BAB 40~ HANAN JADI SUPERSTAR✓

748 42 0
                                    

BILIK REHEARSAL

KELIHATAN semua juri berada di situ. Ketua pengarah, penolong pengarah, pengurus, penerbit, produser, semua turun padang untuk melihat penyanyi baru yang dimaksudkan Wahyu untuk lagu terbaru bertajuk JATUH CINTA. Lirik yang di cipta oleh Hanan Falisya tempohari. Semua tertanya-tanya siapa yang akan menyanyikan lagu itu.

Tidak lama kemudian, orang yang dinantikan masuk ke ruangan itu membuatkan kelima-lima juri terkejut melihatnya.

"Hanan?" Serentak mereka bersuara.

Selepas insiden di hospital beberapa hari yang lalu, Wahyu cuba beranikan diri untuk temui Hanan dan meminta gadis itu hadir ke agensi untuk nyanyikan sendiri lagunya. Dan Hanan bersetuju.

Hanan tergaru kepala yang tidak gatal. Rasa segan sebenarnya apabila dia di panggil oleh Wahyu untuk nyanyikan lagu itu sendiri.

" Yes, Hanan. Dia pencipta lirik Jatuh cinta. Dan saya mahu dia sendiri yang nyanyikan lagu ni. Saya tak mahu orang lain yang nyanyikan lagu tu. Hanya suara dia sendiri yang mampu menyentuh jiwa kita yang mendengar nyanyiannya. Tak percaya? Nanti kamu semua dengar sendiri." Wahyu yang sejak tadi diam mnunggu Hanan bersuara meyakinkan juri juri yang lain.

Marina yang berada disebelahnya memandang Wahyu pelik.'Lain macam mamat ni semenjak rapat dengan Hanan. Ada apa-apa ke?' Hatinya tertanya-tanya.

"Baiklah, tuan. Boleh kita mulakan? Tak sabar saya mahu mendengar suaranya.." pinta Amy selaku penerbit disitu kerana nanti dia yang akan terbitkan lagu itu.
Yang lain mengangguk mengiakan.

"Baik,kita mulakan. Hanan... boleh mula!" Wahyu memberi arahan.

Hanan mengangguk kemudian duduk di hadapan keyboard piano dan mengangkat jemarinya menyentuh papan keyboard piano itu dan menari-nari di atasnya mengalunkan sebuah melodi yang terindah.

'Hanya suaramu di dalam diriku..'
Hanya nafasmu di dalam hatiku
Hanya wajahmu hadir dimimpiku
Apakah makna semua itu?
Hanya dengan melihat wajahmu
Aku bahagia
Hanya dengan melihat senyummu
Aku terleka
Hanya dengan renungan matamu
Aku tergoda
Lantas jantungku berdetak
Sejuta rasa...
Sungguhku tak mengerti
Mengapa itu yang terjadi
Setelah diamati baru kusedari
Ternyata, hati ini...
Telah terpaut dengan cintamu
Oh cintamu...

Hingga habis Hanan menyanyikannya membuatkan para juri semua bangun berdiri termasuk Marina memberi tepukan gemuruh dan semangat buat Hanan. Mereka turut terjatuh cinta dengan lirik dan melodi yang dicipta oleh Hanan.

"Wow! You can be superstar, Hanan!" puji para juri mengaguminya.

Marina mengerling ke arah Wahyu di sisinya yang sedang tersenyum bangga dengan potensi yang ditonjolkan oleh Hanan.

Lirik lagu itu dan juga Hanan diterima di agensi itu setelah mendapat persetujuan dari semua juri.

Marina akui Hanan memang berbakat dalam mencipta lirik. Tengok sahaja Melissa sekarang, sudah pun popular. Dan sudah pun menandatangani kontrak menjadi artis komposer, tidak lagi pelatih di situ. Sekarang Melissa setaraf dengan ahli kumpulan 6STAR, Hasya Iman, Melissa dan artis-artis lain lagi. Semuanya gara-gara Hanan.

Cuma yang dia tak sukanya bila Wahyu cuba sembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. Wahyu kelihatan seperti sudah jatuh hati pada Hanan. Itu yang dia nampak. Namun, bila dia mahu bertanya, ada saja urusan lelaki itu di luar. Ada saja yang menghalang.

MELODI TERINDAH(COMPLETE)Where stories live. Discover now