04.

1.5K 119 0
                                    

"Athena!" panggil Noah dari belakang sambil berjogging mengejar langkah Athena yang meluru ke depan mendekati pintu keluar.

Wajah berang wanita itu jelas kelihatan. Marah dan sedih bercampur baur, kepalan penumbuk di kedua-dua tangan.

Noah menghulurkan tangan ke depan dan cepat-cepat mencapai pergelangan tangan Athena, menariknya supaya berpaling menghadapnya secara paksa.

"Lepaskan aku!" rentap Athena serta-merta setelah dia menghadap Noah.

"Athena, aku boleh jelaskan," ujar Noah dengan muka serba salah.

Kening Athena mencerun. Dia memandang geram ke arah Noah, lelaki segak berkaca mata dengan senyuman manis. Sesiapa pun tak boleh mengagak, di balik kepolosan wajahnya, tersembunyi perangai iblis! Lelaki ini hanyalah manusia bertopengkan syaitan, sadis dan tidak berhati perut.

"Kau nak apa lagi? Aku tak nak dengar apa-apa dari kau, tahu tak!?" cukup sudah dengan kata-kata manis lelaki ini sepanjang perkenalannya.

Janji akan sentiasa ada di sisi. Janji akan menjadi kawan yang takkan tinggalkan kawan sekumpulan. Janji tidak akan kejar nama dan pangkat semata, sekiranya dia tolong Noah menyelesaikan misi. Dan lihat apa yang dia dapat?

Pengkhianatan!

Dada Noah naik turun tidak menentu, keningnya berkerut sambil memberi renungan berharap kepada Athena.

"Aku tahu kau marah dan aku minta maaf sebab aku tak ada niat nak gunakan kau. Semua tu kebetulan. Dan aku tak sempat nak patah balik. Semuanya berlaku secara tiba-tiba..."

Athena berdengus tak percaya, sengih meleret mengejek kata-kata Noah. Kebetulan? Atau dirancang?!

"Ya lah... tak sempat nak patah balik konon. Tapi aku tengok sempat pulak kau drag nama aku untuk masalah yang kau timbulkan! Jadikan aku kambing hitam untuk tutup kesilapan kau," perli Athena dengan senyuman sinis.

Noah menggeleng kepala.

"Tak... Athena. Masa tu aku gelabah sangat sampai tak tahu nak cakap apa bila gabenor tanya, dan nama kau adalah perkara pertama yang terlintas dalam fikiran aku masa tu..." dalih Noah.

Athena berdecit tak percaya.

"Kau tahu tak apa yang kau dah letakkan dekat aku untuk 'nama' baik yang kau dapat tu!" deram Athena sambil menunding jari ke dada Noah. "Aku anggap kau kawan aku... tapi rupanya kau sama jer macam dia orang dekat luar sana. Dekati aku hanya untuk gunakan aku. Berikan semua sakit dekat aku! Kau pulak enjoy di lambung tinggi di mata semua orang!" Dada Noah ditolak kasar oleh Athena. "Aku? Sekali pun mati tak ada siapa yang peduli!"

Noah cuba memegang lengan Athena, namun Athena cepat-cepat mengundur ke belakang. Dia menjauhkan dirinya dari dipegang. Perlahan-lahan kepalanya digeleng.

"Jangan! Jangan dekati aku lagi... aku berhenti. Mulai hari ni aku berhenti," ucap Athena sambil mengeluarkan satu sampul surat yang dilipat tiga kali dari poket seluar. Sampul itu dicampak ke dada Noah.

Noah terkesima. Lelaki itu tunduk memandang sampul yang jatuh di bawah kaki.

"Kau nak sangat semua ni... maka nikmatilah. Aku ikhlas kan semuanya," kata Athena sebelum berpaling dari situ dengan wajah kesal dan teraniaya.

Noah tunduk mengutip sampul itu dan kembali berdiri tegak. Dia cuba mendapatkan Athena semula, tetapi terhalang apabila namanya dipanggil dari arah belakang.

Noah memandang ke arah pintu keluar dan melihat seorang lelaki berjawatan besar yang sedang melambai tangan ke arahnya. Lalu, keluhan dikeluarkan sebelum dia bergerak ke arah dua orang lelaki itu yang sedang berdiri.

Athena mengetap bibir menahan sedih saat berjalan keluar, menuruni tangga dengan mata hangat. Bahang mulai naik ke muka. Dadanya sesak dengan rasa sebu, berusaha menahan air mata daripada mengalir.

Apabila dia tiba di tempat basikalnya, beberapa orang bersut hitam sedang berdiri mengelilingi basikal tersebut. Tanpa memandang ke arah mereka, dia terus berjalan mendapatkan basikal. Dengan kasar, dia naik ke atas basikal dengan muncung di bibir.

Ketika Athena perasan kumpulan pengawal keselamatan itu tidak mahu berganjak, dia menjeling ke arah mereka dengan bengang.

Mereka membuka mulut untuk bersuara. "Cik... tahu tak—"

"Diamlah!" bentak Athena secara tiba-tiba, membuatkan mereka terdiam seolah-olah disiram ais. Athena memandang mereka dengan air mata di pipi. "...tak mati pun kalau kau parking kereta di luar bangunan ni!" tempiknya tak semena.

Mereka yang ada di situ terpinga seketika, hanya diam memerhati Athena menunggang basikal berwarna merah jambu itu keluar dari kawasan tersebut.

8. Miss Kommander Chapter 1Where stories live. Discover now