BAB 18~PERBALAHAN✓

957 46 14
                                    

WAHYU berjalan ingin ke pantry di hujung bangunan di tingkat dua itu untuk membancuh coffee latte bagi menghilangkan rasa mengantuknya. Dia malas hendak menyuruh tea lady.

Selepas seharian bersama Komposer Danny dan Mazlan di bilik rakaman dan audio itu membuat penilaian lirik Hanan Falisya itu tanpa pengetahuan gadis itu. Tiba-tiba tekaknya terasa haus pula.

Ketika dia masuk ke pantry di hujung bangunan itu, matanya tertancap ke arah sesusuk tubuh seseorang yang sangat dikenalinya.

'Apa dia buat dekat sini? Aku dah larang dia jejak kaki di agensi aku ni. Dia saja nak cari nahas ni!' rengus Wahyu dalam hati.

Dengan rahangnya yang tetiba bergerak-gerak dan jemarinya di genggam menjadi penumbuk. Tanda menanti masa untuk menyerang.

Tanpa menunggu terus dia menarik bahu orang itu yang tengah meneguk minuman. Tersentak orang itu hingga tertumpah air di atas bajunya sendiri.

"Oh shit!" marah Wafiy.

Riaknya berubah saat matanya bertentang mata dengan Wahyu yang berwajah serius nak matey tu bagaikan nak telan orang hidup-hidup lagaknya.

"Eh, Wa... Wah... yu? Bila kau balik sini?" Wafiy gugup kerana dia tak menjangka bahawa abangnya akan pulang secepat itu.

Sangkanya Wahyu akan bercuti lebih lama lagi.

"Apa kau buat kat sini? Siapa yang benarkan kau jejak kaki di sini?" Keras benar nada Wahyu saat itu membuatkan Wafiy sedikit terperanjat.

Kemudian dia kembali tenang.

"Daddy yang suruh aku lapor diri sehari lepas kau fly ke Santorini Beach tu. Lagipun, apa salahnya kalau aku tolong kau kat sini. Atleast, aku tak menganggur lepas tamat study di Amsterdam. Aku tak bosan tinggal di rumah je tak buat apa-apa. Boleh tambah pengalaman. Alah, aku tahu kau takkan marah sebab aku ni kan adik kau dan pasti kau perlukan pertolongan dari aku jugak, kan? Then, aku dengar di agensi kau ni tak de orang yang pegang jawatan presiden lagi lepas presiden lama resign 3 bulan yang lalu. Tentu saja jawatan tu milik aku sekarang, kan?Aku dah tahu plan kau memang nak aku yang pegang jawatan tu. So, aku ambil lah jawatan tu. Kau ok, kan?" Berjela Wafiy menceceh membuatkan Wahyu bertambah panas hati.

Rasa ingin belasah adik tirinya itu sepuas hatinya.

Namun, dia masih waras. Tidak mahu bersikap kebudak~budakan. Dia akan selesaikannya secara dewasa.

"Aku tak pernah sediakan jawatan tu untuk kau. Aku tak pernah anggap kau adik aku. Kau ingat tu! Aku tak suka orang luar macam kau semak dalam agensi aku. Aku nak kau berhambus dari sini sebelum aku sendiri yang heret kau dan malukan kau depan staf and pelatih aku yang dah tergila~gilakan kau tu. Pilih nak yang mana?" dengus Wahyu tegas.

"Rileks, bro. Kenapa kau benci sangat dengan aku? Apa yang aku dah buat sampai kau marah sangat dengan aku? Kau tahu tak, dah macam- macam aku buat untuk kau banggakan aku. Aku nak rasa macam mana rasanya kasih dari seorang abang. Tapi, kau sisihkan aku. Kenapa? Apa salah aku? Kenapa kau tak macam abang abang orang lain yang sayang adik dia. Tak pernah anggap adiknya sebagai musuh. Tell me, why?" Wafiy melepaskn segalanya yang terbuku dalam hatinya selama ni.

Memang itu yang dia rasa selama ni bila disisihkan abang sendiri. Nafasnya turun naik. Segala rasa bercampur baur. Tanpa dijangka Wahyu menarik kolar baju kemeja Wafiy. Wafiy terkejut diperlakukan begitu.

"Kau nak tahu kenapa? Sebab kau bukan adik kandung aku. Kau lah punca daddy aku menduakan mummy aku. Kaulah punca aku hilang kasih sayang daddy aku. Kau lah punca aku hilang mummy aku. Kaulah punca segalanya kau tahu tak? Hey! Kau tahu tak, kalau tak kerana mak kau yang cuba goda daddy aku, perkara bodoh ni takkan terjadi. Dan kau takkan ada antara kami. Sebelum ni keluarga aku bahagia je. Tapi, sejak hadirnya kau dengan mak kau, segalanya berubah dengan sekelip mata. Daddy asyik lebihkan kau je sekarang ni. Aku ni dah macam tak wujud dalam hidup dia. Disebabkan tu aku bencikan kau. Aku tak boleh tengok muka kau pun. Aku rasa macam nak ludah je! Dan sememangnya kau layak dilayan sebegitu!" luahnya sepenuh hati dengan nada yang cukup keras.

