BAB 37~ ALERGIK✓

836 34 0
                                    

ESOKNYA, Wahyu meluangkan masa diruangan muzikal bersama pelatih-pelatihnya. Ada yang mengetuk drum. Ada yang memetik guitar. Ada yang bermain biola. Semuanya mengikut rentak lirik lagu yang dicipta oleh Hanan itu. Rupanya selepas dapat sahaja lirik itu dengan note sekali tersedia ada. Wahyu terus fotokopinya banyak helai untuk diberikan kepada pelatih-pelatih. Dia mahu hari itu semua pelatih mengalunkan melodi lagu itu. Semua pelatih bahagian muzikal ada dalam kelas termasuk jurulatih mereka Miss Nadine.

Miss Nadine berdiri sambil tersenyum seiring dengan lenggok tubuhnya seperti suka benar dengan melodi lirik itu. Melodinya mengikut irama bergenre romance plus pop. Yalah, lagu jatuh cinta tentulah rancak. Hati sedang berbungalah katakan.

Wahyu memainkan muzik Keyboard piano itu dengan senang hati. Seperti langsung tiada masalah dalam hidupnya. Wajahnya kelihatan ceria. Tak pernah pelatih dan staf melihat mood dia sebaik itu. Tanpa sedar, staf juga turut masuk ke ruangan itu untuk menyaksikan CEO mereka memainkan muzik dengan nyanyian merdu sekali. Hingga habis satu lagu itu dimainkan. Artis-artis inside agency's turut berada di situ menyertai mereka.

Ahli 6STAR yang baru pulang dari fans meeting semalam turut datang ke ruangan itu setelah mendengar muzik rancak yang dimainkan itu seiring bersama melodi terindah telah berjaya menarik minat mereka untuk menyaksikannya.

"Wei, lagu siapa tu?" soal Hafiz kepada Ayish.

Ayish hanya menjawab dengan mengangkat bahu sahaja, tanda dia tidak tahu.

"Tak pernah dengar pun. Lagu baru agaknya..." Ayish main agak sahaja.

"Tapi... best lah wei. Tak pernah aku dengar melodi indah macam ni..." Sambung Nazmi pula.

Dan kepalanya terangguk-angguk kecil mengikut rentak muzik yang dimainkan.

"Lagu ni sesuai kalau orang tengah dilamun cinta je..." Aril yang sejak tadi berdiam diri menyampuk.

Irwan mengangguk mengiakan sambil menggerakkan tubuhnya mengikut rentak melodi yang dimainkan.

"Wei, aku betul-betul dah jatuh cinta bila dengar lagu ni.Hah aku nak grab lagu ni jadi lagu second album kita dari Tuan Wahyu nanti. Confirm meletop pecah record der. Kalah artis kpop yang top top tu," tekad Irwan.

Iyyad hanya memandang rakan-rakannya itu sekilas dengan gelengan kepala.

'Asalkan ada lagu yang baru je semua nak grab. Entah lagu tu dah ada penynyinya naya je...' desis Iyyad kemudian kembali tumpu pada tuan CEO mereka itu dan pelatih lain yang turut memainkan muzik.

Setelah tamat lagu itu mereka memberi tepukan gemuruh. Ramai yang tertanya-tanya lagu siapa. Wahyu hanya tersenyum. Hanya dia yang tahu siapa yang layak menyanyikan lagu itu untuk dia.

***

TAMAN SUN LIGHT IPOH.

HANAN sibuk memasak untuk makan tengahari. Nak kata pandai memasak itu, tidaklah sangat. Setakat campak-campak dia tahulah. Bolehlah sekadar melapik perut.

'Ting tong ting tong'

Kedengaran bunyi loceng pintu. Hanan bergegas pergi buka pintu utama. Dia sudah dapat mengagak. Tentu Kate yang pulang hari itu.

"Assalamualaikum, Hanan..." Kate terus meluru masuk sambil mengepit pahanya menuju ke tandas tanpa menunggu lagi.

Hanan sudah faham sangat. Mahu terkucillah tu. Hanan hanya menjawab salam di dalam hati sahaja. Dan menyambung kerja memasaknya yang terbengkalai tadi.

"Huh, lega. Setengah jam akak tahan tahu sebab tengah shooting tadi mana boleh nak buang air kecil bagai. Nasib baiklah shoot dekat aje hari ni. Kalau jauh... aishh. Nasib baiklah sempat sampai ke rumah." Kate bersuara menceritakan apa yang terjadi sejurus keluar sahaja dari tandas dan mendekati Hanan yang tengah memasak di dapur.

MELODI TERINDAH(COMPLETE)Where stories live. Discover now