15.

1.3K 123 0
                                    

Debris menarik senyuman kelat saat bertentang mata dengan Menteri Ketenteraan di depannya.

"Organisasi ini bertahan lebih lama daripada sangkaan saya?" kata lelaki tua berambut botak yang berpakaian rasmi, menunjukkan lelaki berusia 50-an itu bertubuh sasa.

"Iya, tuan..." balas Debris dengan kekok.

Menteri itu duduk bersandar sambil merehatkan kedua-dua tangan di atas lengan sofa.

"Macam ini sajalah... saya terus ke topik utama. Malas nak berbasa-basi memandangkan kamu sendiri tahu tujuan saya ke sini..." ujar Norman.

Sebenarnya, dia malas nak susahkan diri datang sendiri untuk memaklumkan hal ini pada Debris. Tapi disebabkan desakan dan ugutan, terpaksalah dia datang selepas mendapat berita mengenai Athena yang cedera ketika melakukan misi.

"Tuan berikan kami masa..." minta Debris serta-merta sebelum sempat Norman menghabiskan kata-kata.

"Berapa lama lagi kamu mahukannya? Banyak duit sudah dikeluarkan untuk organisasi ini tetapi apa yang kami dapat hanyalah laporan negatif. Pihak atasan tidak berpuas hati dengan keputusan ini tetapi mereka terpaksa buat keputusan untuk mengurangkan kerugian..." jelas Norman dengan tegas.

Debris tunduk memandang ke bawah. Dia bermain dengan hujung jari.

"Sebenarnya, saya bukannya tak nak beri masa. Tapi mereka sudah memberi tekanan pada saya tentang benda yang saya tak boleh kawal, walaupun saya ingin. Tingkatkan prestasi kamu secepat mungkin. Saya akan serahkan lebih banyak misi pada jabatan ini; jangan kecewakan keputusan saya..." Norman bangun dari duduknya.

Debris memberi tunduk hormat sewaktu berdiri tegak pada masa yang sama.

"Baik, tuan..." balasnya dengan perlahan. Matanya mengekori langkah Norman yang diiringi pengawal di sisi.

Dengan lemah, Debris terduduk di kerusi. Seluruh jiwanya sudah terbang keluar dari badan, membuatkan setiap saraf di dalam badannya lemah.

Sebaik sahaja kumpulan pengiring Norman berjalan keluar dari ruang sidang, mereka bertembung dengan Athena yang sedang berdiri sambil menghirup kopi di tembok besi koridor depan mereka.

Wajah dan renungan dingin dua mata itu sama seperti orang itu. Cuma orang di depan mereka ini lemah lembut berbanding versi asal yang kasar dan menakutkan.

Perlahan-lahan, Athena menoleh ke arah mereka, menunjukkan cawan yang berada di tangannya sebagai tanda mempelawa.

Norman hanya menarik senyuman nipis dan mengangguk kepala.

Mereka kemudiannya berlalu masuk ke dalam lif. Tidak lama selepas itu, Debris keluar dari bilik sidang dengan muka sugul. Lelaki itu terpandang Athena yang tenang menghirup kopi lalu menghampirinya.

"Kenapa kamu ada di sini?" tanya Debris.

"Ambil angin..." balas Athena dengan tenang.

Debris berdiri di sisi Athena, menghadap pemandangan bangunan di depannya. Semuanya hanya batu dan besi di sekelilingnya. Tiada yang indah untuk ditatap.

"Saya akan lakukannya tetapi dengan satu syarat," aju Athena tiba-tiba.

Debris berpaling, memandang terkejut ke arah Athena.

"Apa maksud kamu?" soalnya tidak faham.

Athena tunduk memandang cawan kertas di tangannya.

"Duduk di sini untuk beberapa tempoh seperti yang tuan minta. Tapi... ikut cara saya..." ajunya.

Debris membuka mulut hendak membantah, tetapi apabila Athena memaling muka menghadapnya, dia terus menutup mulut semula.

8. Miss Kommander Chapter 1Where stories live. Discover now