38.

1.2K 90 0
                                    

Dua bulan kemudian...

Satu hayunan penumbuk demi hayunan penumbuk terarah pada orang di depannya tanpa belas kasihan. Dengan pantas, kakinya diangkat sehingga orang itu tersungkur mencium lantai. Mengerang kesakitan, namun semua itu tidak menghentikannya dari terus naik di atas badan lelaki itu, mengunci lehernya. Sebaik tangannya melingkar di sekeliling leher tersebut, dia memberi sedikit daya dengan mencekik leher itu.

"Tap...tap..." lengan Athena ditepuk oleh lelaki itu, tanda mengalah.

Sambil tersenyum kemenangan, dia meleraikan tangannya dari leher lelaki itu. Lantas, dia berdiri tegak sambil mencekak pinggang. Matanya tunduk memandang lelaki yang sedang terbaring di bawahnya. Sambil bernafas, dadanya naik turun mencari nafas, peluh merintik lebat di seluruh badan, leher, dan lengan.

"Baru dua puluh minit? Saya minta awak beri saya setengah jam," kata Athena kepada rakan sparenya itu.

Dengan susah payah, lelaki itu bangun dari baringnya sambil berdesis kesakitan. Setelah itu, lelaki yang tidak berbaju dan hanya mengenakan sweatpants itu bertimpuh di depan Athena, kepala tunduk memandang ke lantai, kedua-dua tangan berada di atas peha, meminta belas dari wanita itu.

"Maaf... saya tak boleh lakukannya, awak bukan lawan saya..." ucap lelaki itu.

Athena berdengus pendek, tidak percaya dengan alasan itu. Lawannya seorang lelaki, manakala dia seorang wanita; daya tenaga lelaki tiga kali ganda lebih kuat daripada wanita. Mana mungkin lelaki ini dengan mudah dikalahkan olehnya. Nampak sangat lelaki ini sengaja mengalah.

"Merepek! Bukan lawan saya atau cuma nak jaga air muka saya," seloroh Athena sebelum melompat turun dari ring pertarungan itu. Dia melompat dengan mudah sebelum disambut oleh Debris. Sejak bila pula orang tua ini sampai? Tak perasan pun.

"Have a good time?" tanya Debris sambil memandang Athena mengesat peluh di tepi ring tersebut. Baru lima minit dia sampai, dia lihat Athena dengan bersemangatnya mengerjakan staf lelaki itu.

"Ada apa lagi?" tanya Athena dengan nada tidak suka. Kehadiran lelaki ini hanya sebuah berita buruk buatnya. Bagi Athena, sekiranya Debris muncul, pasti ada sesuatu yang bakal berlaku atau ada yang perlu dia lakukan.

"Kamu dipanggil masuk. House Blue telah dinilai semula. Dan disebabkan kamu telah memberikan tanggapan baik pada pihak atasan dengan laporan dan rekod misi, mereka akan memberi peluang kepada Blue House untuk kekal beroperasi," jelas Debris.

Satu sampul disuakan kepada Athena yang mempunyai satu cop rasmi sebuah organisasi. Mata Athena terus bergerak ke arah sampul surat itu. Dia hairan dengan logo pada sampul itu yang berbeza daripada Blue House sendiri atau jabatan tempat dia bekerja sekarang.

"Apa ni?" Athena menyambut sampul itu dengan kening berkerut. Bila dia lihat, air mukanya terus berubah, bahunya jatuh hilang semangat. Terus dia pandang Debris dengan kening berkerut. "Lagi?" tanya dia dengan muka tidak puas hati. "Tak boleh ke bagi saya rehat sekejap? Saya ni bukan konsultan, okay? Tolong mereka sana sini..." bebelnya sambil membuka sampul tersebut.

"Dia suruh serahkannya pada kamu," maklum Debris, merujuk kepada Aria.

Sehelai kertas ditarik keluar dari sampul itu sebelum dia tunduk membaca helaian kertas di tangannya.

"Misi apa pula ni?" tanya Athena sewaktu membaca butiran dalam kertas tersebut. "Itali?"

Debris mengangguk kepala sebelum menyilang tangan ke dada sambil memandang Athena membaca butiran di dalam kertas itu.

"Kamu akan jadi perantara untuk memberikan sesuatu kepada seseorang..."

"Perantaraan apa? Adakah ini sebahagian daripada bisnes dia? Kalau ya, saya tak nak terlibat..."

Athena menyimpan semula kertas itu ke dalam sampul lalu diserahkan semula kepada Debris. Beg dan botol air dicapai sebelum dia melangkah keluar dari gim. Dia berdiri di depan pintu lif sambil diekori Debris.

"Kami membuat pertukaran maklumat itu saja. Dan ianya bukan urusan bisnes, lebih kepada peribadi. Lagipun, kamu adalah freelancer Black Widow. Tidak terikat dengan mana-mana organisasi melainkan kamu setuju mengenainya, jadi anggaplah ia sebagai percutian," pujuk Debris.

Pintu lif terbuka. Tanpa menghiraukan lelaki itu, Athena masuk ke dalam, memberikan renungan menyampah ke arah lelaki tersebut.

"Jadi, kamu setuju untuk berada di sana malam esok? Sebab majlis tu mula pukul lapan," soal Debris semasa Athena berdiri menghadapnya sebelum pintu lif itu ditutup.

Athena menekan butang tutup. "We'll see..." balasnya sewaktu memandang Debris apabila pintu lif itu mula tertutup.

8. Miss Kommander Chapter 1Where stories live. Discover now