61.

1K 98 0
                                    

Semua mata terarah kepada wanita yang bersanggul kemas dan indah, mengenakan busana krim pic di tubuhnya yang ramping dan lampai, sendirian di tengah ruangan tanpa pengiring.

Wanita itu langsung tidak sedar dirinya diperhatikan kerana sedang khusyuk tunduk membelek manisan yang berada dalam piring kecil, dengan kerutan di kening seolah-olah melihat manisan tersebut buat pertama kali.

Apabila satu dari manisan itu dibawa masuk ke dalam mulut, wanita itu bercemberut saat mengunyah. Mereka yang memerhati tersengih melihat lagak wanita itu.

Mereka berniat hendak mendekati wanita itu, namun segera membatalkan niat setelah melihat lelaki bersut hitam dan segak menyapa serta mengucup dahi wanita itu dengan kasih sambil tersenyum senang.

Menyedari siapa lelaki itu, mereka terus mengundurkan diri dan mengalihkan pandangan. Hal ini kerana melibatkan diri dengan lelaki itu adalah perkara terakhir yang akan mereka lakukan.

“Hai...” sapa Gilbert sewaktu memegang belakang badan Athena. Dia menarik Athena rapat ke dadanya sebelum satu kucupan hinggap di dahi anaknya itu, memberi tanda bahawa Athena adalah off-limits bagi para tetamunya. Setelah Gilbert mengesan beberapa pasang mata memandang Athena seperti segerombolan serigala yang memerhatikan mangsa dan sedia untuk menerkam.

Athena sedikit pun tidak menghiraukan isyarat yang diberikan oleh Gilbert kerana terlalu sibuk mengeliat kemasaman apabila manisan di dalam mulutnya pecah dan cecair berperisa lemon mengenai lidah dan tekaknya.

“Hai...” balas Athena sambil mengenyit sebelah mata gara-gara rasa masam itu.

“Maaf sebab ayah tinggalkan kamu sendirian di sini... by the way, kamu kelihatan cantik malam ini.”

Sambil mencucuk manisan berbentuk buah anggur di piring kecil, Athena membalas dengan selamba.

“Saya sentiasa kelihatan cantik...” seloroh Athena saat menyuap manisan tersebut ke dalam mulut.

Gilbert ketawa kecil mendengar komen Athena.

“Yalah... apa saja yang kamu mahu. Asalkan kamu gembira,” ujar Gilbert.

Sambil mengunyah manisan itu, Athena melihat-lihat tetamu yang hadir ke majlis tersebut. Setiap seorang di situ amat dikenali oleh Athena. Mereka bukan sebarangan orang; ada menteri, ketua pegawai atasan yang dia kenali dari jabatan pertahanan udara, dan ramai lagi. Beberapa senator dan setiausaha dari pelbagai bidang dan jabatan dalam parlimen juga hadir. Tidak ketinggalan ketua-ketua ahli kongsi gelap yang amat dikehendaki dalam dunia jenayah.

“Kamu kenal mereka?” tanya Gilbert yang mengesan renungan tajam Athena terhadap tetamu di situ.

Athena berpaling dan memberi pandangan ‘duh’ kepada Gilbert. Seriously? Orang tua ini tanya soalan itu? “Obviously?” tanya dia dengan kening terangkat sebelah.

“Semua yang hadir di sini bekerja di bawah ayah. Mereka juga adalah orang yang berada dalam pengaruh ayah,” maklum Gilbert dengan nada bangga. “Apa saja yang saya katakan, mereka akan ikut.”

Athena mendekati Gilbert, menjengket kaki dan memegang bahu Gilbert untuk menyokong dirinya bersandar pada tubuh ayahnya. Ia memberi isyarat kepada Gilbert supaya lelaki itu tunduk, memudahkan dia untuk membisikkan sesuatu.

Gilbert mematuhi, memeluk pinggang Athena saat kedua-dua tangan Athena berada di bahunya, menyokong anaknya supaya kekal menjengket.

“Ini adalah majlis sambutan untuk Athena yang menarik, tetapi ayah sendiri aturkan tanpa memperkenalkan Athena sebagai tuan rumah majlis ini?” bisik Athena. “Kenapa?” tanya dia.

Gilbert memandang ke depan di mana anak-anak buahnya berdiri memerhati mereka.

“Untuk elakkan mereka tahu kamu adalah anak ayah. Ayah cuma nak kamu tahu, ayah buat majlis ini untuk kamu.” Bisik Gilbert di telinga Athena sambil matanya terarah pada pengawal yang bertanggungjawab memata-matai Athena sewaktu dia tiada. “Apapun... welcome back, my daughter,” bisik Gilbert sambil menyandar pada tepi kepala Athena dekat telinganya.

Athena tersengih apabila hembusan nafas Gilbert mengenai telinganya. Dia ketawa kecil.

“Shall we dance?” pelawa Gilbert yang disambut anggukan dari Athena.

“Sure,” senyum Athena lebar.

8. Miss Kommander Chapter 1Where stories live. Discover now