BAB 30 ~ PUTUS ASA✓

778 38 0
                                    

PERJUMPAAN media massa diadakan. Wahyu dan Iyyad telah menerangkan gosip yang berlaku itu tidak benar. Pelbagai persoalan yang diajukan wartawan dari pelbagai media itu kepada Wahyu selaku CEO kepada ahli 6STAR. Ahli 6STAR yang lain hanya mendiamkan diri. Tidak ada seorang pun mahu membuka mulut untuk membela Iyyad. Wahyu yang perasan akan keadaan itu sudah menahan amarahnya hingga habis persidangan itu.

Hanan yang tak tahu apa~apa berjalan menuju ke arah pintu pagar luxury house untuk keluar dari rumah itu membawa Cemong. Elok sahaja kakinya melangkah keluar, ada beberapa wartawan dan jurukamera datang menyerbunya. Hanan terkejut dan cuba mengelak dari mereka. Dia melarikan diri sambil mendukung Cemong. Mereka mengejarnya. Ada yang mengambil gambarnya.

Pada waktu yang sama, Wahyu yang baru pulang dari persidangan berhentikan kereta di bahu jalan setelah terlihat Hanan sedang dikejar wartawan. Tanpa menunggu, Wahyu terus keluar dari perut keretanya dan menarik lengan Hanan dibawa masuk ke dalam kereta. Kemudian, dia memboloskan diri ke tempat duduk sebelah pemandu dan memecut laju pergi dari situ. Beberapa wartawan dan jurukamera tadi agak marah mereka ditinggalkan sebegitu tanpa memberi penjelasan.

  Sunyi suasana dalam kereta itu disepanjang perjalanan mereka. Cemong pula duduk atas dashbord kereta sedang melingkar elok sahaja menghadap luar cermin kereta itu.

Sekejap-sekejap Wahyu mengerling mata ke arah Hanan yang membatukan diri di tempat duduk sebelahnya. Sepi. Dia memasang radio digital yang di bluetooth dari telefon pintarnya. Lagu 'alasan terindah~farisha iris' kerana lagu itu ada mengatakan sepi bagaikan tak beerti. Sunyi diriku sendiri. Dimanakah dirimu kini saat ku perlukan mu di sisi tak kembali.

Hanan yang seakan memahami lagu itu seperti sedang memerlinya yang hanya mendiamkan diri tidak bersuara, mula menundukkan kepalanya sedikit sambil bermain dengan jemarinya sendiri. Tidak tahu mahu berkata apa dengan tuan CEO nya itu. Dia khuatir jika lelaki itu akan memarahinya penyebab timbulnya gosip antara mereka bertiga.

"Maafkan saya, Hanan. Disebabkan saya, awak dikejar wartawan tadi. Dan mesti awak tak faham kenapa awak dikejar wartawan tu tadi, kan?" Wahyu rasa serbasalah.

  Pada tanggapannya gadis itu masih belum tahu tentang gosip itu.

"Saya faham. Dan saya tahu pasal gosip itu. Siapa yang sebarkan fitnah itu saya pun tak tahu dan tak faham kenapa dia buat macam tu. Tuan, saya benar-benar marah. Pasti semua orang dah anggap saya playgirl sekarang ni sebab main cinta dengan dua lelaki dalam satu masa. Padahal saya bukan macam tu pun! " Hanan melepaskan geramnya dan sebal bila terfikirkan gosip yang tersebar itu.

"Sabar, Hanan. Saya tahu awak tengah marah. Saya juga marah tapi kita kena laluinya dengan tenang bila dah masuk dalam dunia seni ni. Tak boleh cepat melatah. Itu baru sikit gosip yang keluar awak dah tak boleh tahan. Lepas ni, ada banyak lagi dugaan dan gosip murahan akan keluar yang awak perlu hadapi." Intonasi suara Wahyu tidak setegas selalu hanya mendatar.

" Macam mana tuan boleh tahan dengan semua dugaan ni ek?" Hanan pelik lelaki itu cool sahaja dengan gosip itu.

  Dia tak tahu di agensi tadi lelaki itu sudah melepaskan amarahnya. Dan dia sudah tenang selepas persidangan tadi menerangkan keadaan sebenar hubungan antara dia, Hanan dan Iyyad. Dia tidak mahu semua orang salahkan Hanan dan cop gadis itu sebagai playgirl.

"Saya dah terbiasa dengan gosip semua ni. Sudah 10 tahun saya dalan industri ni, Hanan. Awak tak perlulah marah lagi. Saya dah perbetulkan semuanya. Saya dah terangkan kebenaran tentang hubungan kita bertiga dalam persidangan media tadi," terang Wahyu cuba tenangkan gadis itu.

  Itu baru kali pertama dia nampak jelas wajah kemarahan gadis itu plus murung.

  Hanan tertunduk seketika sambil memicit-micit jarinya sendiri. Memang selalu begitu pun. Dia bukannya berani tatap mata lelaki itu jika sedang bertutur dengan lelaki itu. Sekali-sekala adalah itupun sebab kena tegur di tuan CEO nya itu.

MELODI TERINDAH(COMPLETE)Where stories live. Discover now