Masa ni tak ramai yang berlegar dekat kawasan pangkalan. Yang ada pun cuma pengawal yang buat rondaan. Tapi untuk pertama kali, tempat itu sunyi. Tak ada satu kelibat manusia pun yang lalu lalang dekat situ.
Jam di dinding menunjukkan waktu masuk tiga pagi sewaktu Athena terjaga dari tidurnya bila dia mendengar bunyi bising dari luar bilik. Terpisat-pusat dia buka mata dan bangun dari lena bila bunyi itu semakin jelas di telinga. Bunyi seperti tembakan dan detuman kuat itu membuatkan Athena bangun dari baring sambil menggosok matanya.
Baru saja dia hendak meneliti keadaan sekelilingnya pintu biliknya dirempuh dari luar secara paksa. Sesaat kemudian, cahaya lampu memenuhi kamar tidurnya, lalu diikuti sekumpulan penceroboh bersenjata masuk ke dalam ruangan dengan kelam kabut.
Tak faham apa yang berlaku, mata Athena terbutang luas bila lihat kekecohan di depan mata. Disebabkan dia masih mamai Athena dah macam anak itik hilang ibunya. Terpinga-pinga bingung tak tahu nak buat apa. Dia cuma duduk melunjur dekat katil perhatikan situasi itu.
Beberapa orang penceroboh berbaju hitam gerak hendak mendekati Athena. Tak sempat mereka nak dekat, pengawal berbaju putih pula berebut masuk ke dalam bilik tu lantas menarik penceroboh tu jauh dari katil Athena.
Pengawal Gilbert mula menyerang penceroboh di depan katil Athena sambil di perhatikan oleh Athena. Dan di depan katilnya berlaku pergelutan dan pertarungan yang tak tentu arah keadaannya.
Mata Athena terbeliak luas semasa melihatnya, dia yang duduk melunjur di atas katil memandang pelik. Tidak faham apa yang sedang berlaku di depannya saat ini. Tak reti ke waktu apa sekarang ni?Masa ni jugak ke dia orang nak buat hal.
"Apa yang-"bunyi BANG yang memekak telinga membuatkan Athena menekup telinga, dan satu tangan kuat mencengkam lengan Athena pada masa yang sama. Tangan itu menarik Athena turun dari katil secara paksa.
Athena apa lagi, dia pun melawan la. Dia memusingkan tangan si pelaku dengan kasar lalu mencampaknya ke lantai sebelum dia berlari keluar berkaki ayam dari bilik tu.
Dengan gelabah, Athena pandang kanan dan kiri. Tak tahu arah mana dia nak pergi! Tengah Athena hendak gerak ke kanan, satu kumpulan penceroboh muncul dari hujung koridor.
"Itu dia! Tangkap dia sekarang!"arah satu suara dari arah kanan.
Mata Athena terbutang luas bila kumpulan penceroboh berbaju hitam itu berlari ke arahnya. Dan tanpa ragu-ragu setiap seorang dia belasah secukupnya. Cukup untuk membuatkan mereka tidak dapat bangun semula. Dan entah bagaimana dia salah langkah. Seorang dari pengawal itu menendang rimbuknya. Titik kelemahannya.
Sepakan padu itu berjaya menumbangkan Athena.Tubuh Athena longlai hendak terjatuh ke lantai tapi sempat didukung oleh mereka di situ lalu di letakkan ke atas bahu seorang dari penceroboh di situ.
"Auw!"Athena mengerang kesakitan bila kesan sepakan tu ditekan dengan bahu penculiknya. Dia cuba bergelut tapi kesakitan yang dirasai cukup membuatkan dia lemah dan tidak larat hendak melawan.
"Kita dah dapat dia...berundur..berundur."arah orang yang berjalan di depan penceroboh yang mendukung Athena.
Tidak lama selepas itu mereka berjalan keluar dari bangunan. Setiba mereka di situ, pengakutan mereka sudah pun siap tersedia.Bunyi deru kipas helicopter kedengaran. Angin kuat bertiup menambahkan kedinginan malam itu.
Athen yang tergantung dekat bahu tu cuma mendiamkan diri. Tak kuasa betul dia nak hadap semua ni lagi. Letih!
"Athena!""panggil Darius yang sedang berlari hendak mendekat tetapi terhalang bila beberapa tembakan di lepaskan ke arah Darius. Membuatkan langkah lelaki itu terhenti didepan pintu masuk bangunan. Hanya mampu memandang Athena dibawa masuk ke dalam helicopter tersebut.
Sebaik sahaja Athena di bawa masuk ke dalam helikopter, Athena dipakaikan tali pinggang keselamatan dan headfon di kepala. Setelah semua di situ naik, helicopter itu terbang naik ke udara. Dan suasana menjadi senyap dan tenang seketika.
Enam orang penceroboh yang duduk memenuhi helikopter itu di pandang Athena sekilas pandang. Dia nak bersuara tapi tak jadi lepas perasan yang mereka dekat situ sepertinya tidak berminat hendak bercakap.
Athena pun palingkan kepala memandang keluar tingkap helicopter. Melihat pemandangan pagi itu sambil menahan kesakitan. Di depannya dua orang penceroboh bersenjata sedang memandang ke arahnya dalam keadaan berjaga-jaga.
Entah berapa lama mereka terbang Athena tidak pasti, apa yang pasti semasa mereka tiba di situ langit sudah pun siang dan matahari terbit dengan terang.
Helicopter tersebut mendarat di atas sebuah bumbung bangunan. Setelah enjin ia mati, seorang demi seorang penumpang turun dari helikopter itu. Dan orang terakhir yang keluar ialah Athena. Athena tidak dipaksa turun malah dia didukung turun dari helicopter dengan seorang dari mereka.
Disebabkan tak larat nak melawan, Athena hanya biarkan dirinya di dukung masuk ke dalam bangunan itu ala-ala pengantin dengan penculiknya.
Cahaya silau dari lampu memberitahu Athena yang dia telah pun masuk ke dalam bangunan tersebut. Pandangannya terarah pada siling sepanjang perjalanan itu, berserah dengan nasibnya itu.
YOU ARE READING
8. Miss Kommander Chapter 1
General FictionAthena Seperti nama yang diberi. Athena menjadi seorang ejen pembunuh yang berbahaya. bukan sahaja menjadi musuh pada kebanyakkan ejen yang lain, malah rakan sekerjanya sendiri. Dia dipergunakan. dia diperlekehkan. sering menjadi mangsa keadaan ker...