Selepas beberapa bulan musim sejuk yang menyusahkan, bau harum daun dan rumput memenuhi udara. Angin musim bunga bertiup lembut menyapa.
Seluruh kawasan padang dipenuhi pengunjung, sama ada bersama rakan, keluarga, atau kekasih. Masing-masing menikmati waktu bersama di padang yang luas itu.
Layang-layang terapung tinggi di langit. Suara kanak-kanak yang ketawa dan menjerit gembira kedengaran sewaktu mereka berlari ke sana ke mari bermain dengan adik-beradik.
Antara ramai pengunjung, kelihatan seorang wanita yang hanya mengenakan pakaian biasa sebagai seorang ibu, duduk bersimpuh sambil menyusun barang. Ketika itu, anak gadisnya menghampiri sambil membawa botol air mineral. Wanita itu mendongak, tersenyum memandang anaknya sambil mencapai botol di tangannya.
"Ramai orang ke?" tanya Xiana kepada Athena semasa mengambil botol mineral dari tangannya.
Athena melepaskan keluhan setelah duduk bersimpuh, menghilangkan rasa lelahnya selepas berasak-asak di kedai makanan ringan untuk membeli air tadi.
"Boleh lah... tak sangka pula ramai orang dekat sini," renung Athena ke sekeliling. Dia ingatkan tak ramai sebab itu dia memilih pertemuan di sini.
Xiana mengambil tisu lalu mengesat lembut pada dahi dan leher Athena. Wanita itu tersenyum melihat wajah Athena dengan kasih sayang.
"Terima kasih sebab sudi ajak ibu ke sini," ucap Xiana. Dia telah dihubungi oleh Athena untuk keluar berpiknik beberapa hari lalu. Tanpa berfikir dua kali, dia terus berkata ya.
Setelah Xiana tiba, Athena telah pun sampai terlebih dahulu. Dia telah memasak dan menyediakan makanan untuk mereka nikmati bersama.
Selepas kejadian Athena koma, Xiana tidak berani mendekati Athena, takut jika sesuatu terjadi pada anaknya sekali lagi.
Aria sendiri setuju agar dia menjauhkan diri. Sepanjang masa, Xiana sentiasa berasa bersalah mengenai kejadian di mana anak lelakinya, Kendrik—adik tiri kepada Athena—yang merupakan anak hasil perkahwinan keduanya.
"Maafkan ibu untuk segala yang berlaku pada kamu... ibu tak sangka semua ini akan berlaku," ucap Xiana dengan senyuman serba salah.
Athena menggeleng kepala. Dia tersenyum saat mencapai tangan Xiana.
"Tak ada apa... Athena tak marah pun. Benda dah lepas, biarlah lepas. Eloknya kita lupakan semua tu dan move on," ucap Athena ketika satu suara menyapa dari arah kanan tempat mereka duduk. Serentak, Xiana dan Athena menoleh.
"Lama tunggu?" sapa Gilbert yang ringkas mengenakan pakaian musim panas—seluar pendek paras lutut dan kemeja putih lengan pendek—semasa berjalan mendekati mereka.
Athena melompat bangun dari duduknya dan terus berlari ke arah Gilbert, memeluk tubuh lelaki itu erat. Gilbert menyambut dengan senang hati, mengangkat tubuh Athena lalu berpusing seketika.
Perhatian Gilbert kemudiannya beralih ke arah Xiana yang sedang duduk di atas lapik kain di atas rumput. Sejak tadi, Xiana hanya memerhati tingkah dua beranak itu.
Athena kembali berdiri setelah diturunkan Gilbert, dengan senyuman lebar di bibir.
"Hai Xiana..." sapa Gilbert ketika dia diheret duduk oleh Athena ke atas hamparan kain itu.
"Saya tak tahu awak nak datang sekali," tanya Xiana sambil memandang bekas suaminya yang masih kacak seperti biasa.
Gilbert menarik senyuman nipis ketika melirik ke arah Athena yang sedang tersenyum nakal.
"Budak bertuah ini, kan," Gilbert tersenyum tanpa kata apabila menyedari situasi itu. "Athena pun tak beritahu saya awak akan datang," rambut Athena diusap lembut oleh Gilbert.
YOU ARE READING
8. Miss Kommander Chapter 1
General FictionAthena Seperti nama yang diberi. Athena menjadi seorang ejen pembunuh yang berbahaya. bukan sahaja menjadi musuh pada kebanyakkan ejen yang lain, malah rakan sekerjanya sendiri. Dia dipergunakan. dia diperlekehkan. sering menjadi mangsa keadaan ker...