"Projek Phomela adalah projek yang dihasilkan oleh seorang profesor wanita, di mana identitinya tidak dapat dikenalpasti mahupun keberadaannya. Projek ini mengenai kajian genetik dan terdapat kod formula yang berkait rapat dengan sesuatu atau seseorang. Kerajaan Rusia bekerjasama dengan Korea Utara mengenai projek ini. Mereka akan membuat pertukaran formula ini dengan senjata nuklear yang baru sahaja mereka cipta, di mana Rusia membekalkan senjata sementara Korea Utara membekalkan formula tersebut," terang Daniel sambil menunjukkan skrin besar yang tergantung pada panel dan siling.
Athena yang berdiri di depan skrin berkerut kening, memandang skrin itu serta butiran dan nama yang ada padanya. Dia hairan kerana ini adalah benda yang sama dilihatnya ketika dia curi-curi masuk ke dalam pejabat Aria hari itu.
"Bila urus niaga itu akan dijalankan?" tanya Athena.
"Ahad ini di Los Angeles, di kasino terbesar daerah itu," jawab Lucy sambil tunduk memandang skrin iPad. Dia lalu menunjukkan iklan yang dipaparkan pada laman web artikel tentang kasino tersebut. "Mereka ada buat majlis ulang tahun pembukaan malam itu."
Athena memandang ke arah skrin itu seketika sebelum berjalan ke arah meja untuk mencapai telefon bimbitnya. Tindakannya diperhatikan oleh mereka di situ.
Setelah panggilan dijawab, Athena berjalan keluar dari bilik sidang yang berdinding kaca itu. "Sediakan jet peribadi untuk aku," minta Athena sewaktu kembali ke ruang tengah.
"Kau nak ke mana?" tanya Aria dalam panggilan.
Athena mencekak pinggang sebelah tangan sementara sebelah lagi memegang telefon di telinga. "Los Angeles..."
Mereka yang ada di sekitar memandang Athena dengan renungan ingin tahu. Dengan siapa Athena sedang bercakap?
"Kau nak ke mana dengan jet tu?" tanya Aria dalam panggilan.
"Something comes..." kata Athena.
"Setahu aku, kita tak ada misi lain," ujar Aria lagi.
Athena melepaskan keluhan letih kerana jengkel.
"Memanglah tak ada. Cuma aku terjumpa sesuatu... hantarkan jet tu ke sini..."
"Athena—"
"Dengar sini, aku tak ada masa... hantar jet tu dalam masa sejam," gesa Athena yang memintas kata Aria.
Aria dalam panggilan melepaskan keluhan mengalah.
"Aku beritahu kau, kalau apa-apa berlaku, kau kena tahu yang aku takkan benarkan kau bertugas di lapangan lagi, kau tahu tu kan?" pesan Aria.
Athena menjuling mata dengan kejengkelan.
"Bukan sekarang masanya..." deram Athena dengan keras.
"Aku serius ni. Kalau calar je kau, aku akan pastikan kau takkan sentuh pistol mahupun jejak kaki di situ sampai bila-bila," ugut Aria lagi.
"Ugh... Fine... deal." Athena mengerang kebengangan. "Hantar jet tu... jangan nak banyak cakap!" Panggilan itu terus diputuskan. Athena mengangkat kepala setelah itu dan perasan mereka yang sejak tadi memerhati sedang merenung ke arahnya.
"Apa?" tanya dia kehairanan.
"Saya bukan nak menyibuk... tapi saya perhati ketua ada telefon khas yang selalu digunakan untuk hubungi orang ini siapa? Teman lelaki ke?" tanya Lucy takut-takut.
Disebabkan soalan Lucy, semua mata terarah pada Athena, membuatkan Athena memandang pelik ke arah mereka. Dia mengeluarkan detusan ketawa kecil dan menggeleng kepala.
"Daripada kau orang sibuk hal aku, siapkan semua perancangan tu," arah Athena.
YOU ARE READING
8. Miss Kommander Chapter 1
Aktuelle LiteraturAthena Seperti nama yang diberi. Athena menjadi seorang ejen pembunuh yang berbahaya. bukan sahaja menjadi musuh pada kebanyakkan ejen yang lain, malah rakan sekerjanya sendiri. Dia dipergunakan. dia diperlekehkan. sering menjadi mangsa keadaan ker...