"No..." Athena menggeleng.
"Yes..." bantah Kaiser.
"No!" tegas Athena lagi.
"Yes!" deram Kaiser.
Kepala mereka bergerak kanan dan kiri silih berganti, memandang antara satu sama lain yang mencekak pinggang dan saling membantah sejak beberapa ketika yang lepas.
Seorang tinggi lampai manakala seorang lagi terpaksa mendongak untuk mendabik dada. Masing-masing cuba menunjukkan siapa yang paling berkuasa di situ.
"This is a suicide mission! We will do nothing about it!" bantah Athena yang enggan menerima misi yang mereka terima.
"Macam mana kau tahu? Kita belum siasat pun kes ini!" bentak Kaiser.
Athena memukul kertas yang ada di tangannya ke dada Kaiser dengan marah.
"Tengok pun boleh agaklah! Dah berapa lama kau kerja dalam bidang ini? Takkan itu pun tak boleh nilai sama ada misi ini masuk akal atau tidak!"
"Hello... shorty! Dengar sini... selagi kita tak siasat, kita tak boleh buat andaian macam itu!" Kaiser memukul-mukul bahu Athena dengan kertas yang sedang dipegangnya.
Berderau darahnya bila mendengar. Kening Athena mencerlung tajam.
"What? Shorty? Excuse me, Mr. Snobbish! Hidung mancung, pipi tersorong-sorong. Jangan buang masa untuk kes ini! Tolak sahaja supaya kita boleh jalankan misi lain!" Athena menunding-nunding jari pada bahu Kaiser.
Pertengkaran antara mereka kelihatan tiada penghabisannya. Lima belas orang staf yang berdiri di ruang tengah itu hanya mampu menonton pertengkaran yang sudah menjadi kebiasaan mereka sejak tiga bulan lalu.
Dari satu misi ke satu misi, dua orang ini langsung tidak boleh berbincang dengan baik apatah lagi mengalah. Ada sahaja yang ingin dipertikaikan. Seperti magnet; kedua-duanya sama kutub. Ego!
Lagi-lagi Kaiser. Lelaki itu terlalu ego sehingga tidak boleh menerima idea Athena lebih baik daripadanya.
"Sudahlah kau orang berdua! Sampai esok benda ini takkan selesai. Terima atau tidak?" tanya Tyler dengan nada letih.
Kedua-duanya menjawab serentak tetapi dengan jawapan yang berlainan.
"NO!" jawab Athena dengan tegas.
"YES!" balas Kaiser dengan renungan maut.
Athena merengus mengalah.
"You're unbelievable, Kaiser!"
"I said what I said, Athena!"
"Boleh tak sekali ini kau tidak bantah aku? Perlu ke kita bertekak sepanjang masa setiap kali hendak buat keputusan?" soal Athena dengan kening mencerun. "Sampai bila nak macam ini?"
"Aku takkan bantah kalau keputusan kau itu munasabah, Athena!"
"Bahagian mana yang merujuk pada keputusan tak munasabah aku itu?!"
Collin, Xavier, Tyler, dan Tom berdiri di sekitar mereka. Paling dekat dengan Kaiser, cuba mengelakkan lelaki itu berkasar dengan Athena sebolehnya.
"Kau tahu tak aku bosan dengan semua ini. Kalau kau buat macam ini, aku tak boleh nak tolong kau orang..." Athena mengutip kertas yang berselerak di sekitar lantai, lalu berdiri menghadap lelaki itu dengan kening mencerun. "Aku tak ada banyak masa lagi, tahu tak..." rengus wanita itu sebelum berlalu ke meja kerja. "Kau nak buat... buatlah misi itu! Aku takkan halang," ngeluhnya.
Athena kemudiannya berjalan keluar dari ruang tersebut sambil diperhatikan oleh semua yang ada di situ.
"Athena!" panggil Tom tercengang dengan situasi itu.
Namun Athena tidak menghiraukan panggilan itu. Dia terus keluar dari ruangan tersebut.
"Seriously, Kaiser?" Collins mengeluh letih.
"This is not bringing us anywhere," Xavier berpaling dari situ dengan riak berserah.
Sementara yang lain langsung tidak dapat berkata apa-apa sebab mereka sendiri tiada kuasa untuk melawan.
Pemergian Athena kemudiannya berlangsung berhari-hari lamanya. Bayangnya tidak kelihatan di mana-mana dalam jabatan tersebut.
Orang cuba mencarinya tetapi tidak ada hasil; wanita itu hilang tanpa jejak.
YOU ARE READING
8. Miss Kommander Chapter 1
General FictionAthena Seperti nama yang diberi. Athena menjadi seorang ejen pembunuh yang berbahaya. bukan sahaja menjadi musuh pada kebanyakkan ejen yang lain, malah rakan sekerjanya sendiri. Dia dipergunakan. dia diperlekehkan. sering menjadi mangsa keadaan ker...