BAB 3~SIAPA DIA?✓

2.3K 125 13
                                    

"KAU! Pembunuh!Pembunuh!" jerit seorang wanita berusia 30-an.

"Tidak! Aku bukan pembunuh... tidak!" Wahyu menidakkan tuduhan wanita yang tak dikenalinya itu.

Dia sendiri tidak faham bagaimana dia boleh berada di situ. Dia sedar sahaja dia sudah berdiri di ruangan agak gelap juga.Dan bertambah pelik bila dia dituduh membunuh. Dia berjalan mencari suara yang menjerit padanya tadi.

"Hey, pembunuh! Kau pembunuh!" Kedengaran lagi suara jeritan tadi.

"Siapa kau? Keluarlah tunjukkan diri. Dan bagitau aku siapa yang aku bunuh seperti yang kau dakwakan tu?"

Sunyi. Tiada lagi suara bergema. Menjerit melolong melaung mendakwanya sebagai pembunuh seperti tadi. Wahyu berjalan ke hadapan mencari jalan keluar.

Tetiba dia terlihat satu susuk tubuh manusia berdiri tegak empat langkah di hadapannya. Dia pelik dan tertanya-tanya siapa wanita tu?

Disebabkan sifat ingin tahu lebih menggunung tinggi, dia cuba menghampiri perempuan itu. Dia mula melangkahkan kakinya selangkah. Dua langkah. Tiga langkah. Dan langkahan yang terakhir, dia berhenti betul-betul di belakang perempuan itu. Dengan tangannya yang menggeletar dan tubuhnya yang menggigil, dia cuba untuk menyentuh bahu perempuan itu dalam samar cahaya bulan yang tak berapa nak cerah itu. Al-maklumlah malam itu hanya keluar bulan berbentuk sabit sahaja.

Air liurnya terasa lekat di kerongkong tak mampu hendak ditelan dek kerana perasaan resah gementarnya yang menujah ke dalam dirinya tika itu. Jantungnya pula berdegup kencang. Dia rasa tak sedap hati dengan tiba-tiba sahaja. Dengan penuh kekuatan, dia cuba juga beranikan diri untuk menyapa wanita itu.

  "Cik?" sapa Wahyu dengan nada gugup seraya jemarinya mencuba menyentuh bahu wanita itu.

  Wanita itu yang sedang membelakanginya mula berpaling menghadap Wahyu. Saat itu, terpampang jelas wajah jeleknya. Dengan kedua belah anak matanya tiada. Mulutnya pula terlohong dengan luas hingga kelihatan seakan terkoyak sampai ke telinga. Wajahnya berlubang plus berulat. Sungguh mengerikan.

  "Harghhhh!" sergah wanita berupa hodoh itu membuatkan Wahyu terkejut beruk sampai terkencing dalam seluar tanpa sedar.

Hilang habis kemachoannya. Kakinya kaku tidak boleh hendak bergerak. Bagaikan di simen pada jalan tar pula. Lututnya lemah serta menggeletar. Hendak menjerit meminta tolong pun, mulut pula terasa bagaikan dikunci tak boleh dibuka.

"Kau penyebab aku jadi macam ni. Kau pembunuh!" jerkah wanita itu dan terus menerkam Wahyu yang masih berdiri terkaku itu.

Leher lelaki itu dicekiknya kasar. Bau busuk yang keluar dari tubuh wanita itu menusuk ke rongga hidung Wahyu membuatkan Wahyu sukar untuk bernafas dengan baik.

  Wahyu berusaha untuk melepaskan diri sekuat mampunya. Pada waktu yang sama, tiba-tiba sahaja dia teringatkan pesanan dari arwah tok wannya iaitu' jika ternampak atau terjumpa hantu, azankan sahaja. Nanti dia larilah.' Tanpa berfikir panjang, Wahyu terus mengalunkan laungan azan di dalam hati. Memandangkan mulutnya sudah terkunci dek iblis itu, dia azan sekuat di dalam hatinya hingga bergema ke seluruh tubuhnya dengan terjemahannya sekali. Dan dengan tiba-tiba...

'Arghhhhhhhhh!' Hantu itu melepaskan cekikannya dan menjadi kepulan asap dan lenyap dari muka bumi.

  Lantas Wahyu tersedar dan terbangun duduk.

  Anak matanya meliar ke arah sekelilingnya. Dia melafazkan syukur kerana ternyata dia hanyalah bermimpi. Dengan segera Wahyu beristghfar berulangkali dan terus turun dari katil menuju ke kamar mandi untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat isyak yang ditinggalkan.

MELODI TERINDAH(COMPLETE)Where stories live. Discover now