"Seperti yang puan minta, kami telah memfabricate maklumat mengenai pertukaran senjata api dan berlian antara Menteri Rusia dan Bekas Menteri Sudan. Maklumat itu telah pun diletakkan di wallfire ibu pejabat mereka. Jadi, bila-bila masa sahaja, mereka akan didedahkan," maklum seorang staf lelaki yang sedang memberi taklimat mengenai pelan menjatuhkan presiden Rusia dan rakan sekomplotnya yang sedang merancang untuk menggulingkan empayar Aria.
Minggu lepas, Menteri Rusia telah menghantar pengintip untuk mencuri maklumat dari pangkalan data. Mujurlah, staf Aria yang terlatih dan cekap berjaya menangkap mereka, dan mereka segera dibunuh tanpa berfikir dua kali.
"Kalau puan nak kami—" bicara lelaki itu terhenti apabila dia menyedari Aria sedang termenung. Dia memandang Aria menunggu reaksi dari wanita itu, tetapi Aria hanya merenung kertas. "Puan..." panggil lelaki itu perlahan.
Aria tersentak, lalu mengangkat kepala dan memandang ke arah lelaki itu.
"Maaf, apa yang kamu katakan tadi?" tanya Aria dengan kening terangkat.
Mereka yang ada di situ memandang Aria dengan renungan hairan. Jarang ketua mereka ini kelihatan terganggu. Biasanya, Aria adalah yang paling cergas dan cekap di sini.
Lelaki itu menurunkan tangan ke sisi, berdiri memandang Aria dengan senyuman nipis. "Kita boleh bincangkan hal ini kemudian, jika puan perlukan masa," ujar lelaki itu.
Aria menggeleng kepala. "Tak perlu... teruskan saja. Saya cuma terfikir sesuatu tadi..." dalih Aria.
Blade yang berdiri di sisi Aria mengerling ke arah wanita itu dengan renungan redup. Dia tahu kenapa Aria tidak fokus. Biasanya, Aria hilang tumpuan hanya disebabkan satu perkara—perkara yang sentiasa dititikberatkan oleh wanita itu: Athena!
"Lepas kita selesaikan orang tua tak sedarkan diri itu, uruskan yang dekat Paris pula," ujar Aria sambil membetulkan kedudukan duduknya dari bersandar kepada duduk tegak, bersedia untuk memberi tumpuan.
"Baik, puan," sambut lelaki itu.
Aria mengangguk kecil. Dia kemudian mencapai iPad yang ada di depannya atas meja, lalu menyentuh skrin itu.
Lelaki itu kembali memandang skrin layar putih di belakangnya sebelum memandang kertas di tangannya.
"Kami telah meletakkan beberapa pengintip di kedutaan Paris untuk menjalankan pelan tersebut. Bila-bila masa sahaja, mereka akan mula bertindak selepas puan keluarkan arahan," kata lelaki itu, ingin meneruskan kata-katanya.
Aria mengangkat satu jari tanda berhenti sambil memandang skrin iPad. "Nanti..." Dia mengangkat kepala dan memandang koordinator misinya itu. "Kita tak boleh lakukannya sekarang. Sebab hal di Rusia belum selesai. Kita mesti ikut aturan dalam pelan asal kita," ujar Aria.
Mereka yang duduk di meja panjang itu fokus ke arah Aria.
Aria memandang profil yang ada di skrin dengan kening berkerut. Cengkaman dia pada iPad itu dikuatkan. "Pastikan semua maklumat ini jatuh ke tangan Organisasi Blue House," pesannya. "Saya nak semua ini diselesaikan secepat mungkin..." Aria memandang setiap seorang di situ dengan serius, renungan nekad terpancar di mata.
"Baik!" balas mereka semua serentak.
Aria kemudian memandang skrin layar di depan bilik sidang, di mana wajah seorang lelaki berkaca mata dan berambut putih sedang terpampang. Pembelot yang cuba menikamnya dari belakang itu akan menerima nasibnya tidak lama lagi. Dia akan pastikan sesiapa sahaja yang mencabar dirinya akan menerima akibat dan hukuman setimpal. Tiada siapa boleh mempermainkannya.
Sewaktu mesyuarat tamat, waktu sudah masuk tengah malam. Disebabkan terlalu sibuk, Aria langsung tidak sedar masa berlalu dengan pantas.
Setelah keluar dari bilik sidang, Aria bergerak ke pejabat untuk mengambil barang dan mengemas. Sebelum pulang ke bilik, Aria singgah di bilik di mana Athena berada, ingin melihat keadaan adiknya yang sentiasa berada dalam fikirannya sepanjang hari bekerja. Mereka selalu bergaduh, tetapi tidak pernah setegang hari ini.
Setibanya Aria di depan pintu bilik Athena, dia disambut oleh dua orang pengawal yang berkawal di kanan kiri pintu tersebut. Mereka memberi anggukan hormat sebagai tanda sapaan sebelum membenarkan dia masuk ke dalam bilik.
YOU ARE READING
8. Miss Kommander Chapter 1
General FictionAthena Seperti nama yang diberi. Athena menjadi seorang ejen pembunuh yang berbahaya. bukan sahaja menjadi musuh pada kebanyakkan ejen yang lain, malah rakan sekerjanya sendiri. Dia dipergunakan. dia diperlekehkan. sering menjadi mangsa keadaan ker...