75.

1K 101 0
                                    

Beberapa minggu kemudian...

Rasa hangat dan sempit membuatkan lena Athena terganggu. Dia ingatkan mimpi, tetapi bila merasakan pergerakan itu semakin menjadi-jadi, dia merengus rimas. Kenapa pula ini!

Dengan rasa jengkel, Athena perlahan-lahan membuka mata yang terasa amat berat. Rasa lenguh dan kebas dirasai pada seluruh anggota tubuhnya. Keningnya berkerut saat mahu bergerak.

Sebaik saja matanya terbuka, perkara pertama yang Athena lihat ialah rambut merah seperti velvet yang berada di tepi mukanya, lalu tangan yang sedang memeluk sekeliling pinggangnya.

Mulanya dia nak panik, tetapi bila hidungnya menghidu bau minyak wangi yang sangat familiar dan merasakan kehangatan orang di sebelahnya, Athena kembali tenang. Malah, keluhan panjang terlepas dari bibirnya.

"Sempitlah... tak ada tempat lain nak baring ke?" keluh Athena dengan suara serak orang bangun tidur.

Aria yang baring di sebelah Athena mengangkat kepala sedikit. Dia memandang terkejut ke arah Athena.

"Kau dah bangun?" tanya Aria bernada perlahan dengan mata terbelalak.

Athena buat muka.

"Asal kau nak aku tak bangun langsung ke?" seloroh Athena.

Aria tersenyum lebar, dia melemparkan pelukan erat ke sekeliling bahu Athena.

"Ya Tuhan, terima kasih..." ucap Aria dengan gembira. Dia kemudian menekap kedua-dua pipi Athena dan menghujani ciuman pada pipi tersebut berkali-kali sehingga Athena mengerang kerimasan.

"Urgh! Air liur kau melekatlah..." sengih Athena yang suka diperlakukan sebegitu.

Aria kembali baring, merehatkan kepala ke ceruk leher Athena, lalu mengeratkan pelukannya ke lengan Athena.

"Berapa lama aku tak sedarkan diri?" tanya Athena sambil melihat sekeliling bilik rawatannya dengan mata kuyu keletihan.

"Dekat sebulan," jawab Aria dengan mata terpejam. Kini barulah Aria dapat tidur lena dengan lega, memandangkan Athena telah sedar.

Sepanjang masa Athena tidak sedarkan diri, Aria langsung tidak dapat tidur dengan lena. Jika tidur, paling lama pun sejam. Baki jam yang lain hanyalah kerisauan.

Athena berkerut kening. "Apa yang berlaku?"

Dengan mata terpejam, Aria bersuara. "Kau terima peluru untuk selamatkan aku, yang hampir mengenai jantung kau. Disebabkan kejadian itu, kau kehilangan banyak darah dan mengalami kecederaan otak. Sampailah kau koma tak sedarkan diri..." cerita Aria dengan nada tenggelam timbul.

Mata Athena terarah pada siling di atasnya. Dalam diam, Athena termenung memikirkan ayah dan ibunya, mengimbas kembali semua kejadian yang berlaku sepanjang beberapa bulan ini.

Dan sepanjang masa Athena koma, dia tahu ibubapa mereka kerap datang senyap-senyap melawatnya ketika Aria tiada. Walaupun dia tidak sedar, Athena mendengar semua yang berlaku di sekelilingnya. Bezanya, dia tak boleh bercakap atau bergerak.

"Mana ayah?" tanya Athena.

Aria mengeluh panjang. "Tak tahu..." balas Aria, tiada mood. "Lepas kejadian itu, ayah dengan Xiana tak pernah munculkan diri... yang mana buat aku lega dan suka... lepas ni tak ada sesiapa akan ganggu hidup kita lagi..."

Satu keluhan kedengaran dari bibir Athena. "Perlu ke kau bencikan mereka sampai tahap macam ini sekali? Aku tahu mereka buat salah dengan melukakan kita, tinggalkan kita. Tapi mereka tetap darah daging kita. Dan mereka menyesal sebab buat kita macam ini," bisik Athena perlahan.

Aria yang hampir diulit mimpi melepaskan hela nafas pendek lalu membalas.

"Aku tak tahu, Athena..." balasnya sambil menguap mengantuk. "Serius, aku tak tahu apa yang aku rasakan sekarang ini... dah la. Jom la tidur. Aku penat ni..." ajak Aria yang memejam mata rapat.

Athena yang masih lemah turut kembali lena. Dia perlahan-lahan memejamkan mata.

Tidak lama selepas itu, Blade melangkah masuk. Lelaki itu tersenyum sendiri saat melihat dua beradik di atas katil itu. Dia kemudiannya berjalan keluar dari situ.

8. Miss Kommander Chapter 1Where stories live. Discover now