74.

1K 96 0
                                    

Lorong di depan bilik bedah dipenuhi dengan orang. Jururawat dan staf hospital yang lalu lalang di situ memandang pelik dan ada yang takut untuk melihat.

Mana tidaknya, pengawal-pengawal dari organisasi Gilbert dan Xiana sendiri kelihatan menakutkan dengan aura membunuh. Ditambahkan lagi dengan anak buah Aria, semakin menakutkan!

Di bangku tempat menunggu, Aria tunduk menekup muka dengan kedua-dua tangan. Bahunya bergoncang kuat saat menangis kerisauan mengenang keselamatan Athena yang berada dalam bilik pembedahan.

Blade yang berdiri di sisi mengusap belakang badan Aria untuk memujuknya agar bertenang.

"Aria, semuanya akan baik-baik saja..." bisik Blade dengan lembut.

Aria menggeleng. Dia mengangkat kepala memandang Blade, yang melihat wajahnya yang basah dengan air mata. Kedua-dua mata Aria bengkak kerana terlalu banyak menangis.

"Saya tak boleh... saya tak boleh tengok Athena cedera," sedu Aria saat bersuara.

Ketika itu, Gilbert muncul bersama Xiana. Masing-masing berwajah sugul. Aria yang perasan terus bangun dari duduknya.

Dia berjalan pantas untuk menyerang Xiana sebelum Gilbert menghadang laluannya, semeter sebelum dia sempat terkam ibunya.

"Aria, sudah," tegah Gilbert.

"Semua ini salah kau tahu tak? Salah kau Athena cedera... sebab anak kau tu! Athena sedang bertarung nyawa dalam bilik pembedahan!" teriak Aria, ingin mendekati Xiana.

Tangan Gilbert memeluk tubuh Aria, menjauhkan anaknya dari Xiana.

"Sayang, bawa bertenang..." minta Gilbert dengan tenang. Blade hanya memerhati kerana bukan haknya untuk campur urusan keluarga Aria. Dia berdiri di belakang, melihat Aria yang meroyan kerana Athena cedera. Kali pertama dia melihat adalah ketika Athena cedera selepas menjalankan misi pertama.

Aria memandang Gilbert dengan linangan air mata di pipi.

"Ayah, tengoklah kenapa Aria jauhkan Athena dari semua ini... Dari ayah dan ibu... sebab Aria tak nak Athena cedera, dan tengok sekarang apa yang berlaku?!" marahnya dengan sedih di depan Gilbert. "Kalau sesuatu berlaku pada Athena, Aria bersumpah Aria akan pergi ikut Athena juga..." nangis Aria dalam pelukan, bergelut hendak melepaskan diri.

Gilbert menarik kepala Aria ke dadanya secara paksa. Dia mengusap belakang badan Aria laju-laju untuk menenangkan anaknya.

"Shhh... semuanya akan baik-baik saja. Bawa bertenang..." minta Gilbert dengan lirih, turut bersedih dengan keadaan ini.

Aria dongak memandang Gilbert dengan kening berkerut, tidak mempedulikan Xiana yang sedang berdiri di belakang memerhatikan mereka.

"No..." geleng Aria dengan sedih. Matanya terarah pada Xiana. "...dad, I want her to go far away from here. I don't want to see her here right now..." rintih Aria dengan syahdu, air mata yang turun dari tepi matanya diseka oleh Gilbert sewaktu lelaki itu tunduk memandang Aria.

"Ya, ayah tahu sayang... bawa bertenang. Xiana sendiri tak sangka perkara ini akan berlaku. Jadi bawa la bertenang..." pujuk Gilbert yang kembali menarik Aria ke dalam pelukan.

Suara esakan sedih Aria membuatkan kesemua pengawal, termasuklah Xiana, Blade, dan Darius, tertunduk sedih.

"Aria nak Athena hidup, ayah..." rengek wanita itu, yang kemudian terduduk di atas lantai kerana tidak larat hendak berdiri. Dia dongak memandang siling saat dagunya bersandar pada bahu Gilbert, air mata mengalir seperti hujan.

8. Miss Kommander Chapter 1Where stories live. Discover now