BAB 10~AHMAD WAFIY✓

1.3K 86 10
                                    

DI 'W' STUDIO AGENCY'S

" ASSALAMUALAIKUM, Cik Marina." Suara garau plus macho itu telah membuat Marina yang tengah menyiapkn kerjanya di laptop memanggung kepala memandang si empunya suara.

Sesusuk tubuh tegap berdiri di hadapan meja kerjanya kemas berkemeja kerja dengan fail ditangan sedang tersenyum manis padanya. Kening Marina dikerutkan. Pelik. Apa mamat itu buat dekat situ? Mulutnya sedikit ternganga.

"Cik Marina? Hello, excuse me," tegur lelaki itu lagi setelah beberapa saat gadis itu menyepi tidak bersuara.

Lalu tangannya di awangkan ke hadapan muka gadis itu berniat untuk menyedarkannya dari lamunan.

Barulah Marina memberi respon.

"Oh, wa... wa... Waalaikumussalam. Awak ni... Wa.... fiy, kan?" Tergagap- gagap gadis itu dibuatnya terkejut tengok perubahan pada lelaki itu.

"Ya, saya. Awak Cik Marina, kawan Wahyu, kan?" soalnya inginkan kepastian kerana dia juga agak terkejut melihat perubahan pada gadis itu setelah beberapa tahun tak berjumpa semenjak dia sambung belajar di Amsterdam.

"Yeah. Saya kawan kepada Tuan Wahyu selaku Pengarah di sini. What are you doing here?" Marina memberi isyarat pada Wafiy agar duduk di atas kerusi yang tersedia ada.Wafiy mengangguk kemudian terus duduk berhadapan dengan Marina.

"Oh actually, saya datang sini untuk lapor diri sebagai President di sini," terang Wafiy tujuan dia ke situ membuatkan Marina agak melongo mendengarnya.

"Oh, yeke? Wahyu tak de cakap apa- apa pun. Confirm ke Wahyu yang suruh awak lapor diri hari ni?" Marina mencurigainya.

"Yeah, my daddy dah call dia beberapa hari yang lalu. So, that's why saya lapor diri hari ni."Wafiy cuba meyakinkan gadis itu.

"Kalau macam tu, biar saya hubungi Tuan Wahyu untuk confirmation sebab saya takut nanti dia bising pulak dekat saya sebab tak inform pada dia dulu tentang kemasukan awak hari ni." Terus Marina menggapai gagang telefon ofis mahu mendail nombor telefon Wahyu.

Melihatkan Marina yang sudah mahu mendail nombor Wahyu, segera Wafiy itu menahannya.

"No need, Miss Marina. My daddy dah confirm kan dengan Wahyu. Lagipun dia abang saya. So, confirm dia ok kalau saya datang bantu dia disini. Memandangkan dia pun tengah bercuti. Why not saya gantikan dia bantu Cik Marina untuk handle agensi ni untuk sementara waktu hingga Wahyu kembali." Wafiy memberi alasan yang munasabah untuk menghalang gadis itu dari meneruskan niatnya untuk menghubungi abangnya.

Jika Marina berjaya menghubungi Wahyu, sudah tentu Marina tahu yang sebenarnya Wahyu tak mungkin mengizinkan pun dia bekerjasama dengan Wahyu.

Bukan dia tak tahu, dari dulu lagi Abang dia tu tak ngam dengan dia. Apa sahaja yang dia lakukan, ada saja yang tak kena di mata abangnya itu. Jadi inilah masanya untuk dia buktikan bahawa dia juga mampu membanggakan abangnya dengan menjayakan agensi milik abangnya itu dengan tangannya sendiri.

"Oo... okay. Ta... pi..." Belum sempat Marina menghabiskan ayatnya Wafiy telah memotong terlebih dahulu.

"Well, cantik Cik Marina sekarang. So beautiful girl. Jauh berbeza dari dulu," puji lelaki itu untuk menarik minat gadis itu dari terus mencurigainya.

"Oh really? Thanks!" Marina pantang di puji mulalah tersenyum meleret.

Hilang habis curiganya terhadap lelaki itu.

MELODI TERINDAH(COMPLETE)Where stories live. Discover now