Damia yang sedang berjalan menuju ke kelasnya dengan pantas mengeluarkan telefonnya dari beg tangannya apabila mendengar ia berdering.
Dia dengan pantas mengangkatnya apabila tertera perkataan 'Mama'.
"Hello mama. Ade ape call Mia ni?"tanya Damia sambil mencari tempat duduknya.
"Hmm takkanlah mama takleh telefon anak mama yang sorang ni?" balas Puan Zara dengan nada yang sedikit tidak puas hati.
Damia tergelak kecil.
"Takdelah mama. Mama nak cakap ape ni? Kelas Mia nak dekat mula ni"kata Damia selepas melihat ramai manusia sedang memenuhi tempat duduk.
"Mia balik Malaysia kan cuti sem ni?"
"Haah. Nape mama?"tanya Damia lagi. Dia cuba menyabarkan diri apabila mamanya sengaja melambatkan perbualan.
Nasib baik itu mamanya. Syurga dirinya. Kalau kawan, memang dah lama dia letak.
Hmm dah ade ciri anak derhaka tuu
"Mama cuba nak pastikan je. Mana tau kamu tak balik. Oklah itu je yang mama nak cakap. Bye. Assalamualaikum. Jumpa nanti" kata Puan Zara lalu meletakkan panggilan.
Damia menghela nafas lega sebaik sahaja pensyarahnya masuk selepas mamanya menamatkan panggilan. Kalau tak, mati dia. Dahlah pensyarahnya itu garang macam singa.
__________________Adam meramas perlahan rambutnya ke belakang. Stres dia menghadap kertas kerja pekerjanya yang macam-macam. Dah macam kerja cikgu pulak kena tanda kerja sekolah murid-murid.
Tok! Tok!
"Masuk!"laung Adam apabila mendengar bunyi ketukan di pintu biliknya.
Kelihatan Datin Marina masuk ke dalam bilik Adam sambil membawa secawan air kopi.
"Banyak lagi ke kerja tu, Adam?"tanya Datin Marina sambil meletakkan cawan itu di atas meja.
"Thanks ma"ucap Adam lalu mengambil cawan itu lalu menyisip sedikit air. "Kerja tu cam biasalah tak pernah habis. Makin bertambah adelah"sambung Adam.
Datin Marina mengeluh perlahan.
"Adam, bila kamu nak kahwin? Mama teringin merasa nak ade cucu jugak"kata Datin Marina memulakan mukadimahnya.
"Nantilah ma. Adam tengah ade banyak kerja ni"kata Adam cuba memberi alasan.
"Kerja tu sampai bila-bila pun takkan habis. Mama dah decide. Yang kamu akan kahwin dengan pilihan hati mama"balas Datin Marina tegas.
"What!! No way, ma! You must be kidding me! Adam taknak!"bangkang Adam.
"Adam! You already 26! Takkan Adam nak selamanya jadi camni?! Mama nak jugak main dengan cucu mama! Sampai bila kamu nak membujang ni?! Sampai mama mati?"
Adam mengeluh. Dia kalah kalau mamanya sebut tentang perkara yang sensitif itu.
"I'll think about it"kata Adam memberi kata putus. Datin Marina yang dari tadi muka cemberut terus tersenyum.
"Ok. I will wait. Jangan fikir lelama sangat"kata Datin Marina. Dia terus keluar dari bilik anaknya itu.
_________________"Mia, next week kau balik Malaysia kan?" tanya Tzuyu, kawan aka teman serumah Damia di bumi Korea ini. Baekhyun yang berada di sebelahnya hanya mendengar sahaja perbualan mereka berdua.
"Yup. Korang ade nak kirim pape tak?" tanya Damia sambil menyuapkan kimchi di dalam mulutnya. Jangan risau, dia sekarang berada di restoran halal.
"Macam biasalah. Keropok lekor dengan tempoyak" balas Baekhyun. Damia hanya mengangguk sahaja. Sudah faham dengan keobsesan mereka berdua terhadap makanan itu.
"Korang pulak pergi mana cuti sem ni?" tanya Damia.
"Kitorang pergi cuti kat kampung Tzuyu. Haelmoni dia ade buat makan-makan sikit" balas Baekhyun.
"Wahh kiranya kau nak jumpa bakal keluarga mertua kaulah ni!! Takpe! Aku doakan kau kat sana nanti dapat tambat hati diorang" usik Damia. Tzuyu mukanya sudah berbahang manakala Baekhyun pula hanya tersenyum kecil.
