BAB 39~ MENGUJI MENDUGA✓

692 41 0
                                    

HOSPITAL PANTAI, Ipoh.

IYYAD telah dipindahkan Hospital kerana kakinya masih sakit. Beberapa orang staf datang melawat Iyyad.

"Iyyad... Iyyad... awak ni suka buat hal lah. Kerana awaklah, kita dah kalah. Kita tak dapat projek besar tu. Faham tak, ish..." bebel Lydia selaku produser di 'W' studio agency's.

"Bukan salah sayalah. Saya dah cakap ada orang menyekat kaki saya. Ishh!" Iyyad melawan untuk membela dirinya yang tak bersalah itu.

"Siapa yang nak buat macam tu? Haiss!" Pengurus Azim mencelah.

Semua menyalahkan Iyyad punca 6STAR kalah dalam pertandingan itu.

Wahyu hanya jadi pemerhati sahaja perbalahan itu di atas sofa .

"Eh, Hafiz dan rakan rakan awak bagitau kami yang awak berkhayal dipentas. Tak fokus. Sebab itu awak boleh tak sedar kawan awak di belakang. Hish, Iyyad... awak fikirkan apa sebenarnya ni? Sampai kita terlepas projek besar tu. Hish.." Marina turut tak puas hati dengan apa yang terjadi.

Wahyu rasa simpati pula pada Iyyad yang disalahkan bertubi-tubi di hentam oleh orang-orang atasan. Haish, dia menghela nafas perlahan. Akhirnya, dia bingkas berdiri.

"Kenapa semua orang nak salahkan saya ni? Hafiz tu yang saja sekat kaki sayalah! Kalau dia tak sengaja kenapa dia tak datang langsung melawat Saya? Memang sah dia yang bersalah dan sengaja nak kenakan saya. Dia memang berniat nak malukan saya depan khalayak ramai. Dari dulu lagi dia tak puas hati dengan sayalah!" bentak Iyyad geram bila dia dihentam bertubi-tubi sebegitu.

Bukannya datang nak tanya khabar dia. Tanpa sedar dia terlepas cakap tentang Hafiz pula.

"Hafiz?" Semua sebut nama itu serentak seakan tak percaya dengan apa yang terjadi kecuali Wahyu.

Dia dapat mengagak memang itu kerah Hafiz. Cuma dia tiada bukti sebab itu dia tidak mahu ambil tindakan melulu.

"Haiss, kalau nak ikutkan saya nak rahsiakan pasal Hafiz. Tapi, semua orang tuding jari pada saya nak salahkan saya sebab kalah dalam song battle tu saya terpaksa ceritakan juga. Saya dah tak tahan asyik di hentam saja... sepatutnya yang datang melawat saya bertanyakan khabar saya. Bukan menghentam saya sebeginilah." Tambah Iyyad lagi.

"Awak nak salahkan orang lain pulak? Budak ni!" marah Produser Lydia geram kerana dia yang uruskan semua jadi dia rasa macam usahanya sia sia bila mereka kalah dengan agensi agensi lain yang kurang hebat dari agensi mereka yang jauh lebih gah itu.

Produser Lydia terlalu sibuk. Tugasnya sangat besar jika hendak dibandingkan dengan tugas penolong pengarah atau Ketua pengarah. Produser tugasnya menguruskan dan mengawal seluruh agensi. Walau bukan dia yang menerbit album atau keluarkan lirik. Tetapi, dia juga bahagian pemantauan semua team dalam setiap kerja dalam studio itu. Dia tukang mencari job untuk artis inside agency's. Berat betul tugasnya kan? Lirik banyak pun tapi jika tanpa pemilihan dari produser, mereka tak boleh keluarkan lagu itu. Maknanya tugas seorang produser sangat penting dalam studio agensi. Dan disebabkan itu dia jarang turun padang. Kalau tengok ketua pengarah sibuk pikul tanggungjawab yang berat, produser lebih berat tanggungjawabnya. Kira pengganti CEO selain ketua pengarah.

"Aishh... sudahlah tu! Kenapa dengan semua orang ni? Asyik nak salahkan dia aje. Tak nampak ke kaki dia masih berbalut tu? Dia perlukan rehat yang cukup. Jadi, mari kita pulang," celah Wahyu yang sejak tadi berdiam diri dengan nada cukup tegas.

"Tapi... dia ni punca agensi kita kalah, to." Produser Lydia masih tak berpuas hati.

"Sudahlah tu, balik! Now!" tegas Wahyu dengan nada keras.

MELODI TERINDAH(COMPLETE)Where stories live. Discover now