikalnya. Dia dah sedar tapi belum sepenuhnya lagi. Mungkin masih dalam dunianya lagi. Kita tak suntik pun ubat tidur pada dia kerana ketika dia di hantar ke sini, dia dah tak sedarkan diri. Now, alhamdulillah dia dah sedar dengan sendirinya..." jelas doktor itu terperinci .

"Alhamdulillah..." Semua mengucap kata syukur serentak dengan senyuman gembira yang terpamer pada riak wajah masing-masing setelah mendengarkan berita yang sahih itu dari Dr.Rykarl.

  "Terima kasih doktor sebab dah berusaha selamatkan nyawa anak saya. Kalau tak ada doktor, saya tak tahu la apa jadi pada anak saya ni." Tangan doktor itu dijabat salam tanda berterima kasih dengan doktor itu oleh Encik Ahmad Wadi.

  Dr. Rykarl masih mengekalkan senyumannya.

  "Oh, itu memang tugas saya menyelamatkan pesakit saya. Yang selebihnya semuanya ketentuan tuhan..." jawab Doktor Rykarl merendah diri.

  Encik Ahmad Wadi mengangguk mengiakan kata-kata doktor itu.

  "Doktor, boleh kami masuk?" Wafiy mencelah tidak sabar untuk menziarahi abang tirinya yang dianggap seperti abang kandungnya itu.

  Hanan dan yang lain mengangguk menyokong pertanyaan Wafiy sebentar tadi.

  Dr. Rykarl mengizinkan mereka dengan menganggukkan kepalanya perlahan.

  Mereka mengucap terima kasih kepadanya dan kemudian masing-masing masuk kembali ke ruangan wad VIP itu.

  Kini, semua masuk dan mengelilingi Wahyu yang masih lemah dipembaringan. Matanya pula berbalam antara buka dengan tidak. Mesin oksigen yang dipakai pada mulutnya telahpun dibuka oleh pembantu doktor tadi.

  Hanan yang masih rasa bersalah dan merasa dirinya punca lelaki itu ditimpa bencana dan kesal dengan prasangka buruknya terhadap lelaki itu, menghampiri lelaki itu perlahan. Sudah seperti dalam drama pula gayanya.

MELODI TERINDAH(COMPLETE)Where stories live. Discover now