76.

1K 92 3
                                    

Perhatian staf yang lalu lalang di lobi beralih ke arah suara kecoh yang semakin jelas kedengaran apabila empat orang pengawal berjalan masuk sambil mengiringi dua orang wanita.

Seorang daripada pengawal itu membawa beg pakaian, manakala tiga lagi hanya mengekori langkah dua orang wanita yang sejak di dalam hospital bertekak tanpa henti.

Kedua-dua beradik itu baru sahaja pulang dari hospital. Setelah seminggu, Athena sedar semula. Doktor telah memberikan pelepasan untuk keluar hospital memandangkan Athena telah sembuh sepenuhnya.

"Kan aku kata tak boleh... susah sangat kau nak dengar agaknya..." balas Aria.

"Beli je lah dulu aiskrim tu. Yang kau nak kecoh sangat kenapa?" balas Athena sambil mencerlungkan kening.

"Masalahnya, kau baru bangun dari koma. Gunakan telinga dan fikir dengan otak. Jangan harap je muka lawa tapi slow!" sentap Aria dengan jengkel.

"Eh, kau tu dengan mulut kau memang sama je, ya? Tak guna?" soal Athena.

"Apa kau kata? Tak guna? Kau tu apa kurangnya? Kurang ajar, tak reti nak hormat orang!" gaduh Aria yang tidak mahu mengalah.

Athena menjulingkan mata dengan kejengkelan, mentalnya tertekan dengan sikap kakaknya ini.

"Kalau beli dulu, tak adalah nak susah-susah keluar untuk beli. Kenapa kau rumitkan keadaan? Bukannya susah mana. Berhenti, beli, balik... senang cerita!" cemberut Athena sambil berdiri di depan pintu lif, berpaling memandang Aria yang menghadap ke depan.

Aria menyilang tangan ke dada. Keningnya berkerut. Bibirnya muncung, tidak puas hati.

"Yalah, kan? Kenapa aku tak terfikir?" toleh Aria dengan muka selamba.

Athena menepuk dahi, tidak percaya dengan sikap Aria yang bebal ini. Dia menggeleng kepala melihat kedunguan kakaknya.

"Apa lah aku nak buat dengan kakak macam kau ni?" keluh Athena.

Ding!

Tak lama menunggu, pintu lif di depan mereka terbuka, menampakkan Blade yang sedia berdiri di dalamnya. Dia menyambut kepulangan dua orang itu dengan senyuman mesra.

"Dari tingkat atas lagi boleh dengar suara cik berdua?" soal Blade sewaktu mengambil beg dari tangan pengawal ketika Aria dan Athena melangkah masuk ke dalam lif. Setelah itu, Blade berdiri di sebelah Aria, melihat pintu lif yang tertutup di belakang mereka.

"Tanyalah bos kesayangan awak ni, tanya dia apa masalahnya sangat kalau beli aiskrim untuk dijadikan stok kalau-kalau diperlukan," gerutu Athena.

Blade berdiri menghadap pintu lif sambil mengerling ke arah Athena.

Kening Aria mencerun. "Kau yang tak nak beritahu awal-awal, siapa suruh..."

Athena memalingkan muka ke Aria, mulutnya ternganga kerana tergamam. Keningnya mencerun tajam semasa memandang geram ke arah Aria.

Serius!

Kakak dia ini memang cuba nak cabar kesabarannya! Ada juga yang kena bom tangan nanti!

"Aku dah cakap tadi, kan? Kau tu ada telinga tapi tak guna. Ada otak tapi tak nak pakai!" gaduh mereka lagi.

Blade yang mendengar pertelingkahan itu merasakan semua itu adalah muzik hidupnya. Ini baru dikatakan hidup. Mendengar dua orang ini bergaduh tentang perkara remeh dan tidak berguna, barulah tidak pelik hidupnya.

Blade hanya memerhati dan tersenyum sendiri saat melihat wajah dua beradik yang saling tegang dan berkerut kening.

"Urghh! Aku benci kau tahu tak, perempuan menjengkelkan!" deram Athena sambil menghentak kaki, sakit hati.

"Kau ingat kau seorang je? Dasar perempuan menyakitkan hati..." balas Aria pula, dan kedua-duanya kemudian memalingkan muka ke arah bertentangan, menyilang tangan ke dada.

Blade hanya ketawa kecil lalu tersenyum melihat gelagat dua orang itu.

Baguslah kedua-duanya sudah berbaik semula.

8. Miss Kommander Chapter 1Where stories live. Discover now