BAB 36~ 'JATUH CINTA'✓

834 35 42
                                    

"KANDA WAHYU!... kanda!" Kedengaran bergema suara seruan dari seorang gadis, di kawasan pokok taman daun warna merah itu membuatkan Wahyu tercari-cari.

"Kanda Wahyu! I love you!" Kedengaran lagi suara yang menyeru namanya.

Tetapi kali ini, lebih jelas suara yang sangat dikenalinya. Wahyu berlari-lari anak di sebuah taman.

"Siapa tu?" soal Wahyu pelik.

"Kanda Wahyu! Ke marilah pada dinda... marilah sayangku, Kanda Wahyu...' Suara itu masih menyeru Wahyu.

Wahyu tak puas hati selagi dia tidak menemui si empunya suara. Dia tekad untuk meneruskan pencariannya.

Tiba di sehuah pohon rendang Wahyu terhenti melangkah. Kelihatan ada seseorang sedang berada di atas buaian yang terikat pada pokok rendang dihadapannya itu. Buaian itu terayun sendiri. Gadis itu yang melihatnya dari kejauhan menggamitnya.

Wahyu yang melihatnya dengan perlahan-lahan melangkah kaki menghampiri gadis itu. Kini, sedar tak sedar dia sudah berdiri betul-betul di sebelah buaian yang dinaiki gadis itu. Gadis itu memakai baju gaun putih dengan lilitan bunga di atas kepala sedang tersenyum ke arahnya.

"Hanan? Awak ke yang panggil saya?" soal Wahyu inginkan kepastian.

"Ya, kanda Wahyu. Dah lama dinda menanti kanda. Ke sinilah kanda. Kita naik buai bersama," ajak gadis itu dengan nada yang cukup lembut membuatkan Wahyu tersenyum dan terus melabuhkan duduk atas buaian kayu itu disamping gadis itu.

Lantas saat itu, tanpa di duga gadis itu memeluk lengan Wahyu dan kepalanya terlentok dibahu Wahyu. Tersentak Wahyu dibuatnya. Namun, tidak lama kemudian, Wahyu hanya membiarkannya.

"Jangan tinggalkan dinda ya, kanda?" pinta gadis itu.

Wahyu terkedu. Tidak lama kemudian, dia mengangguk perlahan. Walaupun dia pelik mengapa gadis itu tetiba menggunakan bahasa lama? Akhirnya, dia turut terlentok di kepala gadis itu. Terbuai kedua-duanya. Matanya terpejam dek kerana terbuai dengan kelembutan si gadis.

Disaat Wahyu terhanyut dibuai asmara bersama Hanan, dia terasa ada orang mengucup pipinya lembut. Terasa sejuk seperti ais. Matanya terus terbuka luas kerana tak tahan dengan kesejukkannya. Saat itu wajah Hanan yang cute bertukar jadi wajah Jay yang sedang mempamerkan sengihan yang sungguh menjengkel terhadap Wahyu.

Apalagi, Wahyu terkejut lantas terbangun duduk dalam keadaan berpeluh tubuhnya.

Dengan tidak semena-mena, Wahyu terdengar tawa halus dari sahabatnya itu. Wahyu memandang ke arah suara yang sedang mentertawakannya. Kelihatan wajah Jay terpacul di hadapan mukanya. Wahyu terus berubah riak.

"Woi! Kau rupanya... kau buat apa kat aku, hah? Sejuk tau tak?" marah Wahyu kerana sahabatnya itu telah mengganggu mimpinya.

"Aku kejut, kau tak sedar. Aku tengok kau tidur punya tersenyum sampai ke telinga. Seolah-olah tengah berjumpa dengan budadari syurga. Jadi, aku bagilah benda alah ni kiss kau... hihi jangan marah ha..." beritahu Jay sambil menayangkan kepalan ais dalam satu beg kain. Tawanya masih bersisa.

"Shit! Jay!" Wahyu mengetap gigi menahan geram.

Baru sahaja dia turun dari katil, Jay telah menghilang di sebalik pintu dengan tawa terkekeh-kekeh. Ketawa jahat orang panggil. Seronok dapat menyakat kawan.

Wahyu malas mahu mengejar Jay. Dia tiba-tiba terimbau tentang mimpi indahnya. Tergaru-garu kepala dengan sengihan termalu sendiri bila teringat mimpinya bahawa Hanan memanggilnya Kanda Wahyu dan ucapan I love you! Sudah rupa orang bercinta dalam mimpi itu.

MELODI TERINDAH(COMPLETE)Where stories live. Discover now