Suara pembaca berita diselangi dengan bunyi mesin treadmill yang kedengaran dalam ruang tamu penthouse tersebut.
Kelihatan Athena sedang menjalankan rutin hariannya dengan berjogging di atas mesin, menghadap cermin kaca apartmentnya.
Reka bentuk interior apartment itu sederhana dan lapang. Selain set sofa, televisyen, dan mesin treadmill, tiada perabot lain yang memenuhi ruang tamu tersebut, dan hiasan yang ada juga tidak ekstravaganza. Sama seperti pemiliknya sendiri—ringkas dan tidak rumit.
Di dinding tergantung beberapa bingkai yang memaparkan gambar Athena dalam pakaian graduasinya, tersenyum sambil memegang segulung ijazah dan jambangan bunga.
Di sebelah bingkai itu, Athena mengenakan uniform rasmi tentera, berdiri tegak memberi tabik, di samping seorang wanita lain yang tersenyum manis sambil mengucup pipinya.
Walaupun ada kabinet untuk menyimpan piala, tiada satu pun piala yang dipamerkan di dalamnya; kabinet itu terbiar kosong.
"Noah Anderson telah diberikan pingat penghargaan setelah kejayaannya menumpaskan penyeludup utama dadah negara, yang berjaya menyita hampir tiga juta tan dadah belum diproses. Di atas kebijaksanaannya dan di bawah kepimpinan yang berwibawa, ketua penyeludup dadah yang paling dikehendaki negara berjaya ditumpaskan dengan bantuan ahli pasukannya UNIT KHAS..." maklum pembaca berita di siaran TV tersebut.
Dengan renungan dingin, dia hanya memandang kosong ke luar pemandangan apartmentnya, sambil bernafas berat mendengar suara pembaca berita itu.
Hentakan tapak kakinya pada mesin itu sangat senyap dan langsung tidak kedengaran, seakan kakinya ringan berlari di atas permukaan tersebut.
Athena, yang hanya mengenakan sport bra dan legging hitam, mendedahkan kesan parut dan luka tembakan pada tubuhnya tanpa segan silu, memandangkan dia hanya duduk sendirian.
Kelihatan dari bahu kiri, parut tembakan, rusuk kanan kesan kelaran, abdomen bawah sebelah kiri kesan jahitan, dan tepi kiri perut berdekatan buah pinggang dengan kesan terbakar—semua itu jelas pada tubuh kecilnya.
Sedang dia berlari di atas mesin, telefon bimbit di poket mesin tersebut bergetar, menarik perhatiannya untuk menundukkan mata.
Di skrin telefon, tertera nama 'bitch'. Dengan mudah, Athena mengetahui siapa yang menghubunginya saat itu.
Apa lagi perempuan tak guna ini mahukan darinya? Betul-betul merosakkan mood!
Tanpa membuang masa, Athena menyentuh skrin dan menjawab panggilan sambil berlari.
"Ada apa?" jawabnya sambil menekan butang loudspeaker agar tidak mengganggu rutin lariannya.
"Mana kau? Aku dah katakan jumpa aku pukul 9! Sekarang dah lebih sejam! Aku tunggu kau tak datang!" marah wanita di dalam panggilan itu.
Athena memandang ke depan jendelanya sambil tersenyum mengejek. Padan muka. Ini padahnya kalau jadi orang yang tak faham bahasa. Nak dia cakap bahasa apa lagi?
Penat betul!
"Kan aku cakap aku sibuk?" balasnya acuh tak acuh.
"Athena Louisa!" pekik suara itu dengan nyaring.
Pekikan tersebut membuatkan Athena berkerut muka tidak suka, mendengar suara Aria yang membingitkan telinganya. Seriously? Ingat dia satu-satunya yang ada suara lantang? Dia pun boleh!
"What?" balas Athena acuh tak acuh.
Mesin itu kemudian dimatikan. Dia mencapai telefon dan turun dari situ.
"Kau memang sengaja ke apa?" bebel suara itu lagi. "Aku nak kau ke sini sekarang juga!"
Athena menjulingkan matanya, menyampah dengan nada bossy itu. "Aku tak nak pergi. Dan berhenti memerintahkan aku seperti aku salah seorang lelaki kau. Ia sangat menjengkelkan," ujarnya sambil berjalan mendekati sofa untuk mengambil tuala yang tergantung di lengan sofa.
"Sebelum aku heret kau! Baik kau datang sini sekarang, perempuan tak guna! Kau tahu tak betapa susahnya aku atur jadual untuk jumpa kau!" bentak suara itu lagi dengan marah.
Athena berdengus, menyampah.
"Ada aku suruh ke?" soalnya dengan nada mendatar, memandang skrin televisyen. Muka seorang lelaki kacak terpampang di skrin TV itu.
"Hei, perempuan! Kau ingat aku nak sangat jumpa kau ke? Bawa diri kau ke sini sebelum aku datang!" marah Aria Louisa, kakak kandung Athena yang tua sepuluh tahun darinya. Satu-satunya ahli keluarga yang dia ada di dunia ini.
Athena menjulingkan matanya, malas melayan kerenah Aria yang kadang-kadang membuatkan dia sakit hati dengan mulutnya yang tak ada insurans.
Kadang-kadang dia tertanya, adakah kakaknya ini menggunakan otak hanya ketika ingin berbuat jahat? Sebab itulah dia sangat lembab dalam hal-hal yang jelas.
"Aku kena perintah berkurung ini! Macam mana aku nak keluar jumpa kau? Kau ingat aku suka-suka duduk di rumah tanpa buat apa-apa?" bidas Athena setelah tidak tahan dengan desakan Aria.
"Padan muka kau! Siapa suruh jadi lembab sangat? Memang patut pun... perangai tak guna kau itu layak dihukum!" bentak Aria dengan marah.
Kening Athena berkerut tidak puas hati. Sesuka hati perempuan ini untuk memaki dia! Ingat diri tu baik sangat ke? Berlagak nak mampus!
"Hei! Kalau tiada perkara baik yang keluar dari mulut kau, aku akan matikan telefon ini!" ugutnya.
"Jangan kau berani—"
Panggilan itu terus diputuskan sesaat kemudian tanpa berfikir dua kali. Buang masa melayan perempuan menyakitkan telinga seperti itu. Lebih baik dia uruskan perkara yang sudah lama ingin dilakukan.
Memandangkan esok adalah hari terakhir perintah berkurungnya!
Athena berjalan masuk ke dalam bilik, membersihkan diri selepas dua jam menjalankan rutin senamannya.
Memandangkan dia tiada kerja dan hanya perlu terperuk di dalam penthouse, Athena tidur setelah selesai mandi.
YOU ARE READING
8. Miss Kommander Chapter 1
General FictionAthena Seperti nama yang diberi. Athena menjadi seorang ejen pembunuh yang berbahaya. bukan sahaja menjadi musuh pada kebanyakkan ejen yang lain, malah rakan sekerjanya sendiri. Dia dipergunakan. dia diperlekehkan. sering menjadi mangsa keadaan ker...