BAB 16~ J.LO & JAY✓

862 42 23
                                    

MERTON HOTEL, IPOH.

"OH, J.LO my lover... do you love me?" Dengan suasana yang romantis di sebuah luxury hotel.

" Of course I love you so much,my darling... muahhh!!" balas J.Lo dengan gaya menggodanya.

Terketar lutut Jay mendengar jawapan dari J.Lo. Seumpama mimpi. Jay peminat setia J.LO. Dan hari ini, J.Lo jadi kekasih rasminya. Tak kisahlah walau perempuan itu sudah berkahwin. Skandal pun skandal lah. Jay tersengih serupa kerang busuk. Menggeletik semacam tubuhnya. Jika orang yang melihat keadaan dia masa itu, confirm naik loya nak termuntah hijau gediknya.

"I love you too, my baby. Come here darling... i want to kiss you, bebeh."
Bibir Kau sudah memuncung ke depan bersedia untuk dicium.

Saat itu matanya dipejam rapat mahu menikmati indahnya malam tu kerana dapat cium J.Lo. Dia berharap hasratnya tercapai.

Jay dapat merasakan J.lo sedang mendekatinya semakin rapat.

'cup!'

Satu ciuman melekat dibibir Jay.

Tiba-tiba Jay berubah riak wajah. Hidungnya kembang kempis seperti sedang menghidu sesuatu. Bibirnya bergetar-getar. Tekaknya terasa loya. Matanya masih terpejam.

Sesaat kemudian..

'Uwerrrkkkkkkkkk...'

Muntah hijau mamat itu dibuatnya.

'Perhhh muka cantik mulut bau bangkai kalah bau loji oh! Loya oi loya nak matey!' jeritnya dalam hati kecilnya kerana tak mahu perempuan itu mendengarnya takut terasa hati.

"sorry if I asked, how long don't brush your teeth, bebeh?" Teragak-agak Jay untuk menyoalnya kerana takut J.LO terasa hati. Matanya yang tadi terpejam, di buka semula.

Lantas matanya terbelalak.

"Oh Mak aih! Hantu gigi! Omak... tolong den. Nak torkocil dah ni... Huaarghh... dia dah dekat... Larik!" Tak cukup tanah dia lari lintang pukang.

'Hiiihiii... hihiiiiii... ' Suara mengilai kedengaran jelas.

Lagi kecut perut Jay dibuatnya. Lari sambil tertoleh-toleh ke belakang.

'Tangg!'

Alamak! Jay terlanggar tiang elektrik pulak. Jay terus pengsan di situ juga.

'Ting tong ting tong!'

Bunyi jam loceng mengejutkn Jay dan membuat terbangun duduk serta merta. Hampir terhenti berdegup jantungnya tika itu. Terus jam loceng itu dicampaknya ke lantai. Berkecai. Geram punya pasal.

"Ceh, mimpi rupanya. Menyeramkan betul!" Jay berasa lega dia hanya sekadar mimpi tercium hantu gigi.

Tidak lama kemudian, dia berlalu ke kamar mandi untuk basahkan badan. Seterusnya bersiap-siap pergi menjalankan tugas sebagai seorang guru muzikal disebuah studio kecil miliknya.

KELAS MUZIKAL~


"Sorry my students! I'm late. Kita belajar setakat mana semalam?" Kelam kabut Jay masuk studio kecilnya itu.

Pelajar-pelajarnya hanya ada dalam 10 orang sudah menunggunya.

"Teacher cakap hari ni kita belajar pasal Violin," beritahu seorang pelajar berusia 18 tahun.

"Tak sabar nak main violin," sampuk seorang lagi pelajar wanita berusia 20 tahun.

"Oh ya. Hari ini kita akan belajar tentang violin. Tahu apa itu violin atau biola?" Jay mula mengajar.

Pelajar memberi pandangan masing-masing.

Dalam pada itu, fikiran Jay tak habis terfikirkan mimpi hantu gigi itu. Jika Kate dan Wahyu tahu, confirm mereka sudah tertawakannya hingga berguling-guling. Sangat memalukan. Huh!

MELODI TERINDAH(COMPLETE)Where stories live. Discover now