67.

1K 94 0
                                    

Pintu kereta ditutup oleh pengawal, dan Athena memandangnya sebelum bersandar ke belakang sambil menyilang tangan ke dada, berasa jengkel dengan perasaan yang sedang dirasainya.

Kenapa Aria susah sangat nak minta maaf? Dalam hal ini, semua salah terletak pada Aria. Aria yang mencipta semua masalah ini dan menyebabkan dia tersepit. Memang Athena faham, kakaknya itu hanya mahu melindunginya. Tapi bukan dengan cara ini!

Gilbert berpaling memandang ke sisi. Dia menatap tepi muka Athena ketika anaknya memandang keluar tingkap sewaktu kereta mula bergerak.

Athena tidak berkedip sejak tadi, melihat pemandangan malam itu. Tiada apa-apa yang menarik untuk dinikmati kecuali pokok-pokok. Entah kenapa Aria memilih tempat seperti ini sebagai persembunyian.

Tiada apa yang seronok di sini kecuali orang yang duduk di sini suka berkawan dengan monyet atau haiwan liar dalam hutan. Keluhan panjang keluar dari bibir Athena tidak lama selepas itu. Tak sampai beberapa jam dia bertemu dengan Aria, dia sudah terpaksa berpisah lagi!

"Athena..." panggil Gilbert di sisi sambil tunduk memandang skrin iPad, jarinya menyentuh skrin itu.

Aria menarik muncung sugul. "Hm," jawabnya pendek, tidak berminat untuk berbual buat masa ini.

"Susah ke masa kamu dengan Aria hidup berdua?" tanya Gilbert perlahan.

Athena mendiamkan diri seketika, berfikir. Entah kenapa, bila mendengar soalan itu, sesuatu seakan terhenti di kerongkongnya. Fikirannya mengimbas memori ketika dia berusia 10 tahun, ketika Aria jatuh sakit. Tiada sesiapa di rumah waktu itu, pakcik janggut putih tidak pulang sejak dua hari lepas. Hanya mereka berdua ada di dalam rumah itu. Dia pula tidak tahu apa yang perlu dilakukan, yang dia tahu hanyalah menangis.

Namun, dalam keadaan sakit itu juga, Aria yang memujuknya, menjaga makan minum dan pergi ke hospital sendiri. Ketika dia berumur 15 tahun, Aria dapat kerja, yang dia sendiri tidak tahu kerja apa. Selalu balik lewat, tetapi Aria tidak pernah lupa untuk memeriksa sama ada dia baik-baik saja atau tidak.

"Macam tu la... seperti yang ayah lihat sekarang..." jawab Aria acuh tak acuh. Jauh di sudut hati Athena, Aria adalah manusia paling penting dalam hidupnya. Sekalipun Aria selalu menyakitkan hati, Athena sangat sayang kakaknya itu. "Aria... dia jadi seorang ibu, ayah, dan kakak yang baik sepanjang membesarkan Athena."

Gilbert tersenyum bangga mendengarnya, masih meneliti butiran maklumat tentang urusan bisnesnya dengan peniaga luar negara di skrin iPad.

"Masa tu, kamu ada tak terfikir tentang kami?" tanya Gilbert lagi.

Athena menyandarkan dagu pada tapak tangan kanan yang diletakkan di pemegang pintu. "Hm..." jawabnya sambil mengangguk kepala tanpa menoleh ke arah Gilbert.

Gilbert mengetap bibirnya.

"Ayah pun begitu... sepanjang masa. Setiap saat dan setiap kali hendak tidur, ayah selalu doakan kamu berdua selamat dan sihat sehingga ayah temukan kamu berdua," luah Gilbert.

Athena berpaling, menoleh memandang Gilbert, yang wajahnya dipancari dengan cahaya dari iPad di tangan. Walaupun begitu, dia masih mengagumi wajah tersebut, walaupun lelaki ini sering sibuk dengan kerja.

"You did?" tanya Athena tidak yakin jika ayahnya ini benar-benar memikirkan tentang mereka berdua. Melihat betapa obsesnya lelaki ini dengan kerja, Athena tidak mengharapkan apa-apa dari orang tuanya.

"Ayah syukur kerana kamu berdua membesar menjadi wanita yang hebat, terutama sekali kakak kamu." Gilbert mengangkat kepala dan memalingkan wajahnya menghadap Athena, memberi senyuman seorang ayah yang bangga dan penuh dengan kesenangan hati. "Mulai hari ini, ayah akan pastikan menjalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang ayah. Melindungi kamu berdua tidak kira dari apa sekalipun."

Athena terdiam seketika, seolah tercekik sesuatu dalam kerongkong apabila melihat wajah serius Gilbert yang saling tidak tumpah seperti Aria ketika wanita itu nekad melakukan sesuatu. Barulah Athena faham dari mana perangai Aria itu datang.

"Athena tahu..." balas Athena tidak lama kemudian, tersenyum lega pada Gilbert. Dia lega kerana tidak melihat garis tipu di wajah Gilbert. Dia yakin ayahnya tidak akan meninggalkan mereka berdua lagi.

Gilbert menarik Athena ke dalam pelukan dan mencium bahagian atas kepala anaknya dengan kasih sayang.

"Maafkan ayah..." ucap Gilbert dengan lirih. "Kalau boleh, ayah ingin memutar balik masa ketika kamu berdua kecil... supaya kita dapat meluangkan lebih banyak masa bersama, penuhkan memori kanak-kanak kamu dengan perkara yang menyeronokkan..."

Dengan senyuman lebar di bibir, Athena memejam mata, merehatkan pipinya ke dada Gilbert. Tangannya melingkar di sekeliling pinggang ayahnya yang sasa dengan erat.

8. Miss Kommander Chapter 1Where stories live. Discover now