HANAN menunggu Wahyu di ruang tamu sebelum berangkat ke U.K.
"Kanda? Lambat lagi ke?" laung Hanan dari bawah.
Sepi. Tiada sahutan. Hanan menjuihkan bibir.
"Tak dengarlah tu. Lama betul bersiapnya. Kalah perempuan. Itulah jadinya, bangun lambat lagi. Kan dah kelam kabut bersiap. Haisy... kanda... kanda..." omel Hanan sendiri seraya mempamerkan sengihan bila terkenangkan sikap suaminya yang seorang itu.
Hanan yang mula kebosanan, bingkas bangun dari duduknya dan menapak menuju ke ruang dapur. Tiada tempat lain yang mahu ditujunya, jika bukan ke pusara Cemong kesayangannya itu.
Kini, dia berdiri betul-betul di hadapan pusara Cemong. Kesayuan mula hadir di segenap ruang penjuru hatinya.
"Chani... aku rindukan kau...," luah Hanan seraya mencangkung di sisi pusara Cemong.
Manakala Wahyu pula yang baru turun ke tingkat bawah tercari-cari kelibat isterinya yang langsung tidak kelihatan di ruang tamu. Bertaut keningnya, pelik. Ke mana isterinya menghilang?
"Adinda? Dinda!" Wahyu menyeru isterinya.
Wahyu pelik apabila seruan tiada sahutan. Dia menjengah ke ruangan dapur. Dilihatnya pintu dapur itu sudah terbuka. Lantas bibirnya mengoyak senyuman kerana dia sudah dapat mengagak, pastinya isterinya sedang berada di pusara Cemong, anak kesayangannya itu. Tanpa melengahkan masa lagi, Wahyu terus menghayunkan langkah menuju ke pintu dapur.
Keluar sahaja dari situ, kelihatan Hanan sedang bercakap sendirian di pusara Cemong. Wahyu menghampirinya.
"Dinda sayang...," sapa Wahyu dengan nada lembut meleret membuatkan Hanan tersentak lalu dia memanggung kepalanya memandang wajah suaminya.
"Eh, kanda Wahyu..." Hanan melemparkan senyuman hambar terhadap suaminya.
Wahyu yang memahami perasaan isterinya tika itu duduk mencangkung di sisi isterinya. Bahu isterinya dirangkul erat berniat untuk menenangkan hati isterinya.
"Don't be sad, sayang. Cemong pun tentu tak suka tengok mama dia ni beriak sedih macam ni di depan rumah dia," pujuk Wahyu.
Hanan terdiam sejenak.
"Dinda rasa benar-benar bersalah. Kalau tak kerana dinda, tentu Chani masih hidup sekarang. Dinda tahu bagaimana rasanya bila sesuatu yang paling kita sayang pergi meninggalkan kita dalam keadaan yang tak sepatutnya dan berpunca dari orang yang dekat dengan kita. Perit dan marah sudah tentu bermaharajalela di hati. Sekarang dinda tahu apa yang kanda rasa masa kat klinik haiwan dulu tu. Memang patut kanda marah dinda macam tu. Maafkan dinda ya, kanda? Dinda memang pembawa sial pada semua orang, kan? Emm..." Hanan menunduk ke sekebun bunga seri pagi yang mengelilingi pusara Cemong.
Wahyu melepaskan keluhan berat. Bahu isterinya di tarik mengadapnya. Hanan hanya mengikut rentak.
"Listen to me, my lovable girl. Tak ada sesiapapun di dalam dunia ni yang dilahirkan menjadi seorang yang sial. Setiap yang hidup pasti ada kelebihan masing-masing. Jadi, please don't say like that anymore. I don't like! Yang pasal kematian Cemong dan apa yang telah terjadi dulu, kanda dah lama lupakan pun. Kanda tak marah pun sebenarnya. Cuma kanda cemburukan dinda berdua dengan Iyyad. Itu aje. Sebab tu kanda marahkan dinda dulu tu. Maafkan kanda kerana telah membuatkan dinda rasa bersalah sampai ke harini. Kanda dah maafkan dinda. Cuma, tolonglah jangan keluarkan perkataan sial tu lagi. Kanda tak suka mendengarnya. Faham tak?" tegas Wahyu dengan nada yang separuh serius.
Hanan termangu lama. Dan akhirnya dia kembali menatap wajah suaminya. Bibirnya mula terukir senyum kembali. Cuba menceriakan kembali suasana.
"Kanda... janganlah garang sangat dengan dinda," ujar Hanan dalam nada meleret.
YOU ARE READING
MELODI TERINDAH(COMPLETE)
RomanceKisah AHMAD WAHYU seorang CEO 'W' STUDIO AGENCY'S telah jatuh cinta terhadap seorang gadis blur yang juga pelatih dari agensinya iaitu HANAN FALISYA hanya dengan lirik dan MELODI TERINDAH yang diciptanya. Saat Wahyu baru hendak kecapi hari bahagia b...