50.

1.1K 98 2
                                    

Wap hangat keluar dari mulutnya sewaktu dia tunduk mengumpul kepulan salji di tangannya, lalu menepuknya pada badan orang salji yang dibinanya tadi. Sambil melutut di atas lantai bersalji, Athena mengaut salji putih itu dan meletakkannya pada kepala orang salji tersebut.

Tangan yang beralas mitten biru cair itu menepuk-nepuk permukaan untuk membentuk bulatan pada kepala dan perut orang salji tersebut agar rata dan bulat.

Hidungnya masih tersumbat dan mengeluarkan hingus gara-gara demam beberapa hari lalu, menyukarkannya untuk menyiapkan kerja membina kerana suhu dingin musim sejuk. Hujung hidungnya sudah kemerahan seperti hidung orang saljinya.

Di laman bersalji itu, Athena duduk bersila di depan orang salji sejak beberapa jam yang lalu. Dia ingin meluangkan masa yang ada sejak menjadi tahanan di tempat tersebut.

Dia termenung memandang dua orang salji yang saling memegang tangan, yang dibinanya tadi. Yang gemuk dan besar adalah Aria, manakala yang kecil dan bulat itu adalah dirinya sendiri.

Berpuas hati dengan hasil kerjanya, Athena melepaskan helaian nafas panjang sambil mendongak memandang langit petang yang telah berubah warna menjadi biru keunguan dan merah jambu.

Dia termenung melihat keindahan matahari terbenam di situ, menandakan waktu senja hendak melabuh. Sudah dua minggu dia duduk di situ, dan sepanjang tempoh itu, Aria langsung tidak menemuinya. Jarang sekali Aria gagal, terkenal dengan sikap perfectionist, Aria sentiasa tahu di mana keberadaannya.

Athena menyedut hingusnya apabila merasakan mucus di dalam hidungnya mulai mengalir turun. Dia terus tunduk menyembunyikan wajah di balik mafela biru cair yang dililit di sekeliling lehernya untuk mencari kehangatan.

Tidak mahu berada di situ lama-lama lagi, Athena bangun. Dia membetulkan mata orang salji itu dan berpaling ke belakang, ingin masuk semula ke dalam bangunan.

Tanpa menghiraukan empat orang pengawal yang mengawasinya sejak dia berada di luar, Athena berjalan tunduk memandang lantai. Dia melihat kakinya menyepak salji sehingga tiba di tangga dan melangkah masuk ke dalam bangunan. "Uhuk...uhuk..." batuk Athena tiba-tiba sewaktu berdiri di depan pintu lif.

Sementara menunggu pintu lif terbuka, Athena menanggalkan mitten dari tangannya kerana ia telah basah dengan salji. Dia menyeluknya ke dalam poket semasa berjalan masuk ke dalam lif. Tidak lama kemudian, empat orang pengawal itu menyertainya di dalam lif.

Empat orang pengawal yang berbadan besar itu membuatkan Athena tersepit berdiri di tengah-tengah. Dia tidak tahu ke mana mereka sedang menuju—sama ada ke bilik tidur atau paling tidak pun ke bilik bacaan di mana Xiana berada, Athena hanya mengikut pengawal itu.

PING!

Bunyi pintu lif kedengaran sewaktu pengawal di belakang mendorong Athena untuk keluar dari lif. Dia belok ke kanan dan menyusuri koridor di mana bilik berdinding kaca berada.

Setiap bilik dihuni beberapa staf yang kelihatan sibuk dengan kerja masing-masing. Yang Athena perasan sejak dia di situ, pekerja-pekerja di tempat itu jarang berkeliaran.

Athena kemudian berpisah dengan pengawal-pengawalnya apabila Zach menjemputnya di depan pintu.

Lelaki itu membawanya masuk ke dalam bilik bacaan tersebut. Setibanya di dalam bilik itu, Athena menanggalkan mafela dari lehernya kerana udara hangat membuatkan dia rimas.

Mafela dan kot tebalnya diletakkan di lengan sofa, membiarkan sweater turtle neck biru cair dan skinny hitamnya sahaja yang tinggal.

Seusai itu, Athena duduk memeluk kedua-dua kaki di atas sofa sambil melihat Xiana berdiri di depan meja bersama beberapa lelaki yang kelihatan seperti orang kanan Xiana, kerana mereka sering bersama setiap kali wanita itu menunjukkan muka serius.

Zach yang tadi menghilang entah ke mana muncul semula di depan Athena secara tiba-tiba, membuatkan Athena terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

Zach meraih tangan pucat dan dingin Athena secara mengejut.

"Puan Xiana ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada awak," maklum Zach sambil meletakkan mug berisi coklat hangat ke dalam tangan Athena.

"Huh?" Athena ternganga ketika tangan Zach memegang tangannya. Matanya membulat sewaktu mendongak memandang Zach yang kelihatan bingung.

"Just wait till she finishes her work," pesan Zach. Dia kemudian mencapai kot dan mafela Athena untuk digantung pada penyangkut pakaian di tepi almari buku sebelum keluar dari situ.

Athena menoleh ke arah Xiana yang sedang bercakap dengan nada perlahan tetapi kelihatan serius, sambil menghirup perlahan air coklat panas dari mug tersebut.

Setelah Xiana selesai berbincang, dia mengerling ke arah Athena. Gara-gara menunggu, Athena sudah pun terlena.

Dengan senyuman keibuan di bibir, Xiana menghampiri Athena yang tidur melingkar di atas sofa lalu mengusap kepala Athena dengan kasih sayang.

"Good night, sayang," ucap Xiana sebelum mengucup tepi kepala Athena.

8. Miss Kommander Chapter 1Where stories live. Discover now