BAB 33~ KEMATIAN CEMONG✓

765 36 6
                                    

SUASANA cemas ketika di klinik haiwan. Hanan mundar mandir menunggu keputusan dari doktor. Iyyad turut risaukan Cemong.

"Hanan, duduklah dulu. Saya naik pening tengok awak mundar mandir macam ni," panggil Iyyad suruh duduk di kerusi sebelahnya.

Hanan menggelengkan kepalanya.

"Tak boleh. Saya tengah risau ni. Macam mana nak bagitau tuan Wahyu keadaan Cemong? Matilah saya. Saya juga takut kehilangan Chani. Saya dah sayang sangat dekat Chani..." Hanan meraup wajahnya berulangkali.

Iyyad terdiam mendengarnya. Ya, dia faham tentang perasaan sayang Hanan terhadap Chani a.k.a Cemong. Dia baru sedar bahawa gadis itu adalah seorang yang pencinta kucing.

'Kriekk..'

Doctor dan pembantunya keluar dari bilik kecemasan haiwan.

Hanan dan Iyyad terus mendapatkan doktor itu.

"Macam mana dengan kucing saya Doktor?" soal Hanan tak sabar ingin tahu keadaan Cemong.

"Buat masa ni, dia masih tak stabil kerana dia terlalu banyak mengalami pendarahan. Mungkin dalamannya ada sedikit kerosakan. Tapi, saya dah suntik antibiotik dan ubat tidur supaya dia boleh berehat. Apa-apa pun, kita tunggu dia sedar dulu. Kemudian, baru kami boleh tahu keadaan dia macam mana nanti. Kemungkinan kami akan buat imbasan ICT buat Chani," terang doktor yang tertera nama Dr. Sharifah dinametagnya itu.

"Boleh kami tengok keadaan dia? " Iyyad meminta izin.

"Boleh. Cik dan Encik boleh masuk tengok kucing kalian. Tapi ingat, jangan ganggu dia. Dia sedang beristirehat..." pesan doktor itu dengan mengizinkan mereka berdua melawat Cemong.

Tanpa menunggu lebih lama lagi, Hanan dan Iyyad terus berlari masuk ke dalam bilik yang Cemong ditempatkan itu.

Hanan menangis sedih melihat keadaan Cemong. Dia terus mendapatkan Cemong. Iyyad hanya berdiri di belakang Hanan. Dia pun tumpang bersedih.

"Chani... tolong kuat Chani. Jangan tinggalkan aku. Kita kan dah berjanji untuk bersama sampai bila-bila. Please jangan tinggalkan aku. Aku dan Tuan Wahyu menunggu kau..." Tubuh kaku Cemong dibelainya lembut.


Kepala kucing itu dikucup lama.

Iyyad yang melihat keadaan itu tiba-tiba terasa sebak pula dihatinya. Dilihatnya Hanan bersedih sungguh demi kucing CEO nya. Dari situ dia dapat menilai Hanan jenis orang yang bagaimana.

"Bertenang Hanan. Sebaiknya, awak bagitau Tuan Wahyu terlebih dulu sebelum dia dapat tahu sendiri. Kalau lambat bagitahu dia, lagi dia mengamuk. Biar dia terkejut sekarang, jangan terkejut nanti. Parah awak kena marah nanti," nasihat IYYAD terhadap Hanan kawan baiknya itu.

Hanan tergeleng kepala.

"Saya takut... saya takut dia marah saya. Awak tahu kan yang dia tu panas baran? Tak. Saya tak berani nak bagitahu dia. Saya dapat rasakan kemarahan dia tu nanti." Bersungguh Hanan tidak mahu memberitahu kepada tuan CEO nya.

Iyyad menarik nafas seketika kemudian, melepasnya perlahan.

"Tapi, sampai bila awak nak diam dan rahsiakan apa yang terjadi pada kucing Tuan Wahyu ni? Awak bagitau je dia. Kalau awak takut, biar saya teman awak. Saya akan back up awak. Saya janji! Lagipun, saya pun ada ditempat kejadian," pujuk Iyyad supaya gadis itu mengkhabari berita itu kepada Tuan Wahyu mereka.

MELODI TERINDAH(COMPLETE)Where stories live. Discover now