21.

1.3K 114 0
                                    

Lima orang lelaki sedang melutut menghadap ke hadapan dengan kepala tertundun ke bawah. Kedua  belah tangan mereka pula diikat ke belakang.

Sementara di kerusi di hadapan mereka, duduknya Aria bersilang kaki sambil memandang skrin telefon. Jari berkuku merah itu tidak berhenti dari skrol skrin dan menaip sesuatu di telefon.

Sementara beberapa orang anak buahnya yang lain dengan batang besbol besi di tangan berdiri di sekeliling mereka.

Darah yang menitis turun dari hujung batang besi tersebut beritahu sesuatu yang tak elok sedang berlaku.

"Kami betul-betul tak tahu..."geleng mereka.

"Kami cuma diarahkan untuk pindahkan semua barang tu dan kami tak tahu macam mana mereka dapat kesan keberadaan kontena tu." ujar lelaki ketiga di antara lima orang.

"Secara tiba-tiba kami diserang sekumpulan tentera bersenjata. Musnahkan kesemuanya dan tenggelamkan segalanya..."tambah lelaki kelima yang matanya sudah bengkak.

Aria yang mengenakan dress cocktail merah bersama dengan solekan penuh dan gincu merah menyala serta solekan mata yang tebal itu menarik sengih mengejek. Membuatkan wajah itu kelihatan sangat menawan. Tetapi membunuh.

Dengan renungan tak peduli, Arian sentuh itu dan ini pada skrin menaip sesuatu. Kening ikut berkerut-kerut.

"So kau nak cakap semua ni salah aku sebab biarkan tempat operasi tu terdedah la?Macam tu?Kau tahu tak berapa banyak kerugian yang aku tanggung disebabkan kau orang?Belasah kau orang takkan dapat pulangkan semula modal tu...."ujar Aria dengan bersahaja namun penuh dengan amaran.

Setelah itu Aria beri isyarat pada anak buahnya yang ada di situ.

Faham dengan isyarat itu, anak buah Aria terus menurut. Kelima-lima lelaki tadi terus dibelasah tanpa belas kasihan sekali lagi.

Batang besi besbol itu dihentak pada tubuh mereka tanpa henti. Hinggakan darah tersembur keluar dari mulut dan hidung taktala batang besi besbol itu hinggap.

Sedang aktiviti membelasah kelima-lima lelaki itu berlaku,  Aria kembali tunduk fokus pada skrin telefonnya. Menanti reply chat dari adiknya yang susah sangat nak dibalas. Rasanya kan adik dia ni ada masalah tangan. Sampai nak balas chat pun susah sangat!

Dan tidak lama selepas itu. Seorang lelaki bersut melangkah masuk ke dalam pejabat. Dengan langkah lekas, lelaki tu datang mendekat ke sisi Aria lalu bongkok membisikkan sesuatu ke telinga dia.

"Puan."

"Hm."

"Dia dag ada dekat sini.."bisik pengawal keselamatan tadi di telinga Aria.

Mata Aria terus terangkat sebaik mendengar makluman itu. Dia baru palingkan kepala nak bersuara. Namun belum sempat dia hendak bersuara pintu pejabatnya terbuka dengan sendiri pada masa yang sama.

Clap!

Clap!

Dengan serentak aktiviti membelasah lima lelaki tadi ikut terhenti. Terkejut mendengar bunyi tepukan tangan itu.

"Wow!"sorak Athena dengan bangga.

Semua yang ada di situ jadi kaku seperti patung apabila bertentang mata dengan orang yang hampir serupa seperti bos mereka itu.

Bila semua pandang, termasuk Aria keadaan bilik menjadi lengang. Dan kesemua pergerakkan terhenti gara-garanya.

Sambil tarik sengih meleret Athena sandar di depan pintu pejabat tersebut. Mata bundarnya melirik ke sekeliling.

Melihatkan tempat kejadian yang penuh dengan kesan darah terpercik sana sini sama sekali tidak membuatkan dia sikit pun tidak terkutik. Dah terbiasa dengan situasi berdarah dan ngeri begini.

"Well...well. What a pleasant welcoming huh?"tanya Athena sambil menyilang tangan ke dada. Berdiri sandar pada bingkai pintu dengan kaki disilang lurus. Sambil tu dia melirik ke lelaki-lelaki berkemeja putih lengan baju disinsing hingga ke siku sedang memegang batang besi di tangan masing-masing. samseng! Sekali tu matanya terhenti pada wajah wanita beriak serius di situ."Kau busy?We need to talk now." selorohnya dengan renungan kosong pada Aria. Kakak beza 10 tahun dari dia.

Aria bangun dari situ dengan muka terkejut. Dah kenapa adik dia boleh muncul tiba-tiba dekat sini!

"Apa kau buat dekat sini?"tanya Aria yang bangun dari duduknya dan dia berjalan laju menghampiri Athena dan heret Athena keluar dari situ dengan paksa.

Athena menarik senyuman sinis sewaktu Aria mencengkam lengannya sejurus itu.

"Macam yang kau nak....aku ada dekat sini...jadi hentikan segala rancangan yang kau tengah buat...sebab aku tak nak main lagi game yang kau cipta ni."balas Athena sewaktu didorong dengan Aria keluar dari situ dengan paksa.

Pintu bilik tersebut di tutup untuk menghadang pemandangan tidak menyenangkan tadi.

"You should call me first. Not showing up suddenly like this!"deram Aria dengan jengkel.

"Kau nak sangat aku balik kan?Hah!Ni aku dekat depan muka kau!"

"Apa masalah kau ni Athena!"

Athena tepis tangan Aria dari lengannya dengan marah. Datang salah. Tak datang salah.

"Kau tu masalah aku! Berapa kali nak aku beritahu kau! Jangan libatkan aku dalam hal kau..."luah Athena dengan kening mencerun. "Susah sangat ke nak faham?"

"Aku tak tahu apa kau cakapkan ni Athena." balas Aria sambil menyilang tangan ke dada.

Athena berdengus mengejek. What a b***h! "Jangan nak berpura-pura macam kau tak tahu apa yang aku cakap kan la. Aku datang sini nak buat perhitungan dengan kau. Bukan semata aku naik flight 10 jam hanya untuk membuat perjumpaan keluarga yang tak ada function ni."marah Athena.

Kakaknya ini ingat dia ni lembab sangat ke?Berlakon bukan main lagi! Berpura-pura tak tahu apa-apa pulak ya!?

8. Miss Kommander Chapter 1Where stories live. Discover now