HARI ujibakat pencarian bakat menulis lirik bermula dua sesi dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Sesi petang pula jam 2 petang hingga 5 petang.
"Tuan, saya rasa sampai sekairang tak de lagi yang memiliki bakat yang bagus. Bagaimana ni?" Pengurus Azim bersuara yang sejak tadi berdiam diri fokus mendengarkan lirik yang dipersembahkan dari peserta-peserta.
"Sabar, Encik Azim. Pasti akan ada yang terbaik antara ramai-ramai ni," balas Wahyu tenang.
"Baiklah, kita boleh panggil yang seterusnya?" soal Pengurus Azim terpaksa akur dengan arahan majikannya itu.
Hanya di jawab dengan anggukan oleh Wahyu.
"Next!" panggil Pengurus Azim tegas.
Dia sudah mula rasa keletihan kerana menunggu beberapa jam disitu.
Beberapa saat kemudian masuk seorang gadis remaja berusia dalam linkungan 18 tahun lebih kurang. Dia membawa masuk keyboard piano dibantu staf di situ.
"Okey, sila perkenalkan diri dulu." Wahyu memberi arahan.
Gadis itu mengangguk kemudian dia bersedia untuk intro tentang dirinya dihadapan 5 orang juri di hadapannya.
"Assalamualaikum, tuan puan. Nama saya Hanan Falisya binti Hasyim. Boleh panggil saya Hanan. Saya berumur 18 tahun. Saya berasal dari Lenggong, Perak. Saya anak bongsu dari dua beradik..." Hanan ingin menghabiskan ayatnya lagi.
"Stop! Awk boleh teruskan perform dengan lirik yang awak tulis sendiri tu. Boleh saya mintak lirik tu? Pastikan ori ya bukan ciplak lirik orang lain?" cantas Wahyu tegas.
Dia malas mahu mendengar intro yang panjang lebar. Baginya ia buang masa. Hanan terdiam sejenak. Tidak lama kemudian baru dia mengangguk. Tanda bersedia untuk memperkenalkan dirinya.
"Baik, tuan. Ini lirik asli yang saya tulis sendiri setahun yang lalu. Lirik ni saya tak ciplak dari mana-mana penulis lirik lain. Sumpah!" jawab Hanan jujur.
"Ok girl, teruskan!" Marina mencelah tidak mahu mereka buang masa lagi.
Hanan falisya datang pada Wahyu dan menyerahkan lirik aslinya. Disaat peserta lain menghantar minusOne pada komposer Danny dan CEO mereka, Hanan hanya menghantar lirik kertas bertulis. Namun begitu, Wahyu mengambilnya dan meneliti bait-bait lirik tanpa membantah. Bagus juga lirik dan penulisannya. Tapi melodinya belum tahu lagi bagaimana.Wahyu terus kembali memberi fokus pada Hanan dihadapan mereka jarak empat langkah saja itu.
Seminit kemudian,kedengaran alunan muzik dari keyboard piano itu. Indah sungguh melodinya. Semua terbuai mendengarnya termasuk Wahyu sendiri.
'Kurindu gelak tawamu...'
Saat dukaku sukaku...
Kau sentiasa ada... bersamaku...
Saat itu dibahumu ...
Tempatku melepaskan sedihku...
Dipelukanmu ... tempat ku melepaskan segala bahagiaku...
Aku rindu senyumanmu...
Kini dimana senyumanmu...
semua telah tiada...
Hilang sekelip mata...
Tahukah kau betapa aku perlukanmu...
YaAllah... kumohon KAU kembalikan dia...'Hingga selesai dia menyanyi dengan sendu plus linangan airmata membuatkan smua orang sebak mendengar dan melihatnya termasuk Wahyu. Namun hati lelakinya yang kebal dia cuba menahan airmata dari mengalir. Hilang machonya nanti di hadapan staf nya.
Tepukan diberikan. Gemuruh satu dewan bilik rehearsal.
"Good, how beautiful melody. I like it!" Pengurus Azim berdiri kerana rasa bangga dengan bakat Hanan Falisya.
"Yes, me too!" Di sambut oleh Marina pula.
"Me too! I think this song can make the song ost dramas," celah Komposer Danny pula yang turut menyukai bakat yang dimiliki oleh gadis yang bernama Hanan Falisya itu.
Wahyu yang hanya kaku sejak tadi mula ingin membuka mulut.
"Lirik ni seperti ada cerita disebaliknya. Bagaimana awak dapat ilham untuk menulisnya? Dan awak cakap ianya disiapkan setahun yang lalu,betul? Jadi boleh awak ceritakan kisah disebalik lirik ni?Apa yang membuatkan awak keluarkan airmata ketika mendendangkan lagu yang awak cipta tu? Boleh bagi pencerahan?"
