Aria sedang duduk di sofa, tunduk ke depan menghadap meja sambil meneliti rangka pelan yang terbentang di atas meja kopi di depan sofa tersebut.
Ketika Aria tekun melihat helaian kertas di situ, Blade masuk ke dalam pejabat Aria. Dengan wajah tegang, seolah-olah ada sesuatu yang tidak baik telah berlaku, lelaki itu berdiri di tepi sofa lalu tunduk sedikit untuk bersuara.
"Puan... kita ada masalah..." maklum Blade.
Tanpa mengalihkan pandangan dari kertas biru, blueprint sebuah bangunan, Aria bersuara. Jarinya menyentuh permukaan kertas tersebut sambil mencari pintu belakang yang boleh digunakannya nanti.
"Masalah apa?" tanya Aria dengan nada tidak berminat. Dia sudah biasa mendengar perkataan 'masalah' dalam hidupnya.
Kening Blade mencerun, risau. "Mereka ada di sini..." maklumnya, takut-takut. "Ayah Cik Aria..." sebaik dia menyebut nama itu, Blade menelan air liur.
Tangan yang memegang pen terhenti di atas kertas serta-merta. Aria tersentak dan berdiri. Dia palingkan kepala menghadap Blade.
"Apa kamu kata?" tanya Aria dengan mata terjegil memandang Blade. "Macam mana dia boleh ada di sini? Macam mana kamu orang buat kerja?" bentak Aria dengan muka pucat.
Baru sahaja Blade hendak bersuara, pintu pejabat terbuka luas. Serentak, Blade dan Aria berpaling memandang pintu tersebut.
Beberapa orang pengawal Aria meluru masuk ke dalam bilik, berdiri mengundur dan menghadang pintu, cuba melindungi ruang itu. Sementara Blade cepat-cepat menjadikan dirinya perisai dan membawa Aria bersembunyi di belakangnya.
Dengan muka kalut, Aria menjengah kepala dari balik bahu Blade. Dia mengintai sekumpulan manusia berpakaian serba putih melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Sarung pedang hitam tersemat rapi di pinggang setiap pengawal di situ.
Ketika itu, lelaki berwajah serupa dengan Athena muncul di tengah-tengah kumpulan bersut combat serba putih itu. Aura dominasi dan menakutkan jelas terpancar di wajah lelaki tersebut.
Mata Aria mengigil ketika melihat lelaki itu memerhati sekeliling pejabatnya dengan muka ingin tahu sebelum dua pasang mata itu terarah kepadanya.
"Nice place..." sapa Gilbert kepada Aria.
Blade mengeluarkan pistol, menghadang tubuh Aria untuk melindungi wanita itu saat lelaki bermisai kemas dan bermata coklat hazel memandang Aria di belakangnya.
Ketika itu juga muncul satu lagi kelibat dari celah pengawal di situ, melangkah dengan wajah tanpa emosi.
"Cool down, boy..." arah satu suara lunak dari belakang pengawal-pengawal beruniform putih tadi.
Mata Aria terjegil saat melihat wanita yang memakai pakaian serba putih dan bermafela hitam di leher berdiri di sisi Gilbert. Nafasnya tertahan gara-gara terkejut.
"Athena!" panggil Aria yang bergerak ke depan, namun dihalang oleh Blade. "Kau tak apa-apa?" tanya Aria dengan reaksi lega di wajah.
Pengawal Aria yang mengacukan senjata ke arah pengawal beruniform putih itu bertegang urat. Mereka sendiri tertanya-tanya mengapa Athena ada bersama musuh ketat mereka di situ.
Athena menarik senyuman meleret ke kanan sewaktu memandang Aria, lalu berdiri di tengah-tengah pengawal Aria, menjadikan dirinya perisai pihak Gilbert.
"Hai, sis." sapa dia. "Boleh beritahu mereka untuk turunkan senjata?" tanya Athena sambil melirik ke arah pengawal-pengawal yang ada di hadapannya. Masing-masing mengacukan senjata ke arah Gilbert dan dirinya.
Aria teragak-agak.
"Tapi Athena, dia—" tunjuk Aria ke belakang Athena di mana Gilbert sedang berdiri, dengan keningnya berkerut tidak puas hati.
Athena melepaskan keluhan panjang. "Just do it, okay." mintanya. Dia sudah penat untuk melanjutkan hal ini. Semakin cepat masalah ini selesai, semakin cepat dia boleh hidup dalam dunia yang normal semula.
Aria mengerling ke arah Blade. Dia memberi isyarat kepada lelaki itu supaya menurunkan senjata dan mengarahkan pengawalnya yang lain berbuat perkara yang sama.
"Stay down..." arah Blade kepada pengawal yang ada di situ. Dengan serentak, pengawal-pengawal Aria menurunkan senjata, masih dalam keadaan berjaga-jaga saat memerhati pengawal beruniform putih yang sejak tadi tenang berdiri menghadap mereka. Sekali pun tidak mengangkat senjata.
Gilbert bergerak ke depan, berdiri di sisi Athena dengan wajah tegas seorang ayah, memberi renungan marah ke arah Aria, namun masih dalam keadaan tenang.
YOU ARE READING
8. Miss Kommander Chapter 1
General FictionAthena Seperti nama yang diberi. Athena menjadi seorang ejen pembunuh yang berbahaya. bukan sahaja menjadi musuh pada kebanyakkan ejen yang lain, malah rakan sekerjanya sendiri. Dia dipergunakan. dia diperlekehkan. sering menjadi mangsa keadaan ker...