BAB 35~HADIAH KEYBOAD PIANO✓

778 38 7
                                    

Aku tak butuh kata I love you
Aku tak butuh kata I need you
Yang ku mahu datangi ayahku
Katakan ku kan lamar puterimu
Sudah cukup darimu i love you
Sudah cukup darimu I need you
Yang ku mahu datangi ayahku
Katakan ku kan lamar puterimu
Apa lagi? Apa lagi?
Alasannya apa lagi?
Lamar aku
Lamarlah diriku
Tak cuma I love you...

Wahyu mendendangkan lagu Lamar aku nyanyian asal Wali band sambil bermain muzik keyboard piano kegemaran Hanan itu di bilik latihan muzikal sendirian waktu lunch break. Pelatih dan staf semua pergi break di kafe. Entah mengapa hari itu jemarinya terasa hendak menari-nari di atas papan keyboard piano itu.

Tengah asyik memainkannya. Hasya Iman muncul.

"Wah... best nya, tuan. Saya suka melodi ni..." Tanpa di pinta Hasya terus sahaja melabuhkan duduk berhadapan dengan tuan CEO nya itu.

Wahyu pula hanya membalas dengan senyuman nipis seraya asyik melayan muzik keyboard piano nya itu berserta nyanyian sekali.

Hasya turut melayan sambil mengangguk-angguk mengikut rentak lagu yang dimainkan tuan CEO nya itu.

Tetiba muzik dihentikan. Wahyu memandang ke arah Hasya.

"Kamu buat apa kat sini? Bukan ke sepatutnya hari ni kamu ada jemputan di Kl sempena anugerah DFKl tu?" soalnya pelik gadis itu masih berada di situ.

"Ya, hari ni. Saya tengah menunggu Fakrulrazi yang tak sampai lagi. Dia pergi beli barang kejap katanya. Jadi, saya datanglah lepak kat sini dulu. Nampak pulak tuan tengah main keyboard piano ni so, saya join la..." beritahu Hasya.

Wahyu mengangguk kemudian.

"Hmm... Okey lah saya ada kerja ni. Awak nak main keyboard piano ni ke? Pergi la," suruh Wahyu.

"Ehh tak naklah. Saya tak pandai. Saya pandai nyanyi je..." jawab Hasya diiringi sengihan meleret.

Wahyu terus berlalu dari situ tanpa sepatah kata. Sebenarnya, dia bukannya ada kerja sangat. Dia telah merancang sesuatu untuk Hanan.

Sejak malam yang Hanan buat kejutan padanya sempena birthday dia itu, membuatkan hatinya semakin sejuk. Tiada lagi perasaan marah pada Hanan. Sejujurnya, dia bukannya marah sangat pun pada Hanan. Dia cuma tak boleh terima dengan apa yang terjadi pada Cemong waktu itu. Perasaannya jadi tak tentu arah.

Tetapi sekarang, dia sudah pun boleh terima kehilangan Cemong. Dia benar-benar sudah redha. Saat ini hatinya berbunga riang. Entah apa yang dirancangnya. Marina yang terperasan pada perubahan wajah Wahyu ingin bertanya sebabnya tetapi tidak sempat. Wahyu tergesa gesa keluar dari 'W' studio agency's.

****

TAMAN SUN LIGHT, IPOH

HANAN dan Kate pelik. Tetiba sahaja ada sebuah lori menghantar keyboard piano berwarna putih ke rumah itu.
Hanan dan Kate berpandangan sesama sendiri dengan penuh tanda tanya di hati masing-masing.

"Akak ada order keyboard piano ni ke?" soal Hanan.

Kate menggelengkan kepalanya. Tanda bukan dia yang order.

MELODI TERINDAH(COMPLETE)Where stories live. Discover now