Wafiy terkejut dengan kata-kata abangnya itu. Dia tak sangka seteruk itu dia pada pandangan mata abangnya. Wahyu orang yang dia sanjung selama ni tak seperti apa yang dia fikirkan. Wahyu seorang yang pendendam dan ego menggunung tinggi. Saat itu berkaca jernih dikelopak matanya. Lantas tangan Wahyu yang masih mencengkam kolar kemejanya direntap. Tubuh Wahyu di tolak kasar hingga menyebabkan lelaki itu terdorong ke belakang.

"Aku tak sangka, seteruk tu pandangan kau terhadap aku. Fine, jika itu yang kau mahu. Terpulang. Tapi, kau kena tahu tentang beberapa perkara ni. Orang yang paling aku bangga dalam dunia ni selama ni sejak kecik, itu kau! Orang yang aku anggap seperti abang kandung aku sendiri, itu kau! Orang yang aku berharap akan sayang aku, lindungi aku, itu kau! Orang yang aku teringin nak dengar dia panggil aku adik, itu kau! Dan orang yang aku nak dia cakap yang dia bangga dengan kejayaan aku, pelajaran aku dan mahu aku terus berjaya di masa hadapan... it's you, fool ! Stupid !" Hidungnya kembang kempis menahan sebak.

  Kemudian, Wafiy terus berlalu dari situ. Tidak betah berlama lagi. Takut jadi lain lagi. Dia tidak mahu Wahyu melihat dia menangis dan nampak kelemahannya di situ. Tanpa sedar air mata Wafiy meleleh jua menuruni lekukan pipinya jatuh ke bumi.

Kata-katanya membuatkan Wahyu terkesan dan terdiam kaku. Dalam masa yang sama, air matanya mula bertakung di tubir mata menanti pecahnya sahaja. Dia tidak mengerti mengapa dia perlu rasa sebak sebegitu sedangkan akalnya ligat mengatakan dia bencikan Wafiy.

Dadanya di sentuh cuba menahan rasa. Dia terduduk di atas kerusi meja makan yang memang disediakan untuk staf di situ.

  Di sebalik pintu itu, ternyata Hanan sayu mendengar perbalahan antara dua lelaki itu. Dia baru tahu Wafiy dan Wahyu adalah dua beradik tiri. Dia melihat Wahyu sedang memendam rasa. Sebak mungkin. Dia terus berlalu pergi dari situ menuju ke rooftop dikemuncak bangunan itu.

Dia tidak mahu mengganggu lelaki itu. Biar keadaannya reda. Termenung dia sendiri mendengar lirik yang dia cipta di atas bumbung itu dengan earphone . Dia telah pun merekod suaranya sendiri seperti yang Komposer Danny mahukan itu. Dalam muka menjengkelkan itu dia mahu juga membantu Hanan untuk perbetulkan lirik Hanan itu.

Iyyad Harith dan ahli 6STAR lain sibuk dengan latihan kareografi di bilik studio kareografer. Dia tak mahu melepak di situ kerana bising dengan muzik yang kuat. Dia tak suka bising sangat. Dia lebih sukakan ketenangan. Namun, dalam hati masih teringatkan perbalahan antara Wahyu dan Wafiy. Dia tumpang bersimpati dengan Wafiy. Tapi, dia juga rasa sedih mendengar kisah Wahyu tadi tentang kekurangan kasih sayang dari seorang ayah.

  "Dahlah, Hanan. Kau yang sepatutnya dikasihankan. Kau langsung tak dapat rasa kasih sayang dari sesiapa pun. Ibu ayah dah meninggalkan kau ketika kau berusia 16 tahun. Kakak pun dah meninggalkan kau. Kau disisihkan dari keluarga Mak dan ayah kau sebab diaorang anggap kaulah pembawa sial terhadap keluarga kau sendiri. Diaorang anggap kau penyebab kematian mereka. Emm... sebab tu kau lebih suka menyendiri macam ni. Tak de siapa akan dapat susah kerana kau!" Dalam masa yang sama, terasa sedih bila dirinya disisihkan oleh keluarga ibu dan ayahnya.

Lebih perit lagi, dia dicop 'pembawa sial' oleh mereka. Dia duduk memeluk lutut. Kepalanya dibenamkan ke dalam celahan dua lututnya dan menangis semahunya. Kedengaran esakan halus di rooftop bangunan itu. Suasana menjadi pilu seakan memahami perasaan Hanan saat itu. Hanya dia sendiri. Tiada siapa yang sudi bertanyakan perihal kisah hidupnya. Biarlah dia memendamnya sendiri. Untuk jangka masa selama mana itu, dia sendiri tidak pasti. Sudahlah pencarian si pelanggar Kakaknya masih tidak ditemui. Bila ditanya kepada pihak polis, mereka tidal mahu mendedahkan identiti pesalah yang pernah dipenjarakan.

  "Sampai bila aku harus begini? Hidup sendiri. Tanpa teman tanpa keluarga. Sampai bila aku harus memendam sendiri segala rasa yang terbuku di hati? YaAllah. Bantulah aku. Aku juga ingin menikmati hari bahagia seperti orang lain. Tapi... apa maknanya rasa bahagia yang aku kecapi itu nanti jika tanpa ibu, ayah dan kakak? Tanpa mereka semua, apa bezanya jika kau mahu kecapi bahagia kau takkan rasa bahagia tu Hanan. Takkan pernah!" luah Hanan lagi sendirian.


  Dia menumbuk dadanya sendiri cuba menghilangkan beban yang sentiasa berada di lubuk hatinya.

MELODI TERINDAH(COMPLETE)Where stories live. Discover now