26.

1.3K 105 0
                                    

Dari luar dinding kaca, mereka sudah dapat mengetahui bahawa dua orang beradik di dalam bilik tersebut sedang bertekak. Walaupun suara pertengkaran itu tidak jelas didengar, mereka dapat mengenali suara Aria dan Athena kerana sudah terbiasa dengan perbalahan antara mereka yang ibarat kuasa Ying dan Yang.

Seorang dengan muka merah padam akibat kemarahan, manakala seorang lagi menunjukkan wajah tenang, menghadap adiknya yang sememangnya berangin.

"Apa kau cakap? Langkah berjaga-jaga? Mengintip aku bukan langkah berjaga-jaga! Kau hanya cuba untuk menjadikan itu lebih jelas bahawa aku adik kau!" bentak Athena, membuatkan urat lehernya tegang.

Aria hanya mempamerkan wajah acuh tak acuh. Dia tidak peduli jika Athena naik angin. Aria memang jenis yang tidak mengambil peduli, jadi tidak hairanlah setiap kali Athena marah.

"Aku hanya perlu memastikan keselamatan kau, Athena. Lagipun, tidak ada yang tahu kau adik aku melainkan aku yang memberitahu," katanya.

Athena berdengus tidak percaya. Dia mencekak pinggang sambil memandang sekeliling bilik itu seketika, cuba mengawal diri agar tidak hilang akal. Beberapa saat kemudian, dia kembali memandang Aria.

"Oh, ya ke? Demi keselamatan aku?" tanya Athena dengan nada mengejek. "Kau buat semua tu bukan untuk keselamatan aku, tapi untuk pastikan aku tak belot atau tikam kau dari belakang, kan? Kau mengintip aku untuk pastikan aku tak buka mulut tentang rahsia kau. Betul tak? Paling penting, kau nak kawal aku kerana kau tahu semua kelemahan dan titik lembut aku yang kau boleh gunakan untuk ugut aku!" tengking Athena.

Kening Aria mencerlung, memandang marah pada Athena.

"Jangan nak cakap ikut sedap mulut kau! Aku tak pernah terlintas nak fikir macam tu tentang kau! Tak boleh ke kau faham? Aku buat semua ni sebab nak jaga kau!" bentak Aria. "Aku terpaksa buat semua tu memandangkan kau sendiri tak nak duduk dengan aku! Kau expect aku apa? Biarkan kau begitu sahaja lepas apa yang aku hadapi semata-mata untuk pastikan kau hidup?! Macam tu?"

Dengan bengang, Athena merenggut rambutnya. Ini lah sebabnya dia tak boleh duduk sebumbung dengan Aria.

"Kau yang tak faham, Aria! Berapa kali nak aku jelaskan dekat kau? Aku tak nak ada kaitan dengan kerja kau ni! Aku tak nak ada kaitan dengan hidup kau! Kalau boleh, aku tak nak terlibat langsung dalam dunia kau ni. Kau nak aku cakap macam mana lagi?!" marah Athena dengan wajah mengalah. Penatlah nak gaduh benda sama berulang kali. Muak, tahu tak? Muak!

Aria mendekati Athena, mencengkam lengan kiri Athena dengan kuat sehingga membuatkan mata Athena mengerinyet kerana kesakitan.

"Hei, perempuan! Kau sedar sikit sebab siapa kau ada di kedudukan kau sekarang ni! Kalau bukan sebab 'dunia' yang kau bencikan sangat ni, kau takkan dapat hidup di luar sana sampai sekarang! Kau hidup sebab aku!" jerkah Aria dengan lantang sambil menggoncang lengan Athena dengan marah.

Athena terkedu, air matanya mula bertakung di kelopak saat lengannya digoncang kuat. Matanya tidak lepas dari membalas renungan marah Aria.

"Jangan jadi manusia tak mengenang budi. Kau ingat aku tak berani nak sakiti kau walaupun kau adik aku?!" tengking Aria dengan berang. "Aku tak minta semua ni, tahu tak! Kau penyebab aku jadi macam ni! Sebab kau hidup aku hancur! Sebab kau lah aku terlibat dalam dunia jenayah ni!" luah Aria dengan wajah merah padam akibat kemarahan.

Mata Athena tidak berkedip saat dia diam menatap wajah Aria. Betapa dia berharap kakaknya ini berhenti melibatkan diri dalam dunia jenayah. Dia berharap untuk menjalani kehidupan seperti adik-beradik normal yang lain; yang makan bijirin untuk sarapan, menonton filem di hujung minggu sambil duduk di sofa, bergosip tentang crush dan bekas teman lelaki. Bukan risau sepanjang masa mengenai hari esok, bukan sakit hati kerana masing-masing cuba melindungi satu sama lain.

Tetapi semua itu tidak mungkin berlaku walaupun dalam mimpinya. Aria yang dia kenal dulu bukanlah Aria sekarang. Aria yang dulu suka tersenyum, mesra, penyayang kini sudah menjadi Aria yang dingin, keras kepala, dan paling penting, kejam!

Perlahan-lahan, air mata menitis dari kelopak mata ke pipinya. Athena sebak dan lirih setiap kali memandang wajah Aria. Dia tidak berniat untuk menyusahkan sesiapa. Kalau boleh, dia mahu memudahkan hidup semua orang.

Dengan bibir yang menggeletar, Athena menatap tepat ke mata Aria. Keningnya berkerut sedih. "Maafkan aku sebab aku buat hidup kau susah," ucapnya dengan sebak. "Maafkan aku sebab melibatkan kau dalam dunia ini. Bukan aku yang minta supaya ditinggalkan dengan ibu bapa sendiri..." Athena berpaling ke arah pintu keluar sambil tersedu-sedu menahan diri dari meraung.

Wajah tegang Aria kendur tatkala melihat Athena breakdown begitu sekali. Dia berdiri memerhati langkah Athena dengan perasaan bersalah.

"Athena!" panggil Aria.

Pintu kaca automatik terbuka semasa Athena berjalan keluar. Langkahnya diperhatikan oleh beberapa orang di luar bilik tadi. Mereka melihat air mata yang jatuh ke pipi semakin lebat, dan Athena tersedu sedan dengan kuat sewaktu melintasi mereka.

Mereka sama sekali tidak hairan sekiranya bos mereka membuat adiknya sendiri menangis. Lagipun, sedangkan lelaki pun boleh menangis kerana Aria. Inikan pula keluarga wanita itu sendiri.

Aria keluar dari bilik itu, berdiri di depan pintu sambil melihat Athena semakin jauh. Bahunya jatuh, hilang semangat, ketika dia melepaskan keluhan panjang. Dengan renungan letih, matanya terarah kepada lelaki yang mengenakan kot hitam dan berambut perang gelap di depan bilik kerjanya.

"Jack, tengokkan Athena. Blade, ikut saya. Kita ada kerja nak buat," arah wanita itu dengan nada tegas. "Pastikan Athena tak keluar dari sini sampai saya kembali!" pesannya sambil berpaling semula ke dalam pejabat.

"Baik, puan!" sambut Jack, lelaki berkaca mata bingkai petak itu dengan serius.

8. Miss Kommander Chapter 1Where stories live. Discover now