Di ROOFTOP W STUDIO AGENCY'S
HANAN FALISYA melangut di situ mendengarkan lagu baru 6STAR yang dia ciptakan iaitu bertajuk DIA GADISKU seraya memejamkan mata menghayatinya hingga habis.
Dia berharap Iyyad dan rakan~rakan terus maju. Kemudian, bersambung pula dengan lagu Melissa bertajuk AIR MATA. Mendengar sahaja bait-bait lirik itu tetiba dia teringatkan arwah kakaknya kerana lagu itu benar-benar dicipta khas untuk arwah kakaknya.
Saat itu, hatinya dirundung pilu. Perasaan sebaknya mulai datang bertandang. Menyebukan rasa di dadanya. Sungguh menyesakkan nafasnya untuk terus bernafas dengan stabil. Sedih sangat agaknya dengan kepergian arwah kakaknya akibat kemalangan jalanraya setahun lebih yang lalu.
"Kak Hani, Hanan rindukan akak. Rindu sangat. Sampai ke hari ni Hanan tak tahu siapa yang langgar akak. Hanan tak dapat cari dia, kak. Tapi, cita~cita Hanan hampir tercapai. Hanan pernah cakap pada akak dulu. Hanan nak jadi penulis lirik terkenal. Dan sekarang dah dua lirik yang Hanan cipta telah berjaya di keluarkan dan menjadi milik artis terkenal ahli 6STAR dan Melissa. Cuma Hanan belum berpeluang nak tulis lirik lagu untuk Hasya. Hanan minat sangat dengan Hasya. Baik, lemah lembut macam akak. Kalaulah kak Hani ada sekarang, tentulah kita dah berpelukan sekarang. Hanan rindu akak sangat." Kedengaran sendu nadanya.
Pada waktu yang sama, Wahyu turut ke situ untuk mengambil udara segar dari atas bumbung itu. Langkahnya terhenti tatkala terlihat sesusuk tubuh Hanan sedang bersendirian. Wahyu menghampiri gadis itu.
"Hanan?" panggilnya dalam nada mendatar.
Hanan yang membelakanginya itu menoleh memandang ke arah Wahyu yang berdiri dibelakangnya. Kelihatan berkaca jernih mata gadis itu membuatkan Wahyu tertanya~tanya dan tanpa di pinta, terus melabuhkan punggungnya di sisi Hanan.
Dia tergaru kepalanya yang tidak gatal. Tak tahu bagaimana cara untuk bertanya dan hendak bermula dari mana. Dia kalau bab memujuk perempuan memang lemah sedikit. Sama keadaan seperti ketika dia masih bersama dengan Bella dulu. Bella merajuk dia bukannya pandai memujuk pun. Dia hanya memberi kata~kata pujangga membuatkan gadis itu cair dengannya dan tidak jadi untuk merajuk lagi. Tetapi, Hanan... dia sedang berduka. Apa yang perlu dia lakukan? Otaknya ligat memikirkan cara untuk menenangkan pelatihnya itu. Dalam pada masa yang sama, dia juga ingin tahu punca gadis itu berduka.
"Are you okay?" Soalan pertama yang diajukannya.
Hanya soalan itu yang terlintas difikirannya tika itu.
Hanan menundukkan wajah. Malu Tuan Wahyu melihat dia menangis. Kemudian, dia mengangguk perlahan tanda okay. Sedangkan dalam hati hanya dia yang tahu.
"Habis tu, kenapa dengan mata awak tu?" Wahyu tahu gadis cuba sembunyikan sedihnya.
"Habuk masuk mata," jawab Hanan teragak~agak. Cuba berbohong.
Namun, bohongannya itu tidak berjaya meyakini Tuan CEO nya.
'Kelepap!'
Laju sahaja telapak tangan Wahyu melekat pada dahi gadis itu. Hanan terkejut lantas kepalanya diangkat dan memandang majikannya itu dengan wajah tak puas hati sambil menggosok dahinya yang terasa sedikit perit.
"Kenapa dengan tuan ni? Tetiba je tepuk dahi saya. Sakit tahu tak?" Sungutan gadis itu sedikit pun tidak mengubah ekspresi wajah serius Wahyu itu.
YOU ARE READING
MELODI TERINDAH(COMPLETE)
RomansaKisah AHMAD WAHYU seorang CEO 'W' STUDIO AGENCY'S telah jatuh cinta terhadap seorang gadis blur yang juga pelatih dari agensinya iaitu HANAN FALISYA hanya dengan lirik dan MELODI TERINDAH yang diciptanya. Saat Wahyu baru hendak kecapi hari bahagia b...