'Kalau kau tau yang aku suka kau' kata Baekhyun dalam hati sambil mengerling ke arah Damia.
Yup! Dia mengaku yang dia cintakan Damia dalam diam. Sejak dari first sem lagi. Sejak itulah dia mula merapatkan diri dengan Damia. Nasib baik kawan-kawannya yang lain faham.
"Oklah korang aku gerak dulu. Aku belum solat Asar lagi ni" kata Damia. Dia bangun dari duduk lalu terus keluar dari restoran itu. Meninggalkan Tzuyu dan Baekhyun berdua-duaan di situ.
___________________Adam meraup mukanya. Dia stres! Air kopi yang berada di sebelahnya diambik lalu disisip.
Tok! Tok!
"Masuk!!"arah Adam. Maka, termuncullah kepala PAnya di sebalik pintu itu.
"Yes Sheila, what do you want?"tanya Adam.
"Err...bos. Cik Yana datang. Dia nak jumpa bos"jawab Sheila dengan nada yang sedikit gementar.
"Dia ni tak faham bahasa ke ape! Cakap dengan dia aku taknak jumpa dia!"arah Adam tegas. Sudahlah dia stres dengan kerja. Ni sorang lagi makhluk yang menambahkan stresnya.
Kalau orang cakap taknak jumpa tu, taknaklah! Tak faham bahasa ke ape! Ke masa kecik dulu tak belajar. Tulah masa kecik mak suruh belajar taknak sibuk berkapel, bila dah besar tak tau nak dengar cakap orang.
Adam menarik nafas panjang apabila mendengar pertelingkahan di luar biliknya. Dia cuba menahan sabar namun kesabarannya sudah sampai ke hadnya.
Dia dengan perasaan penuh marah terus keluar dari biliknya. Sebaik sahaja dia keluar, dia melihat PAnya sedang memegang pipinya yang sudah kemerahan.
Adam dengan pantas mendekati mereka berdua.
"Sayanggggg...you tengoklah PA you ni! Suka suki hati dia je nak tampar muka I yang flawless niii"rengek Yana manja apabila dia melihat kelibat Adam.
Adam mengerling Sheila sebentar sebelum dia memandang Yana dengan tajam.
"Kau datang office aku dan buat hal kat sini! Kau ni memang perempuan tak tau malu eh? Kau dah ludah air liur kau and kau nak jilat balik?! Ke kau memang termasuk dalam spesies binatang! Sebab binatang pun camtu jugak tak dengar arahan orang! Ade otak tapi takde akal untuk berfikir! Kecik-kecik taknak mampus bila dah besar menyusahkan orang! Dasar perempuan sundal!"hina Adam di hadapan pekerjanya.
Perlahan-lahan air mata Yana jatuh membasahi pipinya. Adam yang yang berada di hadapannya ini sungguh berbeza dengan Adam yang dulu. Adam yang dulu akan menjaganya dan tidak pernah sekali pun menengkingnya.
"Maafkan I sebab pernah tinggalkan you dulu. And maafkan I sebab tak dengar kata-kata you. Mulai hari ni, I takkan kacau you lagi. Thanks for everything, Adam Emir"ucap Yana perlahan. Dia dengan langkah yang perlahan terus keluar dari syarikat itu.
Adam menghela nafas berat. Terasa serba salah pulak apabila menghina Yana sedemikian. Dia rasa dirinya sudah melampau. Ingin meminta maaf, ego mengatasi. Keputusannya, Adam hanya melihat sahaja Yana keluar dari situ.
Pekerja yang sedang berkumpul menyaksikan drama itu terus kembali ke tempat duduk apabila Adam memandang mereka dengan tajam. Mereka tak sangka bahawa apabila Adam sedang marah bahasanya sungguh berbisa sehingga boleh menyebabkan cik Yana putus asa dan menangis.
"Hei, Sheila. Kau okey?"tanya Adam apabila teringatkan tentang Sheila. Sheila hanya tersenyum nipis.
"Saya okey jelah bos. Walaupun dia lempang saya kuat sampai nak terpelanting kat syarikat sebelah, tapi saya boleh bertahan lagi. Saya kuat ape"balas Sheila cuba berseloroh dengan Adam. Adam ketawa kecil.
"Tapi an bos, bos tak rasa ke ayat bos tadi cam melampau sikit. Yelah, sampai menangis cik Yana bos buat"tanya Sheila. Adam terdiam seketika.
"She deserve it"balas Adam lalu masuk ke dalam biliknya semula. Sheila hanya menggelengkan kepalanya sahaja.
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomanceDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...