Curiga.
Ingin tahu.
Dari balik cermin kaca pintu gelangsar beranda tingkat 34, beberapa orang pengawal bersenjata menghalang sesiapa sahaja yang cuba campur dalam perbualan yang sepertinya bukan sekadar perbualan.
Athena kelihatan berang dan tidak senang berhadapan dengan lelaki tersebut.
Sementara lelaki di hadapan Athena berdiri dengan riak wajah tanpa emosi.
Situasi itu membuatkan beberapa pengawal dan staf berdiri di depan pintu kaca tersebut, ingin tahu apa yang sedang dibualkan Athena. Namun, mereka gagal kerana cermin kaca di situ kebanyakannya kalis bunyi dan peluru. Jadi, walau apa pun yang mereka katakan, suara mereka tidak dapat didengar dari dalam.
"Apa yang awak merepek ni? Kan saya cakap tak boleh..." bantah Athena.
"Saya cuma sampaikan pesanan..." ujar lelaki di depan Athena dengan nada serius.
Athena menggeleng kepala tidak mahu.
"Saya tak nak... awak beritahu perempuan itu jangan cuba campur urusan saya... ini hal saya. Saya yang uruskannya sendiri."
"Tapi dia dah hantar satu pasukan untuk cik..." ujar lelaki itu lagi.
Athena menguak rambutnya ke belakang dengan penuh keberangan. Dadanya naik turun perlahan, cuba menenangkan diri agar tidak melenting di depan lelaki ini. Rasanya dekat sini tiada siapa yang tuli atau dungu! Kenapa susah sangat nak faham bahasa?
"Dia tak cakap apa-apa pun tentang hal ini pada saya. Kenapa tiba-tiba?"
"Dia cuba hubungi cik, tapi cik tak pernah mahu cuba capai dia... atau benarkan sebarang kontak dari cik," ujar lelaki lampai di depannya dengan suara mendatar.
Haish!
Sebab dia tak nak! Takkan tak boleh faham?
"Saya tak nak... hantar mereka pulang! Saya boleh uruskan masalah saya sendiri tanpa campur tangan dia. Dan beritahu perempuan itu jangan sesekali libatkan hidup saya dengan dunianya!" Athena mengepal penumbuk geram di kedua-dua belah tangan.
Lelaki berkaca mata itu memandang Athena tanpa berkelip.
Athena mengecilkan mata sewaktu menyedari sesuatu yang aneh pada lelaki di depannya ini. Dia meneliti kaca mata yang dipakai oleh lelaki itu. Sesuatu berwarna hitam berkelip dekat bingkai cermin mata lelaki tersebut.
"Itu kamera ke?" tanya Athena sambil berdiri rapat di depan lelaki itu, mengenal pasti bintik hitam pada tepi kaca mata itu. Ada lampu merah kecil berkelip-kelip pada bingkai kanan cermin mata tersebut.
"Ya... sepanjang kita berbual, dia sedang memerhatikan cik... dan setiap kata-kata saya adalah dari dia..." lelaki itu menyentuh telinga kiri di mana ear-in terpasang.
Athena berdengus pendek tidak percaya. Kedua-dua tangannya mencekak pinggang.
"Seriously?" tanya Athena.
"Ya," angguk lelaki itu dengan formal.
Athena mendekatkan wajahnya pada lelaki itu, membuatkan lelaki lampai itu tersentak sedikit dan gelisah seketika apabila jarak mereka hanyalah seinci dan hidung mereka hampir bertemu.
"Hello... kau dengar sini. Aku tahu kau memang jenis tak faham bahasa. At least dengar. Kau hantar balik pasukan kau ni dan jauhkan diri kau dari aku! Jangan cari aku melainkan aku yang cari kau. Ingat tu!" kata Athena di depan muka lelaki itu tetapi matanya terarah pada kamera tersembunyi itu.
Dengan dengusan tidak puas hati, Athena jauhkan diri.
Lelaki itu melepaskan nafas yang ditahannya sejak Athena berdiri dekat. Khuatir sekiranya nafasnya itu mengganggu Athena.
"Dah... pergi keluar dari sini! Bawa apa sekalipun yang awak bawa ke sini... saya takkan terima!" halau Athena sambil mencekak pinggang sebelah tangan.
Lelaki itu masih berdiri di depan Athena, tidak berganjak dan hanya kaku memandang Athena. Bukan kerana dia enggan pergi, tetapi kerana tiada arahan yang dia terima dari atasannya sekarang.
Athena memandang lelaki itu dengan pelik apabila arahannya tidak dihiraukan.
"Tengok apa lagi... pergi la..." halaunya dengan nada jengkel.
YOU ARE READING
8. Miss Kommander Chapter 1
General FictionAthena Seperti nama yang diberi. Athena menjadi seorang ejen pembunuh yang berbahaya. bukan sahaja menjadi musuh pada kebanyakkan ejen yang lain, malah rakan sekerjanya sendiri. Dia dipergunakan. dia diperlekehkan. sering menjadi mangsa keadaan ker...