MAJLIS berjalan dengan lancar. Marina berpuas hati. Wahyu happy melihat kegembiraan Marina sahabatnya. Semua staf dan pelatih dari 'W' studio turut hadir malam itu. Mereka berpuas hati dengan nyanyian Melissa. Dan ramai yang memuji bakat Hanan Falisya sebagai penulis lirik dan pemain keyboard piano pelatih yang terbaik. Wahyu bangga dengan bakat Hanan yang mudah dibentuk. Hanan cepat tangkap dengan apa yang diajar.
Kemudian, 6STAR di jemput untuk lagu terbaru mereka yang ditulis lirik oleh Wahyu sendiri sebelum kemunculan Hanan. Tajuk 'psycho girl'. Dia pasti lagu itu akan menginjak di tangga teratas nanti. Sekarang dia tengah fikirkan masa depan 6STAR dan MELISSA nanti.
Tidak lama kemudian, matanya terpandang ke arah sesusuk tubuh yang kekok duduk sendirian dimeja makan selang dua meja dari mejanya iaitu Hanan. Dia duduk di meja khas untuk VVIP di meja paling hadapan. Meja untuk staf di belakang sedikit terletaknya. Dia bingkas bangun mahu ke tempat Hanan namun niatnya terbantut apabila terlihat kelibat seseorang yang tetiba sahaja muncul dan duduk di sebelah Hanan.
"Apa dia buat kat sini? Aku kan dah halau dia haritu?" rengus Wahyu sendiri.
Dia mendengus sendiri tanpa disedari oleh Pengurus, pengarah, pembantu pengarah yang duduk semeja dengannya kerana mereka khusyuk melayan persembahan dari MELISSA dan 6STAR diiringi muzik yang dimainkan oleh pelatih 'W' studio agency's.
Wahyu hanya perhatikan Hanan berbual dengan orang disebelahnya. Nampak kekok tapi mampu tersenyum dengan jenaka orang yang di sebelahnya.
Tetiba bayangn Bella muncul. Dulu begitulah dia dengan Bella. Berjenaka bergelak tawa.
'Bella, apa khabar awk sekarang?Saya rindukan awak...' Pada masa yang sama, kedengaran pula lagu 'Rindu Dijiwa'~Encik Mimpi dari pelatih yang menunjukkan bakat masing~masing itu. Memang kena dengan situasinya yang rindukn bekas tunangnya.
Sejujurnya dia tak boleh terima lagi kehilangan Bella. Namun, apa yang dia boleh buat? Gadis itu menghilang tanpa dapat dikesan. Bukan dia tak pernah cari gadis itu di rumah keluarganya di Bandar Baru Lenggong itu. Tapi, rumah itu sunyi tiada berpenghuni. Ke mana lagi yang dia mahu mencari gadis itu? Dia dengar gosip dari jiran~jiran Bella, mereka sekeluarga telah berpindah ke luar negara. Entah di mana dia sendiri pun tak tahu. Bagaimana dia mahu menjejakinya? Fb, Ig, Whatsapp, semua sudah di block. Memang tak boleh nak detect lagi gadis itu. Nampaknya memang gadis itu bersungguh mahu meninggalkan dia."Mudahnya awak lupakan saya, Bella." Wahyu tak sedar dia sudah mengelamun jauh hingga ke hujung dunia terbuai dengan lagu 'Rindu Di jiwa' nyanyian Encik Mimpi itu.
Setelah selesai persembahan dari artis dan pelatih muzikal itu pengacara memanggilnya untuk membuat sedikit ucapan pada malam majlis debut itu. Dan dia mendapat tepukan gemuruh dari satu dewan hotel.
YOU ARE READING
MELODI TERINDAH(COMPLETE)
Roman d'amourKisah AHMAD WAHYU seorang CEO 'W' STUDIO AGENCY'S telah jatuh cinta terhadap seorang gadis blur yang juga pelatih dari agensinya iaitu HANAN FALISYA hanya dengan lirik dan MELODI TERINDAH yang diciptanya. Saat Wahyu baru hendak kecapi hari bahagia b...