Suasana kekok memenuhi ruang lif setelah mereka berdua jejak kaki di dalamnya. Di dalam lif itu hanya ada mereka berdua.
Athena menyilang tangan ke dada, matanya terarah pada pintu lif. Dia termenung, memikirkan mengapa lif ini terasa bergerak dalam kadar yang sangat perlahan dan mempersoalkan kenapa dia setuju untuk berada di situ pada awalnya.
"Aku ingat kau tolak tawaran untuk kerja dekat sini?" tanya Kaiser, memecah kesunyian antara mereka.
Athena tidak menjawab. Dia hanya diam memandang ke depan, tidak ada mood untuk berbual dengan Kaiser yang sepertinya tidak suka akan kehadirannya, sama seperti dia yang tidak suka berada di situ.
Kaiser berpaling, menghadap Athena. Seperti yang dikhabarkan oleh orang sekeliling, dia akhirnya berjumpa dengan wanita yang paling terkenal dengan masalah tingkah laku dan disiplin dalam dunia ketenteraan ini.
"Dah tak ada suara nak jawab soalan ke? Bukankah selama ini kau suka menjawab setiap kali orang bercakap dengan kau?" sindir Kaiser, dengan renungan tidak sukanya kepada Athena.
Athena menjulingkan mata dengan kejengkelan, melepaskan keluhan fed up. Kenapa semua orang suka membuatnya menyirap? Suka membuatkan darahnya mendidih? Jika tidak mahu dia berkelakuan seperti 'bitch', janganlah cari pasal.
Athena memalingkan kepala ke kiri dan mendongak memandang Kaiser dengan senyuman menyampah di bibir sebelum membuat muka bosan. "Just bear it, okay!" sentapnya. "Aku sendiri pun tak nak dekat sini..." Dia kembali memandang ke depan saat pintu lif terbuka.
Membuatkan Athena melepaskan nafas lega dan melangkah keluar dari situ dengan kening mencerun tak puas hati, tangan bersilang di dada.
Kaiser keluar dan menghulurkan tangan, memegang lengan atas Athena. Tubuh wanita itu dipalingkan secara paksa untuk menghadapnya. "Kenapa dekat sini juga? Aku ada banyak masalah yang perlu diuruskan selain nak jadi babysit kau." Kaiser menyilang tangan ke dada sambil memegang fail profil milik Athena di tangan kanan.
Athena menurunkan tangan ke sisi dengan keluhan panjang. Hatinya menggerutu jengkel. Dia penat. Naik penerbangan tiga jam, memandu ke sini selama lebih sejam, tanpa rehat dan tanpa makan, terus laporkan diri. Datang-datang sudah kena hadap lelaki berperangai menyebalkan ini. Mahu sahaja dia jerit depan muka lelaki ini! Tak bolehkah bertimbang rasa sedikit? Memanglah dia manusia yang menyakitkan hati, tapi ada masanya dia boleh bertindak lebih baik.
"Dengar... aku datang sini bukan nak main pondok-pondok. Sama ada kau suka atau tidak, hadapinya seperti seorang lelaki. Okay? Jangan merungut dan merengek macam budak sepuluh tahun minta belikan gula-gula kapas. Get it?" balas Athena. "Sekarang kita nak ke mana? Cepat selesaikan urusan ni supaya aku boleh pergi dari sini," katanya, berpaling mencari arah.
Kaiser terkesima. Dia hilang kata-kata dengan kenyataan Athena. Mahu tidak mahu, dia terpaksa setuju dengan kata-kata Athena. Tiada yang salah pun dengan apa yang dikatakan oleh Athena itu.
"Ikut sini..." tunjuk Kaiser ke arah kanan. Lelaki itu membawa mereka ke pintu kaca automatik di mana lokasi ruang operasi berada.
Ruangan itu menempatkan beberapa staf. Di plak pada pintu kaca tertera nama dengan tulisan hitam, ‘Unit Elit’.
Semua yang ada di dalam sedang sibuk dengan kerja masing-masing ketika Athena berjalan masuk. Wanita itu melirik sekeliling ruangan dengan mata mengantuk dan perasaan menggerutu.
Apabila beberapa mata bertentang mata dengan Athena, pekerjaan mereka terhenti, melihat Kaiser berdiri di tengah ruang. Masing-masing berdiri dan memusingkan kerusi untuk melihat siapa yang masuk bersama Kaiser.
"Perhatian unit!" maklum Kaiser dengan nada suaranya yang tegas. "Kita ada rekrut baru," ujarnya dengan nada tidak suka. "Athena Louisa, atau dikenali sebagai Black Widow. Mulai hari ini, dia akan mula bekerja dalam unit ini bersama kita sebagai satu kumpulan."
Kaiser memalingkan kepala memandang Athena, menilik tepi wajah wanita itu dengan renungan dalam.
Semua staf di situ menahan nafas terkejut setelah nama itu keluar dari mulut Kaiser. Seperti mimpi menjadi kenyataan, mereka akhirnya bertemu dengan legenda yang sering menjadi buah mulut dan gosip mengenai wanita itu selama ini.
Athena menjulingkan mata apabila memahami renungan mereka. Tipikal manusia yang batak, tidak pernah nampak orang lain.
YOU ARE READING
8. Miss Kommander Chapter 1
General FictionAthena Seperti nama yang diberi. Athena menjadi seorang ejen pembunuh yang berbahaya. bukan sahaja menjadi musuh pada kebanyakkan ejen yang lain, malah rakan sekerjanya sendiri. Dia dipergunakan. dia diperlekehkan. sering menjadi mangsa keadaan ker...