DI BILIK RAKAMAN
HANAN dipanggil ke ruangan itu oleh CEO Wahyu seawal pagi lagi seusai dia mengemas bilik muzikal tempat dimana dia belajar dan mencari ilham untuk menulis lirik.
Hanan menolak dedaun pintu kaca itu perlahan kemudian masuk ke dalamnya. Dia lihat ada seseorang sedang duduk dikerusi menghadap cermin yang dimana dalamnya adalah tempat artis merekod lagu mereka.
Kini Hanan berdiri betul-betul di belakang Wahyu. Wahyu masih tak sedar kehadiran gadis itu kerana dia masih dalam dunianya yang teringat apa yang dia bincangkan dengan Jay semalam di cafe.
"Assalamualaikum, Tuan?" Hanan memberi salam.
Wahyu yang baru tersedar menoleh memandang ke arahnya.
"Waalaikumussalam, Hanan. Duduk!" Wahyu kelihatan serius pagi itu.
Dia memang sentiasa serius jika di tempat kerja. Jarang tersenyum jika tiada sebab yang munasabah.
Hanan yang tadinya berdiri tercegat kemudian dia duduk setelah di arah oleh Tuan CEO nya itu.
"Ada apa tuan panggil saya?"
Wahyu pusingkan kerusinya agar menghadap seraut wajah Hanan.
"Begini, saya dah teliti awak punya lirik. Agak bagus. Cuma perlukan sedikit correction. Boleh tak, saya mahu awak susunkan semula kata- kata dalam lirik awak biar ia jadi lebih indah dan sedap didengar. Yang lain semua okay. Awak ni inspirasi dah ada. Saya tahu itu kepakaran awak. Tapi awak tahu tak struktur lagu, genre lagu, nada awal akhir, kunci dasar, nada dasar, intro, middle, outro? Awak tahu tentang semua tu?" soal Whyu bertalu-talu membuatkan Hanan melongo tak faham apa benda yang disebut majikannya itu. Intro middle bagai.
"Apa benda tu? Err... saya tahu tulis lirik je. Saya tak tahu semua benda yang tuan sebut tu." Hanan berterus terang sambil tergaru kepala.
Apalah yang dia tahu tentang muzik?Yang dia tahu hanya tulis lirik tentang apa yang dia rasakan sahaja.
"Apalah awk ni. Tulis lirik pandai. Tapi semua perkara penting untuk jadikan lirik tu bagus dan dahsyat pun awak tak tahu dan langsung tak memahaminya? Sebenarnya, perkara yang saya sebut tadi tu awak wajib tahu tentang tu. Mungkin pada orang lain ia hanya perkara asas atau basic saja. Tapi, pada saya ia adalah perkara yang penting awak perlu tahu sebab perkara itu yang akan menghasil sebuah lirik yang berkualiti. Jika awak pentingkan perkara yang saya sebutkan tadi itu, pasti lirik awak akan jadi yang terbaik dan meletup!" Wahyu tergeleng kepala selepas menerangkan tentang penghasilan sebuah lirik pada pelatihnya yang satu itu.
'Aduhai, Hanan. Banyak perkara dia kena belajar lagi ni,' bisik hati kecil lelaki itu.
"Manalah saya tahu, tuan. Rupanya rumit jugak ek jadi penulis lirik ni?" Tergaru-garu kepala gadis itu.
Wahyu tersenyum senget akhirnya setelah lama mempamerkan riak seriusnya. Hati Hanan mulai berdetak saat melihat senyuman itu walau tidaklah senyuman seindah suria. Namun, ia mampu membuatkan hati wanita bisa cair. Dia cuba mengawal segala rasa dijiwanya. Bibirnya di gigit sambil tertunduk ke lantai.
"Dahlah, awak pergi ambil lirik awak tu bawak datang sini. Nanti saya suruh Encik Mazlan dan Komposer Danny ajar awak cara nak perbetulkan lirik awak tu. Dan awak boleh guna bilik rakaman ni jika awak mahu. Saya pun selalu guna bilik ini selepas menulis lirik untuk artis saya. Saya akan puas hati jika saya sendiri yang ada bersama untuk mendengarnya. So, nanti saya akan suruh Encik Mazlan dan komposer Danny bantu awak. Mereka adalah orang penting dalam agensi ni. Memandang saya CEO di sini, banyak kerja yang perlu saya arrange. Jadi, buat masa ni awak perlu belajar semuanya dari Komposer Danny. Dan minta dia tolong nilai awak punya lirik awak tu nanti, faham?" Usai bicara kepala gadis itu digosok be like seorang ayah sedang menasihati anaknya pula lagaknya sebelum berlalu dari situ meninggalkan Hanan sendiri termangu di situ.
Hanan meneguk air liur untuk yang ke berapa kali dia sendiri tidak pasti saat itu. Terbayang-bayang cara layanan Tuan Wahyu terhadapnya sebentar tadi. Apa yang dibebelkan lelaki itu ibarat angin lalu sahaja pada pendengarannya kerana ralit merenung wajah yang didakwa sebagai MR FACETIGHT oleh pelatih pelatih di situ.
"Semua orang mengumpat Tuan Wahyu. Dia orang cakap Tuan Wahyu tu serius tegas lepas tu pilih kasih. Aku tengok dia okay je. Tak sama langsung dengan apa yang pelatih dekat sini dakwakan tu," bicaranya sendiri.Kemudian dia tersenyum dan berlalu ke bilik latihan muzikal mahu mengambil liriknya untuk di beri kepada Komposer Danny seperti yang diarahkan Tuan CEO nya itu. Dengan harapan, mereka menerima lirik yang di tulisnya. Dan akan diterbitkan tak lama lagi. Dia teringin mahu Hasya Iman yang nyanyikan lagu dari lirik yang ditulisnya itu.
YOU ARE READING
MELODI TERINDAH(COMPLETE)
RomanceKisah AHMAD WAHYU seorang CEO 'W' STUDIO AGENCY'S telah jatuh cinta terhadap seorang gadis blur yang juga pelatih dari agensinya iaitu HANAN FALISYA hanya dengan lirik dan MELODI TERINDAH yang diciptanya. Saat Wahyu baru hendak kecapi hari bahagia b...