Hanan Falisya tertunduk untuk beberapa saat.Dia menangis dan terus menangis.Marina mendekati Hanan berniat untuk menenangkan gadis itu.
"Hanan... jika ada perkara yang bermain difikiran awak sekarang ni yang mengganggu emosi awak ,awak boleh luahkan pada kami. Jangan pendam. Please, tolong bagi kerjasama.Lagipun, ramai lagi peserta lain yang menunggu giliran untuk di audition. Jika awak terus menangis macam ni, awak akan melambatkan masa kami untuk interview peserta yang lain lagi. Hanan... please?" pujuk Marina dalam nada perlahan.
Barulah Hanan menggilap air matanya. Sejurus kemudian, dia memandang ke arah juri-juri di hadapannya.
"Maaf, saya teremosi pulak. Sebenarnya, lirik tu saya tulis setahun yang lalu kerana saya terlalu rindukan kakak saya. Sekarang dia dah hilang dari hidup saya sejak setahun yang lalu," beritahu Hanan perkara yang mengganggu fikirannya saat itu yang telah membuat airmatanya mengalir.
"Oo... jadi lirik ni mengisahkan tentang kakak awak? Bukan kekasih?" tanya Pengurus Azim pula.
"Ya, tentang kakak saya yang sangat saya rindui. Saya berharap dia kembali pada saya walau saya tahu itu mustahil untuk terjadi." Kedengaran sayu sahaja nada Hanan waktu itu.
"Kenapa pulak?" Wahyu mula berminat untuk tahu.
"Dia dah lama pergi menemui penciptaNya," beritahu Hanan perlahan diiringi tangisan kecil.
Marina dan yang lain bersimpati mendengarnya. Bahu gadis itu digosoknya perlahan untuk menenangkannya.
"Maaf, kami tak tahu kisah hidup awak. Dia meninggal kerana sakit ke atau sebab lain?" soal komposer Danny ingin tahu.
"Kakak saya tu ada penyakit mental sejak azali. Satu hari tu dia lupa makan ubat. Penyakit mental dia tu datang balik. Dia tiba-tiba je lari keluar dari rumah kami. Masa tu saya ada di sekolah. Saya balik ke rumah je, jiran bagitau yang kakak saya dah tak de. Dia kena langgar. Dan orang yang langgar dia tu dah bawa dia ke hospital. Saya teringin nak jumpa orang yang langgar kakak saya tu. Kenapa dia terus menghilang je lepas hantar kakak saya ke hospital? Saya tahu dia tak sengaja dan tak bersalah pun. Memang kakak saya yang salah sebab lari melintas jalan tak toleh kiri kanan dah. Tapi, at least dia kena tunggu saya, atau datang jumpa saya minta maaf sebab dah terlanggar kakak saya sampai meninggal. Dan dia langsung tak datang pun. Dia menghilang macam tu saja. Saya pun tak tahu siapa dia sebenarnya," luah Hanan bersungguh-sungguh membuatkan Wahyu agak sedikit terkejut.
Fikirannya terus terimbas kejadian setahun yang lalu. Jantungnya berdebar kencang. Hampir saja pitam.
"Tuan? Are you ok ? Kenapa ni, tuan?" Pengurus Azim panik bila tersedar Wahyu sedang menggosok dadanya menahan debar yang teramat kuat itu.
Wajah lelaki itu berubah jadi merah padam seperti udang bakar.
"Tolong uruskan audition ni. Saya perlu pagi berehat. Saya kurang sihat," perintah Wahyu dalam nada menahan debaran dan kepalanya mula rasa berpinar.
Dia ingin cepat berlalu dari situ.
"Baik, tuan. Nak saya tolong papah tuan untuk dibawa ke bilik rehat?" soalnya niat untuk membantu majikannya.
Wahyu mengangkat tangan tanda tak perlu. Kemudian, dia terus berlalu.
Marina dan yang lain memandangnya pelik. Namun mereka meneruskan juga sesi ujibakat itu walau tanpa Wahyu.

YOU ARE READING
MELODI TERINDAH(COMPLETE)
RomanceKisah AHMAD WAHYU seorang CEO 'W' STUDIO AGENCY'S telah jatuh cinta terhadap seorang gadis blur yang juga pelatih dari agensinya iaitu HANAN FALISYA hanya dengan lirik dan MELODI TERINDAH yang diciptanya. Saat Wahyu baru hendak kecapi hari bahagia b...