WAHYU masuk sahaja dalam agensi pagi itu kedengaran suara suara pelatih-pelatih sedang bersosek-sosek fasal gosip. Dia ada juga terdengar nama Hanan dan Iyyad disebut menjadi tanda tanya pada fikirannya. Tanpa menunggu, dia cuba menghentikan mereka dari terus bergosip pagi itu.
"Ehem! Ehem!"
Wahyu berdehem di hadapan pelatih~pelatih di situ. Pelatih~pelatih di situ tersentak setelah melihat Tuan CEO mereka sedang perhatikan mereka. Terus mereka meminta diri dan bergegas pergi dari situ dan masuk ke kelas masing~masing.
Kebetulan dalam waktu yang sama, Hasya Iman bersama pengurus peribadinya Fakrulrazi masuk ke dalam agensi dan menemui Tuan CEO mereka setelah ternampak lelaki itu sedang berdiri tercegat memikirkan sesuatu.
"Assalamualaikum, tuan. Selamat pagi." Dengan ceria dia menyapa lelaki itu.
"Waalaikumussalam, Hasya," jawab Wahyu acuh tak acuh seperti sedang runsing memikirkan sesuatu.
Hasya dan pengurusnya merenung Tuan CEO mereka dengan renungan penuh tanda tanya.
"Tuan, are you okay?"
"Saya dengar ada gosip tergempar dari mulut pelatih tadi. Saya terdengar nama Hanan dan Iyyad disebut. Gosip tentang apa ya?" Wahyu tidak berkias-kias lagi terus mengajukan persoalan yang bermain difikirannya sejak tadi.
Hasya dari ceria berubah riak seketika.
"Ermm... tuan betul~betul tak tahu ke pasal gosip liar tu?"
Wahyu merenung seraut wajah Hasya ingin tahu maksud gadis itu.
"Gosip tentang apa?"
Hasya terus mengeluarkan telefon pintarnya dari beg tangan LV nya dari pegangan Fakrulrazi. Dan dia tunjukkan berita sensasi dilaman sosial pada Wahyu membuatkan lelaki itu melepaskan nafas berat. Dia seakan kecewa dengan apa yang dilihatnya.
Tanpa menunggu lagi terus saja dia mengorak langkah menuju ke pintu lif untuk naik bilik pejabatnya di tingkat tiga.
Hasya dan Fakrulrazi terkulat-kulat di situ kerana Tuan CEO nya itu pergi begitu sahaja tanpa permisi. Dan kemudian Hasya terus pergi ke kelas vokal untuk lagu terbarunya. Dia harap berita hangat itu segera lenyap dari umpatan orang.
Di BILIK CEO~
"AKU harap Hanan tak tahu pasal gosip ni. YaAllah, kasihannya dia. Dia masih mentah lagi. Kenapa dia diuji begini?" Wahyu mengurut-urut pelipis dahinya sambil memikirkan sesuatu untuk menghentikan penyebaran gosip itu.
Marina yang tetiba meluru masuk ke ruangan itu terus menyerbu Wahyu membuatkan lelaki itu naik angin.
"Wahyu... macam mana ni? Gosip tu dah tersebar meluas. Ops! Kau tahu kan pasal gosip tu?"
"Boleh tak kau diam!" jerkahnya tetiba jer membuatkan Marina terdiam membisu kerana terkejut.
Pada masa yang sama, ketua pengarah Adief turut masuk ke situ setelah kedengaran suara jerkahan dari ruangan itu ketika dia melewati hadapan ruangan CEO untuk ke pantry tadi.
"Apahal ni bising~bising? Sampai ke luar dengar. Ada apa ni? Tuan? Rina?"
Dilihatnya kedua-dua insan itu membatukan diri masing-masing. Dengan Marina yang masih berdiri tercegat. Wahyu pula dengan berwajah cemberut sambil mengurut pelipis dahinya seperti tadi.
"Ni mesti fasal gosip liar cinta tiga segi Hanan, dengan artis terkenal Iyyad dan CEO W studio, kan?" Adief dapat mengagak memang itu puncanya.
" 6STAR ada dimana? Aku nak jumpa mereka, now !" tegas Wahyu.
"Mereka ada kelas kareografer sekarang. Kita tak boleh ganggu konsentrasi mereka. Lagipun bulan depan mereka akan jelajah ke seluruh negara untuk FANS MEETING mereka," beritahu Adief.
YOU ARE READING
MELODI TERINDAH(COMPLETE)
RomanceKisah AHMAD WAHYU seorang CEO 'W' STUDIO AGENCY'S telah jatuh cinta terhadap seorang gadis blur yang juga pelatih dari agensinya iaitu HANAN FALISYA hanya dengan lirik dan MELODI TERINDAH yang diciptanya. Saat Wahyu baru hendak kecapi hari bahagia b...