01.

4K 158 1
                                    

Senyap dan tegang diiringi dengan deru nafas naik turun.

Itu la suasana yang menghuni ruangan tu.

Lima pasang mata terarah ke dia berhoodie hitam yang berdiri di tengah-tengah bulatan dimana penyerang-penyerang mengepung dirinya.

Dengan sabar, mereka menanti pergerakan seterusnya darinya yang perlu mereka tepis sekiranya wanita tersebut bergerak dari tempatnya.

Dia yang dalam keadaan tercungap-cungap letih dan kesakitan berdiri mematai setiap seorang dari mereka dengan awas. Kepalan penumbuk dieratkan sebelum dibawa naik ke depan muka. Posisi bersedia hendak menyerang.

Apabila mereka lihat dia dalam keadaan bersedia. Tanpa berlengah mereka turut ikut membuka langkah.

Secara tiba-tiba, lima orang lelaki yang mengenakan singlet hitam dan seluar hitam combat berlari ke arah dia pada masa yang sama.

Muncul la kaki dan tangan dari pelbagai arah. Mereka hayun, tendang, sepak, pengkes, back hand mahupun tumbukan padu diberika kepadanya tanpa henti.

Dengan susah payah dia pun tunduk, tepis, hadang dan arm block sedaya upaya untuk  mengelak setiap serangan itu. Pada masa yang sama dia terpaksa beri serangan balas.

Mereka ni memang nak dia mati apa?!

Ketika dia sibuk memberi tumbukan pada seorang dari penyerangnya, seorang dari lima lelaki di situ datang menyerang dari tepi sebelah kanan lalu memberi satu sepakan tepat ke rusuk kanan yang tidak sempat dia lindungi.

Sepakan padu itu telah membuatkan tubuh itu tercampak ke tepi dinding dengan kuat dan mendarat terbaring di atas lantai dalam keadaan mengirig dalam sekelip mata.

Pergh!Sakit gila!"Uhuk..uhuk..."batuknya bersama darah keluar dari mulut sewaktu memeluk sekeliling rusuk sambil mengerang kesakitan.

Melihatkan target mereka rebah telentang dengan darah mengalir dari mulut, ibarat seperti robot bergerak, kelima-lima lelaki di situ berdiri tegak dengan tangan berada di sisi.

Hal ini kerana mereka hanya diberi arahan untuk serang sekiranya target berdiri atau membalas serangan mereka sahaja. Sekiranya target tumbang  dan tidak berdaya melawan lagi, mereka perlu retreat dan tidak membuat sebarang tindakan.

Masuk tiga jam dah mereka berlima di dalam ruangan ini bersama target mereka ini. Tapi sikit pun target mereka ini enggan mengalah. Mereka sebenarnya tak nak lakukan semua ni. Tapi disebabkan semua ini adalah arahan yang diberi dari atasan, suka atau tidak, mereka perlu belasah wanita di depan mereka ini.

Bersama sisa tenaga yang ada, dia gagahkan diri bangun dari situ. Kaki kirinya ditegakkan sebelum tangan kirinya memegang kepala lutut sebagai penyokong untuk berdiri. Tapi tak sempat dia hendak berdiri, dia terduduk semula kerana terkejut dengan kesakitan yang dirasai pada tulang rusuknya waktu ni.

Sakitnya seperti direntap!

Serta merta suara rintihan keluar dari mulutnya secara paksa ekoran kesakitan itu.

Dia cuba tahan dengan menggigit kuat bawah bibirnya. Namun terleoas jugak. Mesti mereka fikir dia seorang yang lemah! Lantas dia sandarkan badan dan kepala pada dinding dengan lemah sambil memegang tulang rusuk dengan muka berkerut menahan kesakitan. Tidak lagi larat hendak bangun dari situ.

"Cukup!"arah suara tegas itu.

Tersentak mereka bila melihat lelaki yang berjalan masuk ke dalam ruang latihan combat itu.

Lengkap mengenakan sut tentera rasminya yang dihiasi dengan lencana penuh pada dada kiri dan kanan uniform tersebut lelaki itu berarak masuk dengan derap langkah berat dan yakin.

8. Miss Kommander Chapter 1Where stories live. Discover now